Friday 31 January 2014

Confirm @anwaribrahim Pemimpin Gelojoh Bertaraf Dunia Seperti Digambarkan @AzminAli


Demi nafsunya, Anwar Ibrahim telah mencalonkan dirinya sendiri sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat di DUN Kajang. 

Nampaknya Anwar Ibrahim tidak sabar untuk mengambil alih tugas sebagai Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. Tambahnya nafsunya membuak buak menyebabkan Anwar sudah mulakan kempennya di Kajang.


Turut membodohkan diri sendiri adalah Khalid Ibrahim yang bersama Anwar berkempen dalam sebuat masjid. Untuk pengetahuan pembaca TM, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia belum lagi membincang tarikh bagi percalonan DUN tersebut.


TM ingin peringatan pembaca bahawa pembuatan PKR ini boleh dikata sifat munafik yang mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Pilihan Raya Kecil yang ini boleh dianggap membazirkan duit kerana semata mata Anwar Ibrahim nak menjadi Menteri Besar.

Orang munafik seperti Anwar Ibrahim adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar (kufur dan syirik). Perbuatan orang munafik di sebut nifak. Anwar ini hanya pada mulutnya sahaja beriman dan nampak baik tetapi hakikat sebenarnya hanya tipu helah belaka untuk mencari habuan dunia dan merancang untuk menghancurkan Islam.

Nampaknya Anwar Ibrahim bersifat munafik tak jadi bersara selepas Pilihan Raya Umum yang 13 untuk menjadi seorang pensyarah di Perancis.


.

No comments:

Post a Comment