Dalam kesibukan Datuk Seri Ismail berpolitik dan menjalankan tugas sebagai seorang menteri ... ramai diantara kita tidak mengetahui bahawa beliau menpunyai anak anak angkat yang terdiri dari kalangan anak anak yatim yang tinggal di sebuah tahfiz yang terletak di rumah yang didirikan di tanah wakaf yang terletak di Batu 9 1/2 Gombak.
Semalam beliau sempat singgah untuk meluangkan masa untuk menjamu anak anak angkatnya dengan juadah juadah, mendengar masalah masalah dan permintaan anak anak angkatnya serta bermain bunga api untuk menceriakan anak anak tersebut.
Sempena Hari Raya yang akan tiba, Datuk Seri Ismail telah menyedia pakaian pakaian raya untuk anak anak angkatnya ... tidak dilupakan duit raya yang pasti ditunggu oleh anak anak yatimnya yang kurang nasib baik itu.
Semoga usaha murni Datuk Seri Ismail Sabri ini menjadi contoh kepada menteri menteri kabinet yang lain ... walaupun sibuk dengan tugas harian ... namun golongan yang bernasib baik ini dapat perhatiannya.
No comments:
Post a Comment