Tuesday 13 November 2012

Najib dan Tripple P

@NajibRazak @m_kayveas @chandrakunan berebut angpau kepunyaan seorang OKU !!!


Seorang OKU menerima Angpau Depavali dari Najib dan diperhatikan oleh Chandrakunan dan Kayveas
Selepas menghadiri Rumah Terbuka MIC di Batu, Najib Razak sempat singgah di SRJC Peng Ming, Sentul Pasar, Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Jam 12.3o tengah hari, Najib singgah bukan untuk berteduh kerana hujan lebat tapi singgah untuk hadiri Rumah Terbuka Depavali PPP Wilayah Persekutuan.

Turut mengiringi Datuk Seri Najib Razak, Raja Nong Chik Menteri WP, Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO, Tengku Adnan Setiausaha Agong UMNO yang juga Setiausaha Agong BN. Juga yang hadir Syed Ali Habshee Setiausaha UMNO WP dan Dominic Lau bakal calon Barisan Nasional Parlimen Batu.


Barisan pemimpin yang bersatu !!!
Walaupun dalam hujan lebat, kelihatan orang ramai yang terdiri dari segenap golongan hadir untuk meraikan rumah terbuka tersebut. Najib meluangkan masa selama sejam untuk majlis tersebut sebelum beredar pada jam 1.30 petang.  Sebelum beredar, Najib sempat memberi angpau depavali kepada kanak kanak yang hadir dan memotong kek depavali.

Bagi TM, di rumah terbuka ini, PPP Wilayah Persekutuan berjaya menarik perhatian lebih 10 ribu hadiri. 1 Malaysia

TM - Basah kuyup waktu sampai !!!

No comments:

Post a Comment