Saturday 6 April 2013

Keputusan Dicapai Hanya Di Rumah Sendiri @anwaribrahim @nikabdulaziz @limkitsiang #TolakPR #GE13 #PRU13




Terkini Penulis mendapat berita Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. 

Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas,  telah dipindahkan ke Jeli. YB Zailah telah menolak pencalonannya di jeli kerana kawasan Jeli dilihat kubu kuat Barisan Nasional yang kini disandang oleh Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamad. Ini telah menimbulkan masalah yang rumit didalam Pas sekarang dimana Dewan Muslimah PAS mengugut untuk tidak keluar mengundi pada hari mengundi yang akan datang. 

Selain itu, maklumat lain yang penulis terima adalah  PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Isterinya Wan Azizah, Anak - anaknya Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar pada PRU ini. 

DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.  Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh. Semua ni nepotism betul x? 

Persoalan Penulis:

  1. Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?
  2. Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?
  3. Wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan sekarang kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof.

- KL Chronicle

No comments:

Post a Comment