Friday, 31 January 2014

Confirm @anwaribrahim Pemimpin Gelojoh Bertaraf Dunia Seperti Digambarkan @AzminAli


Demi nafsunya, Anwar Ibrahim telah mencalonkan dirinya sendiri sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat di DUN Kajang. 

Nampaknya Anwar Ibrahim tidak sabar untuk mengambil alih tugas sebagai Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. Tambahnya nafsunya membuak buak menyebabkan Anwar sudah mulakan kempennya di Kajang.


Turut membodohkan diri sendiri adalah Khalid Ibrahim yang bersama Anwar berkempen dalam sebuat masjid. Untuk pengetahuan pembaca TM, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia belum lagi membincang tarikh bagi percalonan DUN tersebut.


TM ingin peringatan pembaca bahawa pembuatan PKR ini boleh dikata sifat munafik yang mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Pilihan Raya Kecil yang ini boleh dianggap membazirkan duit kerana semata mata Anwar Ibrahim nak menjadi Menteri Besar.

Orang munafik seperti Anwar Ibrahim adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar (kufur dan syirik). Perbuatan orang munafik di sebut nifak. Anwar ini hanya pada mulutnya sahaja beriman dan nampak baik tetapi hakikat sebenarnya hanya tipu helah belaka untuk mencari habuan dunia dan merancang untuk menghancurkan Islam.

Nampaknya Anwar Ibrahim bersifat munafik tak jadi bersara selepas Pilihan Raya Umum yang 13 untuk menjadi seorang pensyarah di Perancis.


.

Mungkin Ini Sebab @Lee_C_Wei Akan Bersara Pada Hujung Tahun Ini @NajibRazak @liowtionglai


Nama Datuk Lee Chong Wei disebut sebut tersenarai dalam senarai pendek dari MCA untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambarkan bahawa pemain badminton no 1 dunia tersenarai calon yang berkemungkinan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada wawancara pada rumah terbuka MCA pada pagi tadi.

Mungkin dengan meletakan Lee Chong Wei akan menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional pada PRK Kajang nanti. Bagaimana pun keputusan ini belum lagi mutamad dan ianya akan dibawa ke mesyuarat Barisan Nasional Pusat selepas Tahun Baru Cina.

6 Perkara Kenapa @teresakok Anak Dara Tua Kesepian Di CNY @NajibRazak @razlanrafii


Pertama sekali TM ingin ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat cina yang menyambut perayaan tahun baru mereka. 

Namun begitu dalam ramai orang cina di Malaysia yang berbeza pendapatan dan fahaman politik terdapat anak dara tua yang kesepian dan kesunyian. 

Kesepian dan kesunyian itu berkemungkinan membuat anak dara tua yang bernama Teresa Kok  iaitu ahli parlimen Seputeh yang membuat video clip Tahun Baru Cina yang bertujuan mengaibkan Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Video Tahun Baru Cina oleh Teresa Kok yang menjijikan yang berkemungkinan besar bertujuan membangkitkan kegelisahan dan kebencian orang cina di Malaysia kepada perdana menteri dan isterinya. Video ini juga tidak patut membabitkan perayaan besar cina, seolah olah membangkitkan juga perasaan benci orang cina kepada orang Melayu.

Berikutnya itu Saudara Razlan Rafii, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan telah memberi 6 perkara kenapa Teresa Kok anak dara tua yang kesepian membuat video tersebut.

ps - mungkin juga kos pembikinan video tersebut adalah saki baki duit ibu tunggal yang telah dilarikan oleh Teresa Kok anak dara tua.

KLIK SINI untuk baca lagi !!!

Thursday, 30 January 2014

@liowtionglai Kenapa Membelakangkan Barisan Nasional ? @NajibRazak @TengkuAdnanReal @PRKKajang


Mungkin semangat untuk bertanding di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang membuat MCA tidak sabar sabar untuk mengumumkan calon mereka adalah calon yang sepatutnya akan bertanding nanti semalam. Keputusan ini dibuat berdasarkan mereka menyatakan bahawa kerusi tersebut adalah milik MCA sebelum ini. Pengumuman ini dibuat membelakangkan semangat setia kawan Barisan Nasional, seolah olah takut pihak atasan Barisan Nasional akan meletak calon dari parti kompenen yang lain dalam Barisan Nasional. 

