Friday, 14 December 2012

Israel Dan Pakatan Menjeling

@azeezputera kerana membawa Malaysia di mata Palestin @NajibRazak @umbkl

Bertempat di Al-Shouterd Camp kediaman Presiden Hammas Dr Ismail Haniyeh telah menerima kunjungan hormat Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato’ Azeez Rahim sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.
 Azeez dilantik oleh  Kementerian Luar Negeri Palestin sebagai  DUTA Kehormat untuk rakyat Palestin
Pertemuan ini sangat besar ertinya bagi pemimpin Palestine itu kerana beliau sangat sangat menyanjung tinggi kasih saying rakyat Malaysia yang sentiasa menykong perjuangan Palestine dari cengkaman Zionist.

Perdana Menteri Palestine itu dalam ucapannya menyatakan impian mahu membawa Najib bersolat di Masjid Al Aqsa sekiranya suatu hari nanti Palestine benar benar menjadi sebuah Negara yang bebas dari belenggu peperangan yang didalangi oleh Israel. Sekalung Tahniah kepada Datuk Azeez Rahim dan juga para pejuang kita yang telah mengharumkan nama Negara di Tanah Palestin.

Tahniah Datuk Azeez Rahim yang berusaha keras membantu rakyat Palestin dan turut mengibarkan bendera Malaysia !!!.

TM pon baik dengan Hamas !!!

Pesanan Perdana Menteri

@NajibRazak kepada semua rakyat Malaysia 



Saudara Saudari Rakyat Malaysia.

Negara-negara di Asia dijangka memainkan peranan utama dalam pergerakan dunia apabila kuasa global kini mula terarah ke Timur. Asia kini menjadi lokasi pembuatan kebanyakan produk barangan  di dunia ini. Negara Asia kini sedang menikmati kadar pertumbuhan memberansangkan hingga berjaya membawa ratusan juta orang miskin menjadi masyarakat kelas pertengahan.
 
Bagaimanapun, negara asia menghadapi satu isu yang mungkin boleh merancatkan penguasaan mereka. Isu tersebut adalah perubahan iklim.

Asia berisiko menghadapi bencana kerana keadaan cuaca yang boleh memusnahkan rumah-rumah dan menyekat sumber rezeki hingga menjejaskan jumlah bekalan makanan dan menyebabkan penghijrahan penduduk secara besar-besaran. Sebagai sebuah rantau, kita sememangnya tidak pernah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut. Baru-baru ini, Gabenor Bank Negara Malaysia memberitahu, pada 2011, sebanyak 70 peratus daripada AS$ 380 juta kerugian ekonomi adalah disebabkan oleh bencana alam. Daripada jumlah itu, hanya suku sahaja daripadanya yang mendapat perlindungan insurans.

Tahun lalu, bencana banjir yang berlaku di negara jiran Malaysia iaitu Thailand adalah merupakan bencana alam paling teruk dalam sejarah. Perubahan iklim menyebabkan bencana lebih kerap berlaku. Tanpa menjadikan sempadan geografi sebagai alasan, ia tidak sepatutnya dianggap hanya sebagai masalah di negara Barat sahaja atau hanya meliputi negara kaya sahaja, sebaliknya ia adalah masalah yang dirasai di seluruh dunia. Jadi, saya menyeru sudah tiba masanya Asia diajak duduk bersama bagi mencari jalan penyelesaian tersebut.



Saya yakin, Malaysia mampu menawarkan perspektif baru. Kami adalah sebuah negara membangun yang sedang menuju menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Malaysia boleh dijadikan jambatan kepada perbezaan perbincangan mengenai perubahan iklim: kami menghadapi cabaran yang sama dialami oleh negara membangun lain, pada masa yang sama Malaysia juga akan menjadi negara maju pada sebahagian besar tempoh abad ke-21. Kami berharap untuk mencapai sasaran tersebut dengan cara berhemah. Saya berharap, pembangunan yang kita kecapi dapat menjadi contoh kepada semua.

Klik di sini untuk membaca dengan selanjutnya.

Ikuti saya di Facebook  dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Daftarkanlah emel saudara-mara dan rakan-rakan anda melalui laman web saya untuk berkongsi maklumat terkini seperti ini kepada mereka secara terus. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.
 


