Saturday 19 January 2013

@AzminAli hal bini ko tak selesai !!!

Nak mengalih Perhatian kepada perkara lain #tolakPR




Suruhanjaya  Diraja atau RCI dalam bahasa Inggeris ini, ditubuhkan semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan besar yang dijangka mencetuskan jalan buntu kalau dibawa ke Mahkamah.

Maksud jalan buntu, saksi yang nak dibawa sudah meninggal dunia, dokumen berkaitan mungkin telah musnah lama dahulu, 'bukti' tidak boleh disahkan dan sebagainya.

Tidak terkecuali dalam hal ini adalah RCI yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat kebenaran di sebalik kebanjiran pendatang asing di Sabah dan sama ada wujud kegiatan memalsukan dokumen kewarganegaraan untuk membolehkan warga asing, tanpa dokumen yang sah, diterima menjadi rakyat negara ini semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi kerajaan. Itu initipatinya, sebab warganegara asing yang diberi taraf kewarganegaraan mengikut undang-undang (secara sah), bukanlah satu perkara pelik, tapi perkara lumrah yang berlaku di mana-mana negara dalam dunia.
Pendek kata, pemberian kewarganegaraan mengikut prosedur undang-undang, bukanlah satu isu sehingga nak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Cuma sekarang, penulis lihat media pro pembangkang seperti Malaysian Insider, beberapa hari ini cuba menimbulkan tanggapan salah terhadap kerajaan BN dengan tajuk-tajuk yang bercampur aduk hasil keterangan beberapa saksi dalam perjalanan RCI pendatang asing di Sabah ini. Antaranya yang boleh penulis kenalpasti ialah Filipino refugee says got blue IC without applying for it, Megat Junid's alleged order to let immigrants vote 'shocking' dan Ex-NRD man defends giving ICs to undocumented immigrants.

Begitu juga beberapa kenyataan dari mantan Perdana Menteri yang mengaku pemberian kewarganegaraan secara sah dan mengikut undang-undang kepada warganegara asing memang berlaku di zaman pemerintahannya.  Tapi bab secara sah dan mengikut undang-undang itu diletak diakhir sekali, bab mengaku beri kewarganegaraan itu diletak di depan. Begitulah permainannya.

Banyak di antara tajuk yang penulis sebutkan di atas itu dipetik dari kenyataan hearsay saksi yang terlibat dalam prosiding tersebut.  Di antara mereka adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang pernah ditahan dibawah ISA kerana kesalahan menjual kewarganegaraan.

Cakap orang macam ini pun Malaysian Insider angkat macam sebesar-besar 'bukti' dalam menyokong dakwaan pembangkang akan kewujudan pengundi hantu ini.  Penulis lihat kenyataan saksi yang macam ini lebih kepada pembalasan peribadi (personal vendetta), atau paling tidak yang berada dibawah payrollpembangkang untuk memburukkan kerajaan BN.

Along the way, datang pemimpin pembangkang macam Azmin mencelah di tengah-tengah dan menuduh Mahathir dengan segala macam kesalahan, walaupun prosiding RCI masih berjalan dan Mahathir sendiri tidak lagi dipanggil sebagai saksi.  

Penulis melihat Azmin sudah dapat mengagak dari halatuju perbicaraan RCI ini sekarang, madunya, si Anwar Ibrahim akan terlibat dan terkait tidak berapa lama lagi; sesuatu yang tidak pernah dijangka Pakatan haram ini dulu, sebab itu Azmin guna pendekatan preemptive strike  (serang dulu sebelum kena serang) dengan menuduh Mahathir macam-macam
.
Rileksla Min, prosiding tengah jalan lagi.

Semua ini bagaimanapun, menunjukkan tembelang sebenar pembangkang dalam mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan RCI untuk kes Sabah ini.  Dari tuduhan wujud Projek IC, sekarang kita dengan macam-macam nama projek dan Ops (Operasi). Semuanya, hearsay atau paling tidak guna nama orang yang sudah meninggal dunia, kononnya memberikan arahan itu dan ini.
Dalam hal ini bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid.
Sudah tentu orang itu sudah tidak ada untuk mempertahankan dirinya, dan saksi berkenaan hanya ada air liur sebagai modal bercakap.

Semua ini bagaimanapun tidak menghalang pembangkang dari mempolitikkan perkara ini lebih awal seperti permainan yang cuba disampaikan Malaysian Insider sekarang.

Apa yang penulis nak katakan, inilah modal terbaru  puak-puak ini sekarang, setelah kegagalan HKR Sabtu minggu lepas yang menyaksikan lebih kurang 45,000 orang sahaja yang datang, jauh lebih kurang dari sasaran 1 juta orang seperti yang sering didendangkan.

Sumber myKmu

Bagi TM, puak puak pakatan rosak terutama PKR sudah terdesak. Rakyat di Malaysia perlu sedar betapa bahayanya pakatan rosak ini. Oleh itu kita perlu memastikan Pakatan Rosak ini tidak memenangi mana mana negeri di PRU akan datang. Undi lah Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment