Showing posts with label Tahun Baru Cina. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru Cina. Show all posts

Monday, 3 February 2014

@razlanrafii Dan Pemuda UMNO WP Kecam Video @teresakok Yg Biadap @NajibRazak @Khairykj



Pada hari sabtu lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengecam tindakan YB Teresa Kok yang bikin video Tahun Baru Cina yang sungguh biadap. Pergerakan Pemuda WP menuntut supaya YB Teresa Kok memohon maaf secara terbuka kerana video tersebut. Video itu memaparkan sindiran sindiran kepada Melayu, pemimpin dan peristiwa Lahad Datu.

Sunday, 2 February 2014

@teresakok Tanam Sifat Perkauman Kpd Orang Cina Terhadap Melayu @razlanrafii @NajibRazak @Khairykj


Kenyataan Media

Sebagai rakyat malaysia, kita sudah dibiasakan menjalani kehidupan sebagai rakyat majmuk yang cintakan keamanan. setiap kita akan terasa harmoni untuk meraikan rakan-rakan kita dalam sambutan perayaan bangsa masing-masing.

Apabila sambutan perayaan di negara kita, kita akan sambut dengan elemen berbilang kaum dengan semangat perpaduan, semangat keceriaan dan semangat persaudaraan sebagai rakyat malaysia.

Namun apa yang di tayangkan oleh video singkat Teresa Kok yang membayangkan watak pemimpin Melayu negara dan menghina dengan sinis, ini adalah tindakan yang amat jijik dan tidak mencerminkan seorang rakyat malaysia yang sayangkan keamanan. lebih-lebih lagi ianya di lakonkan oleh seorang Ahli Parlimen DAP yang sepatutnya sebagai seorang pemimpin tidak kira dari parti mana pun, apabila sampai hari perayaan elemen positif harus di ketengahkan.

Video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang memaparkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim selaku moderator dengan tiga orang tetamu undangan dilihat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak apatah lagi ketika masyarakat berbilang kaum bersama-sama bergembira menyambut perayaan kaum Cina.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.


KLIK SINI untuk baca lagi !!!

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil pendirian tegas dengan mengutuk keras tindakan Teresa itu yang bersama-sama tiga tetamu itu dilihat cuba menanam benih kebencian terhadap kerajaan dengan pelbagai tuduhan.

Video Teresa Kok itu jelas menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam ucapan video Tahan Baru Cina itu juga dibimbangi boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, ada video ucapan tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa khususnya Ahli Parlimen berbangsa Cina.

Kami juga berpandangan bahawa video itu jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa Kok yang cuba menanam sikap perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia.

Kami menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Teresa Kok di bawah Akta Hasutan 1948 kerana tindakan itu jelas nahu menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan melalui kenyataan-kenyataan menghina serta menghasut kaum itu membenci kerajaan.

Teresa Kok perlu untuk diberikan pengajaran diatas kebiadapanya ini bagi memastikan benih-benih kebencian yang terus disebarkan itu tidak menular dalam masyarakat negara yang berbilang kaum.

Kami yakin rakyat Malaysia juga mahu terus menikmati hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan dari manusia seperti Teresa Kok.

Mohd Razlan bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Saturday, 1 February 2014

Perkataan Pertama Video CNY @Teresakok Kata 'MELAYU MATI' @razlanrafii @Khairykj





Ketahui la bahawa perkataan dalam video Tahun Baru Cina oleh Teresa Kok adalah "Malay Si" iaitu 'Melayu Mati. Sebutan Si 'mati' itu telah sengaja dipanjangkan oleh Teresa Kok. Sememangnya Teresa Kok dikenali sebagai seorang yang anti Melayu dan Islam telah sengaja video yang cuba membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya orang Melayu.

Secara langsung Teresa Kok cuba menanam kebencian orang cina kepada pemerintah Malaysia dan orang Melayu !!!

KLIK SINI untuk baca cerita berkaitan !!!

Friday, 31 January 2014

6 Perkara Kenapa @teresakok Anak Dara Tua Kesepian Di CNY @NajibRazak @razlanrafii


Pertama sekali TM ingin ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat cina yang menyambut perayaan tahun baru mereka. 

Namun begitu dalam ramai orang cina di Malaysia yang berbeza pendapatan dan fahaman politik terdapat anak dara tua yang kesepian dan kesunyian. 

Kesepian dan kesunyian itu berkemungkinan membuat anak dara tua yang bernama Teresa Kok  iaitu ahli parlimen Seputeh yang membuat video clip Tahun Baru Cina yang bertujuan mengaibkan Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Video Tahun Baru Cina oleh Teresa Kok yang menjijikan yang berkemungkinan besar bertujuan membangkitkan kegelisahan dan kebencian orang cina di Malaysia kepada perdana menteri dan isterinya. Video ini juga tidak patut membabitkan perayaan besar cina, seolah olah membangkitkan juga perasaan benci orang cina kepada orang Melayu.

Berikutnya itu Saudara Razlan Rafii, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan telah memberi 6 perkara kenapa Teresa Kok anak dara tua yang kesepian membuat video tersebut.

ps - mungkin juga kos pembikinan video tersebut adalah saki baki duit ibu tunggal yang telah dilarikan oleh Teresa Kok anak dara tua.

KLIK SINI untuk baca lagi !!!