PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888 Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my
CUKAI TAKSIRAN DBKL
1. DBKL telah pun menghantar Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian kepada pemilik-pemilik hartanah di Kuala Lumpur. Notis ini bertujuan memaklumkan cadangan Nilai Tahunan hartanah pemilik untuk dikuatkuasa mulai 1 Januari 2014.
2. Secara mudahnya, tafsiran nilaian tahunan dijelaskan seperti berikut:
a. Bagi tanah yang telah dibina bangunan, Nilai Tahunan bermaksud anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada bangunan berkenaan. Sebagai contoh, jika bangunan tersebut ditaksir memperoleh sewa RM1,000 sebulan, maka Nilai Tahunannya RM 12,000.
b. Bagi tanah yang masih kosong, Nilai Tahunan adalah 10% daripada Nilai PasaranTanah. Sebagai contoh jika nilai pasaran tanah RM500,000, maka Nilai Tahunannya RM50,000.
3. Nilai Tahunan bukanlah cukai taksiran yang perlu dibayar. Cukai taksiran hanyalah beberapa peratus dari Nilai Tahunan.
Contoh bayaran cukai taksiran adalah seperti berikut :-
JENIS HARTA
|
NILAI TAHUNAN (RM)
|
PERATUS KADAR (%)
|
JUMLAH CUKAI TAKSIRAN (RM)
|
Rumah Teres
|
12,000
|
6
|
720
|
Tanah Kosong
|
50,000
|
6
|
3,000
|
4. Walaupun saya bersetuju supaya DBKL melaksanakan Penilaian Semula kepada hartanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi saya telah meminta supaya Penilaian Semula tersebut hendaklah tidak mengakibatkan kenaikan yang terlalu tinggi ke atas jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik harta sehingga membebankan mereka. Oleh itu, atas keperihatinan tersebut dan selepas membaca sebahagian dari bantahan yang telah diterima, saya dengan ini ingin mengumumkan perkara-perkara berikut untuk Cukai Taksiran tahun 2014:-
PERTAMA
Kadar peratusan yang digunakan untuk mengira jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar
DIKURANGKAN seperti berikut:
JENIS HARTA
|
DALAM 36 BATU PERSEGI
|
LUAR 36 BATU PERSEGI
| ||
2013
|
2014
|
2013
|
2014
| |
Perdagangan
|
12%
|
10%
|
10%
|
8%
|
Pangsapuri Servis
|
10%
|
7%
|
8%
|
5%
|
Kediaman
|
6%
|
4%
|
6%
|
4%
|
Rumah Pangsa Kos Rendah
|
6%
|
2%
|
6%
|
2%
|
Tanah kosong perdagangan
|
10%
|
7%
|
6%
|
5%
|
Tanah kosong kediaman
|
7%
|
5%
|
6%
|
5%
|
Kampung Baru, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Melayu Segambut Dalam
|
2%
|
1%
|
2%
|
1%
|
Lain-lain Kampung Bangunan
Tanah Kosong
|
3%
2%
|
2%
1%
|
3%
2%
|
2%
1%
|
KEDUA
Insentif dalam bentuk pengurangan kepada jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar akan diberi kepada:
i. Pemilik harta yang terdiri dari Orang Kurang Upaya (OKU).
ii. Pemilik harta yang merupakan Pesara.
iii. Pemilik harta yang mendiami sendiri kediaman mereka (tidak menyewakan).
Pemilik-pemilik harta yang dalam kategori di atas bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari kaunter-kaunter pembayaran DBKL dan mengembalikan kepada DBKL bersama dengan dokumen bukti yang berkaitan.
KETIGA
Kenaikan jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik rumah kos rendah dan kos sederhana rendah hendaklah pada paras yang paling minima, manakala untuk rumah kos tinggi hendaklah tidak melebihi 10% dan bangunan komersil tidak melebihi 35% dari jumlah cukai taksiran yang dibayar sekarang.
KEEMPAT
Sementara Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Pintu mendengar semua bantahan, pemilik harta dibenarkan menjelaskan cukai taksiran bagi penggal pertama pada Januari 2014 berasaskan kepada jumlah cukai taksiran semasa yang dikenakan pada tahun 2013 (Jumlah Lama). Pelarasan akan dibuat dalam bil cukai taksiran penggal kedua Julai 2014.
5. Tanpa mengambil kira perkara-perkara diatas, pemilik harta yang telah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada DBKL sebelum atau pada 17 Disember 2013, akan tetap dipanggil ke sesi pendengaran bantahan yang akan dimulakan pada 6 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014. Jika pemilik dapat membuktikan bahawa, Nilai Tahunan yang dicadangkan oleh DBKL terhadap harta mereka adalah tinggi, Jawatankuasa Pendengaran Bantahan boleh mengurangkan lagi Nilai Tahunan tersebut. Ini akanmengurangkan lagi jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik.
6. Saya berharap, keputusan saya ini akan dapat meredakan kegusaran pemilik harta sekelian dan saya juga akan memastikan DBKL mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka dan memperbanyakkan lagi penyediaan kemudahan infrastruktur demi kesejahteraan warga kota semua.
SEKIAN.
Disediakan oleh:
PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Kementerian Wilayah Persekutuan
19 Disember 2013
PUTRAJAYA
No comments:
Post a Comment