Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Sungai Besar berjalan lancar dan terkawal pada hari ini. Di kawasan Parlimen Sungai Besar, terdapat seramai 286 orang pengundi awal dimana 265 orang adalah merupakan daripada Sungai Panjang manakala 21 orang daripada Sekinchan.
Dimaklumkan bahawa peti-peti undi berkenaan akan ditempatkan di dalam lokap Balai Polis Sekinchan selepas tempoh pengundian tamat hari ini. Peti-peti yang ditempatkan dalam lokap Balai Polis berkenaan dijamin akan berada dalam keadaan selamat.
"Pusat mengundi bagi Sekinchan akan ditutup pada jam 2 petang manakala Sungai Panjang pula akan ditutup pada jam 5 petang,"
Pada awal pagi, YB Budiman Mohd Zohdi mengambil kesempatan untuk melawat pengundi awal di IPD Sabak Bernam. Rata rata kelihatan pengundi pengundi awal ini amat mesra dengan calon Barisan Nasional.
"Salam dua jari, jangan lupa undi Budi"
Yakini Barisan Nasional, Percaya La Budiman
No comments:
Post a Comment