Tempat Mengundi Tian Chua |
Tempat Mengundi Dominic Lau Hoe Chai |
Mungkin kehadiran Tian Chua dapat dilihat oleh rakyat di parlimen Batu di mana mana tapi bukan dirinya, hanya gambarnya di banner bannernya di tepi jalan.. Banner mukanya hanya banyak apabila tibanya pilihanraya untuk meraikan sokongan dari orang yang tertipu dengannya. TM yakin dan percaya kerana setelah 5 tahun Tian Chua gagal sebagai ahli parlimen Batu, gagal membuat perubahan dan gagal membantu rakyat di parlimen Batu (kecuali kepada pengikutnya, hanya kenduri kahwin dan kematian, itu pun kalau ada masa). Kehadirannya hanya untuk bergambar untuk diupload di internet. Tidak melakukan apa program program untuk bersama rakyat Batu tapi cuba menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak melantiknya sebagai Ahli Lembaga Penasihat. Dulu tidak melalak nak jawatan tu tapi bila nak habis penggal, baru lah melalak nak jawatan itu.
TM cabar Tian Chua menyenaraikan program program, pembangunan, perubahan, bantuan yang dibuat untuk seluruh rakyat di Batu sebagai ahli parlimen Batu selama lima tahun tanpa mengira pegang politik mereka !!!
TM SEBAGAI PENGUNDI DI PARLIMEN BATU TAHU BAHAWA TIAN CHUA INI HANYA MAKAN GAJI BUTA SEBAGAI AHLI PARLIMEN TANPA LAKUKAN KEBAIKAN KEPADA RAKYAT DI PARLIMEN BATU. KEGAGALANNYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN BATU MENYEBABKAN TIAN CHUA TIDAK YAKIN UNTUK MENUKAR TEMPAT MENGUNDINYA KE PARLIMEN BATU. TIAN CHUA MERASAKAN PADA PILIHANRAYA KALI INI, DIA AKAN GAGAL UNTUK MENPERTAHANKAN KERUSI YANG DIMENANGINYA PADA PRU12 LALU.
TM seru kepada semua rakyat di parlimen Batu untuk menumbangkan Tian Chua dan menangkan Barisan Nasional pada PRU kali ini. Sudah 5 tahun kita menunggu dan ini saatnya kita mengambil kembali parlimen Batu. Berikan undian anda kepada Dominic Lau Hoe Chai, calon Barisan Nasional.
Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing.
No comments:
Post a Comment