Najib Razak

Tuesday, 11 December 2012

Sekadar Mencari Nama

Kerana puak BADUT SARKAS Hampas bukan berjihad tapi ambik kesempatan 

Orang Palestine hanya tahu warna hijau tapi tak tahu pun bulat tu bendera HAMPAS

Pada saat rakyat Palestine berkumpul dalam perhimpuanan Hamas, ada orang mengambil kesempatan mengibarkan bendera PAS di Palestine. Bendera yang di bawa satu satunya bersaiz bersaiz lebih besar dari bendera bendera lain termasuk bendera Palestine. Bendera yang dimaksudkan ialah bendera HAMPAS !!!

Kebetulan bendera hampas ini pun berwarna hijau juga dibawa lari ke sana sini seolah olah ingin menunjukan bahawa puak puak hampas ini turut bersama Palestine. Dan kemudian kelakuan mereka berlari sana sini bersama bendera dirakam untuk disiarkan di dalam Youtube. Walhal bagi TM, puak puak hampas ini hanya mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri, kononnya mereja juga terlibat berjihad bersama rakyat Palestine. Bagi TM, mereka bukan lah meraihkan tapi mereka mereka yang dibiayai untuk melakukan AKSI BADUT SARKAS BERLARI LARI MEMBAWA BENDERA HAMPAS !!!

TM - Orang UMNO juga di Palestine tapi tak sarkas dok kibar bendera UMNO berlari lari !!! Mereka kibarkan bendera Malaysia !!!

Sunday, 9 December 2012

Semut Dikatakan Gajah !!!

@anwaribrahim diminta menjawab dengan kenyataan @tianchua #TolakFitnah #TolakPR

Bapak Borek Anak Rintik, Tian Chua, serupa seperti Ketua Umum PKR yang suka menfitnah, Anwar Ibrahim yang dikenali Bapa Perpecahan Malaysia hari ini diminta menjawab kenapa Tian Chua, Ketua Penerangan PKR merangkap Ahli Parlimen Batu yang paling pemalas dalam sejarah ahli parlimen di Malaysia, baru baru ini mendakwa bahawa perbicaraan di Perancis sebenarnya tidak wujud.


Rupanya suara haram Anwar ???
Sebelum ini suara haram Suaram telah memperbesarkan isu bahawa terdapat perbicaraan kapal selam scorpene di Perancis. Sekarang Anwar perlu telus dan berterus terang dalam menjelaskan perkara ini serta termasuk menjelaskan mengapa Tian Chua membuat kenyataan tersebut. 

Yang nyata orang orang Pakatan Rosak memang suka memutar belit cerita atau mereka sehinggakan TM pun rasa pening kepala nak membaca atau menpercayai cerita cerita yang dibawa oleh mereka. Tapi apa yang penting sekarang kita rakyat perlu sedar dan perlu menumbangkan setiap orang Pakatan Rosak yang akan bertanding di PRU13 akan datang. TERUTAMA TIAN CHUA DI PARLIMEN BATU !!!

TM memang tak suka Tian Chua the interframe. 

Friday, 7 December 2012

Pemutar Belit Propa Anak Ketua Umum


@N_Izzah  akan merobohkan masjid UM utk burukan @RajaNongChik dan MAIWP
Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM)

Kem Penyokong PKR huru hara untuk seketika apabila Lembah Pantai MP, Nurul Izzah membangkitkan isu mengatakan bahawa Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) terpaksa ditutup oleh Kerajaan Pusat kerana hal-hal politik.

Melihat propaganda PKR mengenai isu ini seolah-olah seperti mereka memberitahu bahawa Masjid Ar-Rahman akan ditutup selama-lamanya. Ini jenis tuduhan adalah mungkin sesuatu yang biasa bagi keluarga Anwar.

Untuk mensensasikan cerita, mereka mengatakan bahawa perintah untuk menutup masjid telah dibuat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), supaya mereka boleh menyalahkan segala-galanya kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Cerita sebenarnya seperti ini, Masjid Ar-Rahman di UM hanya akan ditutup sementara untuk proses pemulihan.

