Sunday 27 October 2013

Dua Gajah Bertempur Faktor Kekalahan PAS Kedah @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal #PRKSgLimau


Belum lagi reda lagi kisah penipuan yang dibuat oleh calon dari PAS. Azam Samat, kini kecoh pulak tentang masalah dalaman pula. Peperangan dalam PAS di antara Phohrolrazi dan Mahfuz mulai diketahui ramai orang di Sungai Limau terutama di kalangan jentera PAS dan Pakatan Rakyat yang bertugas di sana.

Walau PAS Kedah mendakwa bahawa mereka akan terus kekal menguasai kerusi Sungai Limau tetapi pertelagahan dalaman kuasa politik PAS Kedah menyebabkan semangat para petugas mereka semakin terjejas. Kini jentera PAS Kedah dengan sendiri terbahagi kepada dua menyebabkan kerja kerja mereka menjadi kucar kacir. Masing masing ingin menunjuk kecerdikan untuk mengendali tugas tugas mereka.


Ceramah PAS di sebelah Klinik Desa Dulang juga kosong
Kedengaran bahawa Phahrolrazi Zawawi tidak senang hati dengan percaturan politik Mahfuz Omar yang cuba menyingkirnya dari politik PAS Kedah. Ini telah menyebabkan Phahrolrazi Zawawi mengambil keputusan untuk tidak mahu terlibat sepenuhnya di dua PDM iaitu PDM Dulang Besar dan PDM Dulang Kecil.

Bagaimana mahu menjaga rakyat jika di kalangan mereka sendiri bercakaran?Kini PAS Kedah di Sungai Limau sekarang mendapat kurang sokongan kerana calonnya hanya seorang yang profesional biasa biasa sahaja. Tidak seperti dahulu calon mereka Tan Sri Azizan adalah seorang tokoh Ulama yang disegani dan dihormati. Kini calon mereka tiada aura ulama !!!

Insyallah pada kali ini peluang untuk Barisan Nasional menang kerusi Sungai limau agak cerah. Maka TM harap pengundi Sungai Limau mengambil kesempatan untuk mencuba calon BN yang luas berpengalaman.


UNDI LAH BARISAN NASIONAL !!!

No comments:

Post a Comment