Hari ini Pengerusi Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Najib Razak didalam press conference menyatakan bahawa Barisan Nasional akan bermesyuarat selepas Tahun Baru Cina untuk membincang samada akan bertanding atau tidak di DUN tersebut.

Tak lari gunung dikejar, jika benar MCA berhak bertanding tapi TM mahu bertanya pada MCA. Jika mereka beriya iya untuk meletakan calon dari parti mereka ... adakah mereka akan menurun full swing jentera dari parti mereka untuk memenangi kerusi tersebut atau kerusi nak tapi jentera PRK yang full swing buat kerja dari kompenen yang lain !!! JANGAN KERUSI NAK TAPI KERJA SURUH ORANG LAIN BUAT !!!

PRK Kajang akan dibuat berikut ADUN Kajang, Lim Chin Cheh dari PKR meletakan jawatan.



Monday, 27 January 2014

Wan Azri Gengster Jepun Sekat @anwaribrahim Di Mahkamah


Pagi ini di Mahkamah jalan Duta berlangsungnya perbicaraan Anwar Ibrahim vs Wan Azri. Anwar Ibrahim telah failkan kes saman 100 juta terhadap Wan Azri yang didakwanya sebagai Papa Gomo.


Anwar Ibrahim dah macam tentera Jepun zaman perang dunia ke 2, seolah olah memaksa Wan Azri mengaku dirinya sebagai Papa Gomo, walaupun dia bukan la Papa Gomo.



Tetapi sekiranya Anwar Ibrahim menang kes ini, TM rasa insan malang ini tidak akan dapat membayar tuntutan saman tersebut. Yang pasti insan ini bukan la seorang yang kaya yang memiliki wang berjuta seperti Anwar Ibrahim yang dapat wang dari  dana asing.


Sunday, 26 January 2014

@drasyrafwajdi Sekeluarga Selamat Dari Kemalangan Dengan Lori Terbalik @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Dr Asyraf Wahdi Duzuki, Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah terlibat dalam kemalangan, apabila kereta yang dipandunya melanggar lori 1 tan membawa barang lusuh yang telah terbalik dihadapan keretanya pada tengah hari tadi. Alhamdulillah Dr Asyraf dan anak anak terselamat dari kemalangan tersebut.

Pandu cermat jiwa selamat, mujur la Dr Asyraf memandu dan anak anak yang ketika itu sedang memakai tali pinggang keselamatan.

Bersyukur kepada Allah yang memberi pelindungan kepada mereka sekeluarga.

Provokasi Melampau Di Penang Membangkitkan Kemarahan Umat Islam @dsjamilkhir @Zahid_Hamidi



Terdapat laporan bahawa penggantungan poster2 provokasi berhubung Kalimah Allah di Gereja2 di kawasan pulau spt berikut :

- Gereja Assumptions Conception, Lebuh Farquhar

- Gereja St John Britto, Sg Pinang.

- Gereja Immaculate Conception, Lorong Maktab, Pulau Tikus.

-Victory Lutheran Church, Lorong Delima 7, Island Glade, Gelugor.


Nampaknya di Penang ada puak puak yang ingin bermain dengan api dan ingin membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia terutama di Penang. Terdapat puak puak yang tidak bertanggungjawab telah menggantung banner banner yang letakan sembahan mereka dengan menggunakan nama Allah.


Penggunaan kalimah Allah hanya hak ekutif orang Islam dan kalimah itu tidak boleh digunapakai oleh agama agama lain.


TM harap pihak berkuasa akan bertindak untuk mengatasi provokasi ini supaya tidak tercetus perkara perkara yang tidak diingin !!!


TM seorang yang beragama Islam terasa marah !!! Umat Islam di Malaysia perlu bersatu menentang puak puak yang cuba sekutukan Allah dengan sembahan mereka. 


ALLAHUKHBAR !!!

Saturday, 25 January 2014

@n_izzah Bakal Bercerai Kerana Suami Gagal Puaskan @anwaribrahim ? #Kangkung


Nampaknya Nurul Izzah dalam masa kurang seminggu lebih bakal mengkangkongkan diri sendiri, apabila satu Malaysia kecoh berita Nurul Izzah anak papa akan bercerai dengan tuntutan fasakh yang difailnya pada akhir disember 2013 (untuk membatalkan perkahwinan) setelah 11 tahun hidup sebagai suami isteri.

Namun begitu, Raja Ahmad Shahrir dikatakan memohon supaya sebutan tersebut ditangguhkan selama dua minggu setelah menerima petisyen tuntutan itu pada 16 Januari lalu.


Nurul Izzah Anwar , 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim , 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003 ketika Izzah berusia 23 tahun, dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 7 tahun,Raja Nur Safiyah, dan anak lelaki berumur 4 tahun,Raja Ahmad Harith. Nurul Izzah merupakan MP untuk kawasan Lembah Pantai manakala suaminya bekerja di sebuah bank korporat.

\\

p/s Habis madu sepah dibuang - Nurul Izzah sepatutnya mengutamakan suami demi anak anak tetapi Nurul Izzah lebihkan berpolitik !!!




Tun Mahathir Menziarahi Tuan Guru Haron Din Yang Sedang Pulih Di IJN


Hari ini Tun Mahathir Mohamad menziarahi Tuan Guru Haron Din di IJN pada tengah hari tadi. Mungkin kala mereka berpendapat yang berlainan, bukan makna mereka bermusuhan. 

Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur." (
Riwayat Bukhari)                                                                     
Semoga Tuan Guru Haron Din akan cepat sembuh dan meneruskan menpertahankan Kalimah Allah yang cuba dicemari oleh segelintir pihak.

Tun Mahathir dan Tuan Guru Haron Din adalah dua tokoh yang TM sayang.

ALLAHUAKHBAR !!!

Friday, 24 January 2014

@abss115 Menyampaikan Amanah @NajibRazak, Bantuan Sekolah RM100 #WPCeria

Ibubapa mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri
Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas telah menyampaikan amanah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada 1016 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Muda. 

Amanah Najib Razak adalah berupa bantuan sekolah sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah tersebut.



Gimik penyerahan Bantuan Sekolah RM100
Bantuan sekolah RM100 adalah untuk meringankan beban ibubapa membeli keperluan pelajar tersebut seperti pakaian sekolah, peralatan sekolah dan sebagainya.

Datuk Yahaya dalam ucapannya berkata bantuan sekolah RM100 adalah untuk meringankan beban ibubapa membeli keperluan pelajar tersebut seperti pakaian sekolah, peralatan sekolah dan sebagainya. Tambahan beliau menperingatkan ibubapa supaya menggunakan bantuan tersebut untuk keperluan anak mereka dari digunakan untuk ibubapa.

Beliau juga menawarkan bantuan kepada sekolah tersebut dengan memadai dengan peruntukan seorang senator. 

TM lihat wajah wajah ceria ibubapa yang menerima bantuan sekolah RM100 bagi setiap anak yang bersekolah.




Friday, 17 January 2014

@razlanrafii Bersama Pemuda Wilayah Tinjau Harga di Pasar Raja Bot @Khairykj @azwanbro #kangkong


Hasil tinjauan lawatan Pergerakan Pemuda UMNO WP ke pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur :

1. Peniaga tidak mempamerkan tanda harga.
2. Peniaga ada 2 harga pada 1 barang.
3. Kenaikan harga berlaku seperti biasa alasan diberikan musim tengkujuh.
4. Kebanyakan harga barangan ditentukan dari peniaga Pasar Borong Selayang dan kebiasaannya kenaikan bermula di sana.
5. Ada barangan mempunyai jurang harga yang tinggi, sebagai contoh tomato import sama jenis ada yang berharga RM 4.50 dan ada yang berharga RM 5.50 sekilo.

Memang tidak dinafikan ada peningkatan harga di pasar Chow Kit dan apabila ditanya banyak alasan diberikan. Antaranya bekalan yang terhad kerana musim hujan.