Notis penutupan sementara datang dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memastikan proses yang lancar dalam penetapan bumbung masjid ini, pendawaian serta paip air. Selain itu, semasa penutupan sementara ini, perhatian yang sama juga diberikan untuk menyelesaikan isu air melimpah yang berlaku di sekeliling masjid setiap kali hujan lebat.

Perintah rasmi dari JAWI telah dibuat pada November 20, 2012 dan ia akan berkuatkuasa menjelang Disember 1, 2012, sehingga ia selesai sekitar Jun 2013.

Sementara menunggu untuk proses pemulihan selesai, JAWI telah menyeru umat Islam untuk hanya menunaikan solat mereka di masjid-masjid berdekatan. Beberapa daripada mereka termasuk Masjid Tun Rahah di Bangsar Village, Ikhlasiah Masjid Kg. Kerinchi, Saidina Abu Bakar As-Siddiq Mosque Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Jumaat Surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya serta Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Nurul Izzah anak Papa
Secara ringkas, terdapat isu tidak sama sekali. Sebaliknya, anak perempuan kepada Ketua Umum PKR hanya menunjukkan ia keluar demi kepentingan politik keluarganya.

Terutama apabila imej beliau hanya berkisar gereja, termasuk forum baru-baru ini yang dia menyertai perbahasan di Gereja Full Gospel Tabernacle , USJ, Selangor di mana Naib Presiden PKR menyatakan bahawa dia mahukan kebebasan agama untuk memohon kepada Melayu Islam serta.

Dalam keadaan terdesak, untuk mendapatkan kembali kepercayaan di kalangan orang Melayu kepada beliau, dia terpaksa untuk menghidupkan masjid perkara ini dengan isu politik, walaupun ia hanya satu lagi tuduhan.

Pada akhir kata-kata seolah olah dia seperti dia mahu 'merobohkan' masjid apabila dia berkata bahawa Masjid Ar-Rahman akan ditutup selama-lamanya oleh Kerajaan Pusat.

Bagi TM tujuan Nurul Izzah ini cuba mengalih kemarahan orang ramai tempoh hari terhadapnya kepada perkara lain !!!

Thursday, 6 December 2012

Keluarga Terlibat Kebakaran Mendapat PPR

Atas usaha @RajaNongChik @abss115 @Chandrakumanan @Dominiclauhc dari Barisan Nasional
Raja Nong Chik berucap dihadapan bakal penerima kunci PPR Beringin
Atas usaha orang dari Barisan Nasional dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, seramai 16 keluarga mangsa kebakaran dari Kampung Chubadak (Cempedak) dan Kampung Sigma telah ditawarkan untuk menyewa PPR Intan Baiduri selama setahun. Semua keluarga tersebut akan menikmati sewa percuma selama 3 bulan. Penyerahan kunci ini telah dibuat dalam satu majlis ringkas di Dewan Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul disempurnakan Datuk Raja Nong Chik, Menteri WP dan Kesejahteraan Bandar.

Turut hadir Ramanathan, Chandrakumanan, Amin. Yahaya dan Dominic
TM difahamkan mangsa mangsa dari setiap keluarga menerima juga bantuan kewangan dari Datuk Yahaya dan Dominic Lau, Barisan Nasional Parlimen Batu, Chanrakumanan dari PPP Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jumlah terkumpul melebihi RM1000.

Salah seorang penerima kunci dari Kampung Sigma

Untuk makluman pembaca blog TM, terdapat dua orang kerana bujang mereka dan satu keluarga, ketua rumah berkad pengenalan merah tidak dapat tawaran untuk menyewa di PPR. Namun begitu mereka juga mendapat bantuan kewangan. Perkara ini telah dipolitikan oleh PKR Parlimen Batu walaupun mereka mengetahui syarat menyewa perumahan DBKL, sila kilik di sini ! !!

Salah seorang mangsa kebakaran Kg Chubadak menerima surat tawaran PPR
Untuk pengetahuan semua pembaca blog TM, seperti yang diketahui oleh penduduk parlimen Batu bahawa Tian Chua Ahli Parlimen Batu dari PKR atau Pakatan Rosak yang malas tidak membuat apa apa usaha atau tindakan untuk menolong mangsa mangsa kebakaran. Hanya baru baru mereka timbul untuk menjadi hero !!! Seperti TM selalu sarankan kepada semua pengundi pengundi parlimen Batu untuk menjatuhkan Tian Chua pada PRU13 akan datang. Jangan lagi tertipu dengan janji janji Tian Chua kerana janjinya hanya palsu dan lakunan.

