Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

Luahan Suara Hati Tun Mahathir Kpd Melayu Yg Tidak Tahu Bersyukur #1Malaysia





Assalamualaikum...utk renungan bersama....

Suara hati Dr. Mahathir

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderlyatau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.



Artikel Penuh:http:/k/www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir

Friday, 28 June 2013

Apa hal @razlanrafii tanya sama @NajibRazak ??? #1Malaysia #Melayu



Persoalan Razlan Rafii kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
  1. Pada zaman Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang lepas lepas.Tanah DBKL dijual pada cina. Pembangunan di buat berdasar kemampuan cina.
  2. Pelbagai pembanggunan dilaksanakan langsung tidak mengambil kira demografi orang melayu
  3. Rumah rumah mewah dan lot kedai banyaknya dimiliki oleh orang cina. Orang melayu terpinggir akibat dari tidak ada rancangan yg baik.
  4. Kita nak lihat bagaimana isu tanah dapat diselesaikan pada satu masa terdekat ini. Melayu sudah muak dgn alasan Pembangunan.
  5. Kalau pembangunan tidak memberikan keuntungan pada bangsa Melayu! Ianya tidak ada erti pada bangsa dan agama.
Harap Datuk Seri Mohd Najib dapat ambil perhatian !!!



Tuesday, 25 June 2013

Tamakan Kuasa Agenda Tersembunyi Cina dan Melayu Main Api Membakar Diri #1Malaysia

Pasca Pilihanraya Umum 13 (PRU13) memperlihatkan truth color of racist yang dipersembahkan oleh kaum-kaum Cina yang berkepentingan, gila kuasa dan tidak mempercayai orang Melayu.


Adakah perkara ini disedari oleh orang Melayu? Atau sebenarnya kita sedar tetapi sengaja buat-buat tidak nampak atau kita masih lagi mempercayai mereka dan berharap mereka akan kembali menyokong kita semula.

Isyarat menolak parti kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin jelas kelihatan selepas PRU12 pada tahun 2008 dan hasilnya pada PRU13 yang lepas hanya 3% sahaja orang Cina di Malaysia meletakkan kepercayaan mereka kepada BN atau dalam perkiraan mudahnya 3 : 10 (setiap 10 org Cina hanya 3 org mengundi BN).

Apa yang kita tidak pernah hairankan ialah mereka mempunyai agenda dan master plan tersendiri. Mungkin mereka yang begitu hampir dengan kita ('sahabat' baik) sengaja mendiamkan diri dan hanya membiarkan kerajaan Melayu bertungkus lumus melayan serta melawan desakan Cina Pembangkang mencuri hak-hak milik anak cucu kita nanti.

Tetapi adakah mereka yang kononnya sahabat baik kita hari ini benar-benar ikhlas menolak prejudis perkauman yang dinyalakan oleh Cina DAP. Saya fikir, para pembaca sudah mendapat jawapan kepada persoalan saya sepanjang tempoh 'pergolakan' politik dari tahun 2008 sehingga ke hari ini. Daripada 100 orang Cina di sini, hanya 20 orang saja yang bersetuju tidak akan menyentuh hak-hak yang tidak boleh diusik.

Diam-diam mereka sebenarnya berisi emas dan ketamakan untuk mencari kesamarataan kononnya. Tetapi adakah sahabat baik kita ini turut berada dalam kelompok 20 orang yang disebutkan tadi? Pasti pembaca mempunyai jawapannya juga kan.

Kebangkitkan suara Cina DAP akhir-akhir ini amat memeranjatkan dan ternyata mereka berjaya menarik sokongan ramai terutama sahabat-sahabat baik kita. Namun sokongan terhadap Cina DAP oleh sahabat kita tidak ditunjukkan secara terbuka, mereka bercakap-cakap di dalam kelambu. Demontrasi jalanan yang dianjurkan oleh Cina DAP juga disokong secara senyap tetapi sahabat kita tidak akan bersuara menentang atau mengeji tindakan biadap adik beradik mereka di dalam Pakatan.

Andai master plan mereka ini terbocor ataupun mereka dilihat bersama-sama di dalam setiap usaha Cina DAP, maka Melayu akan bangkit dan menolak sahabat kita di kala mereka memerlukan kita untuk kepentingan diri mereka. Dengan mendiamkan diri seperti hari ini, mereka telah berjaya memecahbelahkan sokongan Melayu kepada beberapa parti politik dengan usaha keras oleh bangsa kita sendiri.

Seperkara yang menariknya lagi adalah seteruk mana kita dikenakan, dicerca, diherdik, ditipu atau dihina oleh Cina DAP and the gang, kita tetap masih memaafkan mereka kerana bangsa kita tidak pernah menyimpan dendam kepada kaum lain. Kita hanya berdendam sesama bangsa dan agama.

Dek kerana itulah mereka takut jika Melayu Islam bersatu untuk menentang sesuatu perkara tapi adakah Melayu sedar akan hal itu?

Saturday, 19 January 2013

Adakah @nikabdulaziz perintah @abdulhadiawang Edar Bible Melayu?


Pengedar Bible Versi Melayu Perlu Ditangkap !!!


Wajah Pengedar Bible di hadapan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Didedahkan. Mana Perginya Suara PAS kononnya Sebagai Parti Islam?

