Friday 31 January 2014

Mungkin Ini Sebab @Lee_C_Wei Akan Bersara Pada Hujung Tahun Ini @NajibRazak @liowtionglai


Nama Datuk Lee Chong Wei disebut sebut tersenarai dalam senarai pendek dari MCA untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambarkan bahawa pemain badminton no 1 dunia tersenarai calon yang berkemungkinan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada wawancara pada rumah terbuka MCA pada pagi tadi.

Mungkin dengan meletakan Lee Chong Wei akan menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional pada PRK Kajang nanti. Bagaimana pun keputusan ini belum lagi mutamad dan ianya akan dibawa ke mesyuarat Barisan Nasional Pusat selepas Tahun Baru Cina.

No comments:

Post a Comment