TM akan pasti pangkah BN seperti selalu !!!!

Kalau Berani Mari Bersemuka

@hairiosm mencabar @rozanazen setpol @tianchua MP Batu yang pemalas !!! @abbs115



Penerima bantuan "status bujang" Mohamad Effendi turut dapat bantuan kewangan

Kes kebakaran di kampung chubadak, Batu. Rozan setiausaha politik kepada Tian Chua, Ahli Parlimen Batu yang pemalas mendakwa tiada bantuan PPR kepada org bujang kerana status mereka yang bujang. 


Setpol yang pemalas seperti Tian Chua MP Batu yang malas

Mangsa yang berstatus BUJANG

1. Mohamad Effendi bin Mohamad Jobri
2. Aznizam bin Azid

menyewa beralamat di 120 Kampung Chempedak, Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur


Rozan menimbulkan isu menyewa PPR milik DBKL di facebook dan tweeter kepunyaannya
Menjawab persoalan itu, Zukhairi Osman, Ketua Wira Perkasa Wilayah yang juga setiausaha Surau di Kg Chubadak berkata, "Polisi Rumah PPR DBKL untuk keluarga yg berwarganegara Malaysia. 
Syarat - Syarat Kelayakan Menyewa
  1. SUAMI DAN ISTERI WARGANEGARA MALAYSIA
  2. BERKAHWIN DAN BERKELUARGA - MEMPUNYAI ANAK BAGI RUMAH KOS RENDAH DAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT
  3. PENDAPATAN TERKUMPUL SUAMI DAN ISTERI HENDAKLAH:
    • RM 300.00 HINGGA RM 2500.00 - KOS RENDAH
    • RM 201.00 HINGGA RM 1200.00 - PPR
    • RM 1500.00 HINGGA RM 3500.00 - KOS SEDERHANA
  4. SUAMI DAN ISTERI TINGGAL ATAU BEKERJA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
  5. TIDAK MEMPUNYAI RUMAH ATAU TANAH DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN DIDALAM LINGKUNGAN 35 KM DARI PUSAT BANDAR DAN PERSEKITARAN LEMBAH KLANG

Sila rujuk di laman sesawang e Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  

Orang bujang yang terlibat dalam kebakaran tempoh haridah diberikan bantuan keseluruhan lebih rm1000 seorang. 

Mereka menerima bantuan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Barisan Nasional !!!

Dengan bantuan ini mencukupi untuk mereka sewa bilik rumah di KL. Mereka sebenarnya penyewa bilik di rumah terlibat dalam kebakaran. Apabila beberapa orang mangsa lain yang terlibat telah mendapat tawaran menyewa rumah di PPR Intan Baiduri, mereka sangkakan bahawa mereka juga layak untuk mendapatkan rumah itu. 

Untuk pengetahuan semua pembaca blog TM, bahawa menantu Timbalan Ketua UMNO Cawangan di situ pun tidak dapat bantuan ini kerana bukan warganegara walaupun berkad pengenalan berwarna merah. 


Aznizam Azid yang berstatus Bujang turut terima bantuan kewangan
Tiada sandiwara. Semua pihak telah datang membantu, kecuali Tian Chua Ahli Parlimen Batu dan Rozan Setiausaha Politik atau kuncu kuncunya tidak pernah usahakan apa apa untuk mangsa kebakaran ini. 

Untuk membetulkan kekeliruan ini, kami telah memanggil kedua dua mangsa ini yang berstatus BUJANG. Hasilnya kita dapati tidak puas hati adalah kerana tidak dapat maklumat yang tepat. Setelah kami menerangkan situasi sebenarnya, mereka berdua menerima dengan hati terbuka dan bersyukur terhadap bantuan kewangan yang diterima.

Untuk mendapatan rumah pun mereka buat tak tahu tapi kenapa sekarang nak jadi hero sibuk ambil tahu sekarang. Kenapa mereka ini tak usahakan dari mula? 

Kalau berani kita berdepan dalam isu ini, SAYA CABAR !!!

TM pun orang batu tahu MP Batu dan setpolnya pemalas