Sunday, 29 June 2014

@razlanrafii Pemuda WP Sokong Hapuskan Perjudian @NajibRazak @Khairykj


Pemuda UMNO Wilayah menyambut baik atas pembongkaran Mingguan Malaysia terhadap kegiatan judi yang berleluasa di seluruh Negara.

Kegiatan ini dilihat seperti mempunyai lesen besar dari pihak berkuasa sehingga pelabur judi haram tidak pernah ada rasa takut untuk melabur.

Empunya premis juga sudah lali dengan tumpulnya gigi pihak berkuasa sampai tidak ada rasa gundar untuk menyewakan premis mereka untuk kegiatan judi.

Ada beberapa pihak yang perlu kita GEGAR atau dikenakan renjatan Letrik bagi membangunkan mereka, bagi menyedarkan mereka bahawa "sedar atau tanpa sedar, jabatan/kementerian kamu menghalalkan judi di seluruh Negara"

1. Pihak bekuasa tempatan seperti DBKL, MPSJ, MPPJ, dan lain-lain sudah tentu mereka ini mempunyai kuasa dalam memberi lesen perniagaan, pasukan pemantau lesen premis sudah tentu menjalankan rondaan berkala bagi pemantauan.

2. Pihak Polis Diraja Malaysia yang seharusnya menjaga kegiatan haram di setiap kawasan, ada kalanya pusat judi haram ini berada tidak sampai 100 meter dari kawasan mereka bertugas.

3.Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia menjaga pemberian lesen Siber kepada syarikat Internet, sekiranya ada memberi lesen, sudah tentu adanya pemantauan, penggunaan Kenalpasti DNS juga amat mudah digunakan bagi megenalpasti premis menjalankan aktiviti Judi, apakah mereka kurang KEPAKARAN?

4. Tenaga Nasional Berhad, yang memberi sumber elektrik kepada premis. Adakah peraturan TNB membenarkan premis mengunakan sumber tenaga bagi syarikat yang melanggar undang-undang?

5. Syarikat Jalur Lebar seperti TM, YTL dan lain-lain, seperti tidak ada tanggunjawab untuk membenteras kegiatan judi haram, setiap syarikat pengguna yang memohon sudah tentu ada latarbelakang syarikat, kalau ada penipuan, kenapa tidak ditamatkan atau menghalang premis itu menggunakan perkhidmatan.

6. Akhir sekali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), janganlah bertindak pasif, kalau mahukan sebenar-benar menyiasat aktiviti rasuah secara total, bertindaklah secara proaktif, kegiatan judi haram umpama Gajah di depan mata, tidak perlulah mencari kuman di seberang laut, selesaikan yang di depan mata dahulu.

Pihak-pihak yang diatas adalah empunya kepada undang-undang atau syarat-syarat, mereka mempunyai kuasa di atas perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Bersatu dan benteraslah kegiatan haram ini.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Tuesday, 24 June 2014

Lirik Lagu Warisan Nyanyi Sudirman Menjadi Tema Hari Merdeka ??? @NajibRazak





Tema Hari Merdeka pada tahun ini adalah "DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA". Adakah tema ini diambil daripada lagu nyanyian arwah Sudirman Hj Arshad yang bertajuk WARISAN !!!

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Monday, 23 June 2014

@azeezputra Menperingatkan Pakej Haji & Umrah Yang Cukup Murah @NajibRazak



Datuk Seri Azeez Rahim telah membawa balik 100 rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah yang terkandas di Mekah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Datuk Seri Azeez menguruskan membawa balik mereka rakyat Malaysia yang tertipu teranaiya dengan pakej yang murah yang tidak masuk akal.

Azeez Rahim penperingatkan perkara ini dijadikan contoh dan tauladan kepada rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan ibadah umrah dan haji supaya isu terkandas ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Azeez Rahim ini sememangnya prihatin.

Thursday, 19 June 2014

@azeezputra Buka Pencak Silat Belasah MP Kota Kinabalu Dalam Dewan Parlimen @NajibRazak


azeezjimmykkSemalam panglima UMNO yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim berang apabila ahli parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong menuduh UMNO menerima wang haram. Tuduhan tersebut telah mencetus ketegangan di Dewan Rakyat petang rabu apabila beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengecam kenyataannya itu.
Tetapi yang paling lantang ahli parlimen  Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang marah kerana Jimmy mengaitkan UMNO bukannya menumpukan tuduhan tersebut kepada pihak terbabit.

Pada ketika itu Jimmy Wong sedang  membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan 2013) apabila menuduh UMNO menerima wang haram.

Sesungguhnya TM lihat bahawa Datuk Seri sememangnya seorang yang tegas apabila pembangkang cuba memburukan UMNO dan cuba mengaitkan UMNO dengan kegiatan haram.

Bagi TM sekiranya ada rombakan kabinet pada masa akan datang, Datuk Seri Azeez layak dimasukan ke dalam kabinet untuk menggantikan Datuk Hassan Malek.

Datuk Seri Azeez Rahim teruskan perjuangan mu !!!

Apa Hal @NazirHussin70 Menyekolahkan @Khairykj & @azwanbro Sebagai Pengajaran @NajibRazak


Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".

Kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendapat cara yang terbaik membantu keluarga golongan sasar ini dengan bantuan melalui pendidikan anak anak mereka dulu seperti kos tuisyen. Seperti yang diketahui ramai, kos tuisyed bagi satu matapelajaran teras yang wajib lulus SPM berharga antara RM 60-75 atau jika 5 matapelajaran wajib lulus dah menjadikan kos tuisyen RM 300-375 bagi seorang pelajar. Kos ini akan membuatkan ibubapa mereka yang di bandar kurang mampu untuk biayainya.

Untuk mengatasi masalah ini, kami di Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan program "HELP TUISYEN" dengan mengutamakan golongan sasar yg terdiri pelajar pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program ini kita halusi hasil ilham dari isu permasalahan utama bandar iaitu "Isu Kos Sara Hidup"@ Kemiskinan Bandar".

"HELP TUISYEN" adalah jalan penyelesian yang terbaik kerana ianya akan diseliai oleh guru guru mahir dalam mata pelajaran tersebut secara percuma. Program tuisyen ini bermula sekarang hingga SPM. Untuk memantap lagi ilmu pengetahuan mereka, kami biro akan menyediakan juga beberapa program tambahan seperti program motivasi, buku tambahan dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara bersama ibu bapa serta PIBG sekolah.

Selanjutnya jika terdapat pelajar pelajar yang gagal mendapat skor yang diperlukan, kami di Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan berusaha membantu pelajar pelajar ini masuk ke IPTA seperti di UiTM, KPTM, Giat Mara, Kolej Profesional Mara, UniKL, Kolej Kemahiran dan lain lain lagi.

Setiap parlimen, saya sebagai pengerusi biro ini mencadangkan dan mensasarkan 100 pelajar sebagai anak angkat Pemuda. Kami yakin program ini akan mendapat impak yang merangsangkan dari pelajar, terutama para ibubapa yang memerlukan bantuan ini. Kami dari Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus mencari jalan dan mekanisma untuk membantu "meringankan beban" golongan kurang berkemampuan atau miskin bandar menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang.

Nazir Hussin Akhtar Hussin

Pergerusi BiroHal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP)
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Lagi Sahabat Pengguna Jalanraya @HishammuddinH2O Digilis Maut Bas @NajibRazak



Beberapa lori mengilis mati pengguna moto sebelum ini ... kali jni giliran bas pula.

Bas menghala ke tol Batu 3 merempuh 2 kereta, sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh laluan motor.. Dilaporkan beberapa org mati ditempat kejadian. Dan masih ada yg masih dibawah bas ... Inanillah.

Kementerian Pengangkutan perlu memikirkan langkah langkah keselamatan supaya kejadian seperti ini tidak berulang algi.


@NajibRazak Kami Pemuda UMNO WP Membantah Vincent Tan @razlanrafii



Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membantah lagi sebarang permohonan tambahan judi.

Kami mendapat berita ada permohonan Pusat Judi akan dibuka di Bukit Tinggi, sebagai sebuah negara yang meletakan Agama Persekutuan adalah Agama Islam, segala usaha untuk menghapuskan apa sahaja yang haram dalam Islam mesti di tingkatkan.

Contohi Indonesian yang sudah berjaya mengharamkan lesen perjudian di Negara itu.

Kami mendesak agar Kerajaan Malaysia menolak segala permohonan lesen judi masa kini dan masa akan datang.

Kita kena ada usaha mengurangkan, bukan menambah.

Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Wilayah Persekutuan

Monday, 16 June 2014

Sahabat Pengguna Jalanraya @HishammuddinH2O Maut Digilis Lori @NajibRazak


Kemalangan maut melibatkan sebuah lori pasir dengan motosikal pembonceng wanita. Dalam kemalangan tersebut, wanita maut dgilis lori lebih kurang jam 8.45 pagi tadi di hdapan Leisure Mall menghala ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini, sepasang suami isteri telah digilis maut di tempat kejadian mengakibatkan 5 anak anak mereka menjadi anak yatim sekelip mata.

Sememangnya lori lori yang menggunakan jalan memandu seperti samseng jalanraya tanpa menperdulikan keselamatan pengguna jalanraya yang lain kerana sudah tentu yakin mereka selamat jika mereka melanggar mana mana kenderaan lain.

TM harap tindakan segera dapat diambil untuk mengatasi ancaman lori lori pasir yang samseng dari meragut lagi nyawa yang tidak berdosa

Saturday, 14 June 2014

Mangsa Kebakaran PPR Seri Semarak Dapat Perhatian @TengkuAdnanReal Yang Prihatin





Saudara Mahadhir Sulaiman mewakili Saudara Mohd Rafi Alli Hassan, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO WP menyampaikan sumbangan kewangan dari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.






Penyerahan sumbangan bencana kebakaran di PPR Seri Semarak Parlimen Setiawangsa telah disampaikan oleh Saudara Fauzee KP Setiawangsa. Turut hadir Pengarah Perumahan DBKL Encik Wan Ghazali menyerahkan rumah transit PPR kepada mangsa, sementara rumah yang bakar diperbaiki.

Tuesday, 10 June 2014

@limkitsiang pecat @teresakok Menyeleweng Wang Kepunyaan @RameshRaoAKS ???






Lapuran polis telah dibuat terhadap YB Seputeh DAP, Teresa Kok kerana penyelewangan guna dana sumbangan awam untuk tujuan peribadi. Lapuran polis ini telah dibuat oleh seorang ahli DAP Kam Yin di Balai Polis Sri Petaling pada petang tadi.

Di dalam lapuran tersebut Teresa Kok telah dituduh telah mengeluarkan dana sumbangan awam sebanyak RM117,230.00 dalam bentuk cek kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan parti (pengerusi dan bendahari Seputeh).

Kalau lu adalah betul ada benar ... jangan takut ... sila tanggungjawab sikit la ... bagi tahu semua ahli member ... apa takut ... apa nak buat saman orang ugut sama orang ... jangan ini macam ... you seorang orang yang hormat punya YB ... bukan Yang Bohong punya YB !!!

Turut bersama membuat lapuran adalah Ramesh Rao yang mencabar Lim Kit Siang menyiasat dan memecat Teresa Kok sekiranya perkara yang dilapurkan adalah benar.


Saturday, 7 June 2014

Biro Kebajikan UMNO WP Membantu Mangsa Kebakaran Chubadak Jaya @TengkuAdnanReal


Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas menerima sumbangan segera dari En Razak Muhamad, Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan mewakili Saudara Mohd Rafi Alli Hassan, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO WP untuk diserahkan kepada mangsa kebakaran Kg Chubadak Jaya !!! 



Keluarga yang terlibat dalam kebakaran petang tadi
Penyerahan sumbangan kepada setiap ketua keluarga



Kebakaran di Kg Chubadak Jaya berlaku pada jam 3 petang telah menyebabkan sebanyak 24 keluarga kehilangan rumah dan harta benda mereka. Pada kejadian berlaku sungguh cepat, ramai penghuninya keluar bekerja. Buat sementara keluarga yang terlibat ditempatkan di Dewan Sentul Perdana.

Wednesday, 4 June 2014

UIA Gombak Lenyap Ditenggelami Air Banjir Kilat @NajibRazak @MuhyiddinYassin #1Malaysia







\

Petang ini hujan yang lebat telah mengakibatkan UIA Gombak ditenggelami banjir kilat yang akibatkan banyak kereta terkandas. Air banjir terlalu tinggi sehingga memasuki premis UIA. Kemungkinan besar kerana saliran di Selangor yang kurang memuaskan.