Perkara yang dikuathiri sudah bermula !!! Puak puak pemusnah Islam sudah memulakan agenda di sekolah Sekolah Menengah Jelutong dan kemungkinan besar ke merata sekolah di Pulau Pinang. Matlamat utama ialah memesong anak anak kita yang beragama Islam. Maklumat lah anak anak muda akan terpengaruh dengan mudah. 

Perlukah soalan ini ditanya ditanya kepada DAP? Rasanya tidak perlu, kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu? Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan orang Melayu?

Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu? Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut:

“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia. Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.” -- Nasharuddin Mat Isa, 15 Mac 2011 (Malaysian Insider)

Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS Hormati Injil Bahasa Malaysia”.


Laporan Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu “Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.”


Lapuran Polis telah dibuat
TM rasa pihak Jabatan Agama Islam negeri perlu ambil tindakan segara menyiasat dan menangkap anasir anasir yang mahu meruntuhkan akidah anak anak muda. Tindakan ini perlu dilakukan dengan segara, sebelum terlambat !!!

Sunday, 16 December 2012

Keputusan Keluarga DAP Sudah Dijangka

 kerana percaturan @limkitsiang and @cmlimguaneng yang cauvinis #tolakDAP
Apabila kamu terbalikan logo DAP akan nampak  SALIB !!!

Pada hari ini terbukti bahawa tiada tempat di DAP untuk kaum Melayu, apabila ke semua 7 calon Melayu dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP tewas. 

Inikah yang dipanggil multi-racial party? Atau kamu melayu masih tak percaya DAP Racist?

Ini lah keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012

1 LIM KIT SIANG  1607

2 LIM GUAN ENG 1576

3 KARPAL SINGH 1411

4 CHONG CHIENG JEN 1211

5 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202

6 WU HIM VEN (VINCENT) 1202

7 TAN KOK WAI 1199

8 GOBIND SINGH DEO 1197

9 PUA KIAM WEE (TONY) 1162

10 TENG CHANG KHIM 1152

11 FONG KUI LUN 1137

12 NGA KOR MING 1075

13 CHONG ENG 1006

14 CHOW KON YEOW 986

15 LIEW CHIN TONG 984

16 M. KULA 984

17 BOO CHENG HAU 958

18 KOK SUH SIM (TERESA) 925

19 TEO NIE CHING 903

20 NGEH KOO HAM 824

Fikir fikir la orang Melayu !!! Ada tak korang nampak nama Melayu yang menang atau ada agenda Melayu dalam DAP ??? TM tak nampak !!! Klik sini untuk cerita berkaitan !!!

Saturday, 15 December 2012

Agenda Keluarga DAP


@limkitsiang and @cmlimguaneng tidak akan membenar kaum lain menerajui DAP !!!



Tekanan bagi DAP adalah mempunyai lebih ramai orang Melayu dan India dalam barisan kepimpinan parti dalam konvensyen yang bermula Jumaat.

Orang-orang yang meletakkan tekanan pada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng adalah tidak lain daripada tidak puas hati, pemimpin Melayu dan India dipinggirkan dan sering terpinggir dalam parti. Pemimpin-pemimpin ini, yang telah bekerja keras untuk Kit Siang dan anaknya merasakan bahawa sumbangan mereka tidak dihargai oleh kedua-duanya, dan pasca 2008, mereka merasakan bahawa DAP telah menjadi lebih berorientasikan Cina, memberikan kedudukan yang memihak kepada kroni seperti Teresa Kok (yang memegang tujuh (7) kedudukan di peringkat parti, negeri dan kebangsaan)

Sebenarnya adalah sangat mudah, seperti yang dinyatakan oleh ini pemimpin Melayu dan India terpinggir kerana DAP adalah parti Cina dan falsafah dan ideologi adalah cauvinis - Malaysian Malaysia dalam pengumuman awam, tetapi dalam kebenaran kedudukan kuasa & berpengaruh mestilah terletak pada orang Cina .

TPM untuk batu loncatan menjadi PM
Parti (DAP) telah hidup atas sokongan kaum Cina sejak pemisahan Singapura dari Malaysia (Sebelum ini ia pecahan PAP) dan agenda Cina manakala orang Melayu dan India dalam parti hanya 'pameran' untuk menarik undi masyarakat atau kaum masing-masing, kosmetik sahaja.

Agenda DAP yang diketahui oleh setiap rakyat Malaysia ialah memperjuangkan masalah Cina dan tidak lebih dan tidak kurang - sambil berkongsi agenda PKR dalam menurunkan umat Islam. Kepada mereka, menurunkan Barisan Nasional (BN) juga bermakna mengurangkan asas kuasa Islam dari parti pemerintah.

Dan apabila orang Melayu dan India dalam DAP menggesa parti untuk mempunyai lebih ramai orang Melayu dan India dalam kepimpinan barisan, parti supremo Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mengetawakan orang lain di hati mereka.
Fahaman Komunis
Bagi mereka, pemimpin-pemimpin Melayu India hanya 'balaci' tidak berbaloi mengambil mereka serius kerana mereka hanya boleh menyalak tapi mereka tidak boleh menggigit. Lagi pun DAP bukan milik kaum lain iaitu Melayu dan India.

DAP hanya berminat untuk melemahkan kedaulatan Melayu, melemahkan institusi Melayu dan melemahkan pengaruh Melayu, DAP TIDAK PEDULI DENGAN NASIB DAN AGENDA KAUM LAIN !!!

TM dilahirkan bukan untuk menjadi hamba di negara sendiri.