|
Penerima terdiri berbilang kaum |
Sempena perayaan Depavali pada minggu depan, Mayang Parlimen Batu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan penyampaian bantuan rakyat sempena perayaan tersebut. Sebanyak 150 orang penerima yang terdiri orang India termasuk orang Cina dan orang Melayu mendapat tempias juga.
Bertempat di Dewan Bandar Baru Sentul Fasa 8 & 9, penerima penerima telah menerima sumbangan sebanyak RM200 dan rata rata mereka merasa bersyukur. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Yahaya Mat Ghani, Pengerusi Mayang yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu.
|
Yahaya menyampaikan sumbangan tersebut |
TM yang datang mengambil gambar tersebut pun gembira melihat wajah wajah ceria setelah menerima sumbangan tersebut. Kalau nak harapkan Tian Chua the YB Gigit. alamat tak merasa lah kerana dia selalu sibuk di peringkat nasional. Kalau ada pun, dia hantar kuncu kuncunya. Semenjak dia menjadi YB, mana ada perubahan di Parlimen Batu. Tian Chua hanya ada masa untuk kuncu kuncu bukan keseluruhan rakyat di Parlimen Batu. TM seperti biasa menyarankan pengundi pengundi supaya menolak dan jatuhkan Tian Chua pada PRU yang akan datang. Demi masa depan Parlimen Batu.
|
Mereka gembira menerima bantuan |
TM - bila lah orang nak menyumbang untuk TM pula ?
No comments:
Post a Comment