Saya juga ditanya berkenaan dengan jawatankuasa kos sara hidup yang kerajaan wujudkan. Jawapan saya mudah, hari ini rakyat merasai kenaikan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga elektrik dan pelbagai lagi perkara yang dirasakan menindas pengguna. Trend ini seakan normal apabila peniaga dan pengedar sengaja cuba meraih keuntungan dengan cara mudah.

Oleh yang demikian, kerajaan harus menetapkan tarikh akhir (dateline) untuk membentangkan keputusan kajian Jawatankuasa Kos Sara Hidup. Bila sudah ada keputusan, kerajaan harus memulakan awareness program secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Rakyat berhak untuk mendapat pembelaan sekiranya peniaga menindas mereka. Aduan dan rintihan rakyat harus didengari oleh kerajaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga seharusnya mengubah sistem harga yang digunakan di pasar-pasar. Kalau kita pergi pasar besar, harga sudah ditetapkan di mana tidak ada tawar menawar boleh dilakukan.

Persoalan saya kenapa penetapan harga ini tidak boleh digunakan setiap pasar harian biasa. Ini kerana didapati ada peniaga yang mengambil kesempatan dari konsep tawar menawar ini dengan menaikkan harga sesuka hati. Contoh terbaik dari pemerhatian saya adalah harga ayam, sepatutnya RM 7.00 sekilogram tetapi ada peniaga yang meletakkan harga sehingga RM 7.70.

Apabila ditanya mengapa peniaga ini berbuat demikian, beliau berkata harga ini adalah sebelum discount / belum ditawar oleh pembeli.

Selain itu, penguatkuasaan oleh pihak KPDNKK terhadap peniaga yang ingkar peraturan mesti dipertingkatkan dan dilakukan secara konsisten. Tidak ada lagi alasan dari pihak kementerian yang bertanggungjawab. Situasai politik hari ini amat berbeza, sering kali rakyat jadi mangsa apabila Pembangkang mengambil kesempatan berkaitan isu kos sara hidup.

Apabila Pembangkang memainkan isu kenaikan barangan keperluan, kerajaan yang dipersalahkan tetapi hakikat sebenarnya perkara ini dilakukan sendiri oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga sesuka hati untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

@drasyrafwajdi Letak Tun M, Tun Abdul Hamid, Chandra Muzzafar, Prof Dr Mudathir Satu Gelanggang @buletintv3

Editor WARTA RAKYAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan,



HEBAHAN PROGRAM FORUM KEBANGSAAN HAK ASASI KEMANUSIAAN 1435H/2014

Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan Forum Kebangsaan Hak Asasi Kemanusiaan. Forum keilmuan ini akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh             :           24 Januari 2014 / 22 Rabiul Awal 1435H (Jumaat)
Masa               :           8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat           :           Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jalan Perdana, KL.
                    
3.      Justeru pihak kami ingin memohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan untuk meuar-uarkan program ini kepada umum. Bersama-sama ini disertakan Banner program untuk rujukan dan tindakan pihak tuan.

4.      Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Perhubungan Awam di talian 03-2274 6089/6077, En. Mohd Yuswandi (019-2827303)/ Pn. Norsalmah (018-3874265).

Di atas segala perhatian dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian. Wassalam.

Sampaikan Dariku Walaupun Satu Ayat”

(MOHD YUSWANDI ABDUL MAJID)
Ketua Unit Perhubungan Awam
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


(Surat ini adalah cetakan berkomputer dan tiada tandatangan diperlukan)

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR KE FORUM TERSEBUT !!!

Thursday, 16 January 2014

@drasyrafwajdi Umum Perlantikan Dr Yusri Mohamad, Timbalan Timbalan Yang Dipertua YADIM @NajibRazak

KENYATAAN MEDIA
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-22746077 Faks: 03-22732330 www.yadim.com.my

Dr. Yusri Mohamad dilantik sebagai
Timbalan Yang Dipertua YADIM


KUALA LUMPUR 15 Januari 2014 – Dr. Yusri Mohamad dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua YADIM oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak berkuatkuasa pada 15 Januari 2014 untuk tempoh dua tahun.

