KENYATAAN MEDIA
PEMUDA UMNO KECAM PERBUATAN KURANG AJAR ALVIN TAN
Pemuda Umno mengecam perbuatan kurang ajar blogger kontroversi, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki Umno dalam laman sosial Facebook.
Perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini.
Ini antara perkara dan sebab utama mengapa kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Hasutan atau menggubal akta yang sesuai bagi menangani perilaku manusia biadab seperti Alvin Tan ini.
Kenyataan ini berikutan tindakan Alvin yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya.
Alvin, 46, yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia mendakwa dia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.
Perilaku manusia keji ini mungkin kerana tiada didikan yang sempurna di rumah terutama tentang tanggungjawab dan semangat cintakan negara.
Ini amaran keras dari Pemuda Umno kepada Alvin, berani buat berani tanggung. Jangan melarikan diri dan menyorok di luar negara. Kalau berani, balik semula ke Malaysia dan ulangi balik kata-kata itu.
Perbuatan Alvin ini adalah contoh kejayaan parti pembangkang khususnya DAP dalam memupuk kebencian terhadap pemimpin negara dan menyemai benih perkauman.
Mereka (DAP) sering membuat provokasi sehingga menyebabkan ada generasi muda yang tidak lagi hormatkan pemimpin, malah melahirkan generasi yang sangat kurang ajar seperti Alvin Tan.
Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia