Tuesday 12 February 2013

PAS Kawasan Batu Kebumikan @tianchua Di Taiping ?

Penipuan Besar Oleh PAS #tolakPR
Kubur Sebenar Mat Indera
Kelmarin satu sidang media bersabit kubur Mat Indera telah diadakan di Hotel Taiping Perdana, Kampung Jambu, Taiping.

Dalam sidang tersebut, penerangan yang eksklusif telah dibuat oleh 5 beradik yang merupakan keluarga penggali dan penjaga kubur, mereka adalah penduduk asal Kampung Jambu yang dahulunya dikenali juga sebagai Kampung Haji. 

Kampung yang wujud  seawal pembukaan bandar Taiping itu didiami oleh seorang Haji yang dihormati oleh kaum Cina di sekitar bandar Taiping dan mereka menamakan kampung tersebut sebagai Haji Kampung (Kampung Haji). 

Klik Sini Untuk Cerita Berkaitan !!!


Akhir tahun 70an Kampung Haji yang dahulunya merupakan Kebun Jambu telah bertukar menjadi sebuah kampung tersusun dan dikenali sekarang sebagai Kampung Jambu, jika ditulis Kampung Haji pun surat-menyurat akan sampai.

Kampung tersebut terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sebelah timur dan sebelah barat dan pembahaginya ialah jalan raya ( Jalan Masjid) antara masjid daerah dan stesen bas.

Lokasi kubur betul-betul terletak di belakang hotel tersebut.


Perlu dimusnahkan binaan ini kerana mencemar kesucian tanah perkuruan Islam Taiping
Kelima beradik ini anak penggali kubur ini amat mengenali kubur Mat Indera yang menjadi lokasi permainan mereka zaman kanak-kanak.



Mereka amat terperanjat apabila pemimpin Pas telah menunjukkan gambar kubur Mat Indera yang diluar peta minda mereka. Kubur yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan laman-laman blog adalah palsu.
Peta Kubur Kg Jambu
Bukti lain ialah kubur-kubur di kiri kanan kubur yang didakwa milik Mat Indera semuanya bertarikh dari Tahun 2004 hingga 2010, oleh itu kubur yang didakwa milik Mat Indera adalah milik orang lain. Kemungkinan milik kaum keluarga yang bersebelahan dengannya.

Abang Din selaku jurucakap berharap keluarga kubur tersebut dapat tampil untuk menuntut kembali hak mereka daripada menjadi mangsa pembohongan Pas.



Keluarga Penggali Kubur yang tahu sejarah sebenar berbanding Pak Akub yang hanya menantu kepada penggali kubur
Pak Akub sebagai penjaga kubur tersebut sudah tentu mengetahui kubur sebenar Mat Indera. Akan tetapi mungkin terpaksa menutup mulut atas arahan Pas kerana kubur tersebut seperti jirat Cina, siap dengan dataran kecil di bahagian kaki seperti tempat meletak colok dan gambar.

Oleh sebab itu kemungkinan Pak Akub terpaksa bersekongkol dengan Pemimpin Pas dan berlakulah satu pembohongan besar. Ia seperti kisah Kasim Selamat yang ditipu oleh Ibu Mertua. (Filem Ibu Mentuaku P Ramlee).

Kini, dengan penjelasan sebenar anak-anak penjaga kubur zaman 50an, berharap Pas dan Pak Akub tidak lagi menipu pengikutnya.

Kubur palsu wajib di kembalikan ke bentuk asal dan Pas perlu membuang papan tanda tersebut segera.

AJK. Masjid Taiping dan Majlis Agama Islam Perak juga perlu merobohkan binaan jirat di atas kubur asal Mat Indera kerana ia mencemarkan kesucian tanah perkuburan tersebut.

Kita tidak mahu lambang bintang 3 wujud di binaan tersebut. Bertindak sekarang, jangan jadi seperti kubur keramat tok bidan di Klian Pauh satu ketika dahulu.

Kubur Siapa Dipacak Bakut Nama Mat Indera ?
Pas juga perlu menghentikan lawatan-lawatan ke kubur tersebut. Menurut ahli keluarga tersebut kubur palsu kerap dikunjungi oleh rombongan Pas dari seluruh negara. Malah papan tanda juga adalah sumbangan daripada Pas Kawasan Batu dari Kuala Lumpur.

TM - Kalau dahulu PAS tuang minyak wangi di kubur mereka yang meninggal di peristiwa Memali ! Kini PAS memalsukan kedudukan kubur Mat Indera dengan meletakan nesan berukir nama Mat Indera di atas kubur baru usianya !!! PAS kini menjadi kubur yang berkemungkinan berlaku perkara khurafat !!!

No comments:

Post a Comment