Perlantikan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri itu adalah berdasarkan peruntukan klausa 8(c) Perlembagaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pindaan 1985.

Dr. Yusri yang dilahirkan pada 15 Januari 1972 di Kota Bharu, Kelantan merupakan Presiden Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), sebuah pusat kajian dan pemikiran yang ditubuhkan oleh beliau bersama beberapa rakan.

Beliau menerima pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan sebelum menyambung pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1985 hingga 1989.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan lulus cemerlang di dalam bidang undang-undang (LL.B) pada tahun 1995 dan undang-undang (Shari’ah) (LL.B(S) ) pada tahun 1996.

Dr. Yusri kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang (LL.M) (pengkhususan Undang-Undang Islam) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom dalam tahun 1997.

Beliau kemudiannya telah menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang teori perundangan Islam di UIAM pada tahun 2010.


Di antara bidang pengkhususan akademik beliau ialah Teori Perundangan Islam, Undang-Undang Perlembagaan Malaysia, Undang-undang Perlembagaan Islam dan Undang-undang Kewangan Islam.

Beliau yang pernah bertugas sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM selama 15 tahun sehingga akhir 2011, juga dilantik sebagai perunding penasihat Shari’ah dan motivasi kepimpinan dalam pelbagai kapasiti dari semasa ke semasa.

Sebagai pelajar, beliau pernah dipilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.  Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1995 hingga 1997 dan  Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia keenam dari 2005 hingga 2009.

Antara jawatan lain yang pernah disandang termasuk anggota Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), Ahli Exco Majlis Belia Malaysia (MBM),  Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Pengerusi Allied Coordinating Committee for Islamic NGOs (ACCIN) .

Beliau juga sering dijemput sebagai pembentang, penceramah dan panelis dalam pelbagai seminar dan forum dipelbagai peringkat termasuk beberapa program TV dan Radio. 


DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Dikeluarkan oleh
Unit Perhubungan Awam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

03-2274 6077/6089

Wednesday, 8 January 2014

Pemuda UMNO WP Di Malam Cinta Rasul @Khairykj @azwanbro @razlanrafii @NazirHussin79 #Lifestyle


Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dengan sukacita akan mengada majlis "MALAM CINTA RASUL" pada 13 Januari 2014, jam 7 malam, bertempat di Masjid Jamek, Kg Baru.

Majlis ini akan diisikan dengan ceramah oleh Dato' Haji Nooh bin Gadut, Mufti Negeri Johor Darul Takzim dengan tajuk ceramah " HUSNUL KHOTIMAH ALLAH DAN RASUL DI SISI KU"

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dengan rendah diri menperlawa semua untuk hadir ke Majlis "MALAM CINTA RASUL" bersama ahli keluarga anda.

Sama sama kita hayati "MALAM CINTA RASUL" 

Tuesday, 7 January 2014

Hong Leong Bank Nafi Hak Staf Beragama Islam @NajibRazak @RichardRiot_myg @dsjamilkhir


Aku dah beberapa kali tgk banyak banner dipasang kt depan Wisma Hong Leong, Jalan Perak. Kalo korang pegi lalu situ, memang akan nampak setiap hari tanpa henti staf bank sana buat piket bantahan.

Hati terdetik nak gi bertanya, jawapan yg aku dapat sangat menyedihkan dan macam tak pecaya.

Pengurusan Hong Leong bertindak biadap dgn sengaja menutup bilik / ruang solat di pejabat mereka. Bukan ini je isunya, selain daripada tu ;

1. Pengurusan menyuruh staf Melayu / Islam pegi cari Surau lain (di luar Wisma Hong Leong)

2. Kadang kadang staf Melayu / Islam yg tpaksa pegi cari Surau di luar diberikan masa terhad. Jika dipersoalkan bkenaan masa, staf td akan diherdik kerana mencuri waktu bekerja utk menunaikan solat Zohor & Asar.

Ini realiti yg tpaksa diharungi staf Melayu / Islam di Hong Leong. Biadap pengurusan tak kenang budi. Ini permulaan umat Islam dihina walaupun di negara sendiri, Malaysia.

Cubalah boikot dan jgn beri peluang kedua kpd bank Hong Leong. Biarlah mereka bangkrap jgn kita sbg umat Islam bangkrap solat kpd Allah S.W.T

Monday, 6 January 2014

@PDRMsia Sedia Berkhidmat Atau Bersantai Waktu Kerja ? @Zahid_Hamidi #Lifestyle


Begini lah jadinya bila dunia sudah semakin canggih, sana sini orang kelihatan sibuk bersama gadget mereka. Yang berjalan kaki, yang naik moto dan yang sedang memandu kenderaan termasuk lah sedang bekerja. Boleh dikatakan di setiap pelusuk terdapat orang sibuk dengan gadget mereka. Termasuk lah di balai trafik ini !!! Gambar ini telah dirakam oleh seorang dan disebarkan di fb yang kebetulan ke situ untuk membuat lapuran.

Persoalannya mereka berdua ini kelihatan seolah olah bersantai atau berehat, walhal ini adalah waktu bekerja. Sepatutnya mereka berada dalam keadaan bersedia untuk membuat kerja atau menunggu orang ramai yang mahu membuat lapuran polis.

TM bukan mahu busy body tapi faham faham lah kalau pihak terutama di pihak pembangkang membuat ini sebagai isu untuk memburukan Polis DiRaja Malaysia. TM harap perkara boleh diperbaiki dan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

p/s bukan tak boleh tapi cover cover sikit lah !!!

Thursday, 2 January 2014

Bible Dalam Bahasa Melayu, Penganut Kristian Kena Faham Isu Ini !!! @razlanrafii @Zahid_Hamidi @Khairykj



2 Januari 2014

Kebiadapan seorang Paderi Lawrence Andrew yang masih berkeras mahu meneruskan agenda jahat beliau untuk menggunakan kalimah Allah benar-benar sudah melampaui batas dan mencabar undang-undang negara.

Keangkuhan Paderi ini secara jelas dan nyata telah melanggar Enakmen 1988 yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah Allah. Enakmen yang diluluskan pada 1988 ini telah melarang orang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”.

Namun adakah ia terkandung sama di dalam undang-undang negara yang baru ini mampu untuk menahan dan mendakwa beliau kerana memiliki bahan cetak yang dilarang?

Ini merupakan antara cabaran yang dihadapai kerajaan dan masyarakat Islam Malaysia. Bagi seseorang yang berfikiran liberal pastinya tidak akan dapat menerima sekatan sedemikian. Liberal bermakna 'boleh menerima teguran, cadangan, kritikan dan juga boleh sebaliknya'. 

Namun bagi sebuah negara seperti Malaysia, undang-undang kita menghalang dari agama lain untuk disebarkan dikalangan orang Islam tetapi dalam masa yang sama undang-undang tidak menghalang kegiatan dan amalan agama lain.

Perkataan Melayu itu jika dirujuk dalam kamus dewan bahasa membawa maksud beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Oleh itu, tidak ada keperluan untuk bible ditulis dalam bahasa Melayu kecuali paderi ini mahu menyebarkan agama Kristolian di kalangan orang Islam. Sudah ada bukti bahan cetakan berkenaan yang ada kena mengena dengan Kristian dicetak dalam bahasa Melayu. Diedarkan pula di kawasan perumahan awam, kawasan parkir kenderaan secara terbuka di sekitar parlimen Seputeh dan sekitar Kuala Lumpur.

Penganut Kristian kena faham dan jelas dengan isu ini. Seperti dipersetujui semasa awal penubuhan negara Malaysia, setiap rakyat terutamanya bukan Islam seharusnya sudab memahami kontrak sosial yang mana rakyat boleh mengamalkan agama mereka secara bebas tetapi dilarang menyebarkan fahaman agama mereka di kalangan orang Islam.

Saya amat berharap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengambil langkah-langkah tertentu dan berkesan bagi menyekat kegiatan mereka yang dianggap melampaui batas dan sikap keras kepala tidak mahu memahami undng-undang negara.

Sekian.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan