Saturday, 24 November 2012

Aman Malaysia Selamatkan Gaza

@Khairykj #Pray4Gaza @NajibRazak Aman Malaysia #SaveGaza
Khairy hulurkan sumbangan pertama di dalam tambung
Semalam pentas di ruangan legar PWTC telah berlansung majlis perlancaran tabung #SaveGaza oleh Aman Malaysia yang dipengerusi Datuk Zaki Ahmad. Perlancaran tabung ini telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Datuk Zaki, Pengerusi Aman Malaysia memberi kata alu aluan
YB Khairy Jamaluddin yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), berkata Wilayah Gaza di Palestin adalah penjara terbuka yang paling besar setelah mereka dihimpit dengan kezaliman rejim Israel hari ini.



Khairy berucap melancar tabung Aman Malaysia #SavePalestine


“Pemuda BN berdiri bersama dengan seluruh umat dunia yang dizalimi dan ditindas. Di Burma, etnik Rohingya dibunuh dan ditindas. Begitu juga di Syria apabila berlakunya perang saudara.

“Kita mengharapkan walaupun usaha kita kecil, sumbangan kita walaupun kecil dan kita harapkan mereka yang ditindas di Burma, Syria, Gaza, harap mereka dengar suara kami walaupun kecil dan suara ini mengingatkan mereka tidak keseorangan dan mempunyai penyokong di seluriuh dunia termasuk Malaysia. Ini adalah masalah umat Islam sejagat,“ katanya.

Kepada mereka yang sudi menyumbang bagi meringankan beban saudara saudara Islam di Palestine

Selepas Majlis Perlancaran Tabung Save Gaza, orang ramai yang hadir turut bersolat hajat dan berdoa untuk kesejahteraan orang Islam di Palestin.

Solat hajat dan doa

TM juga sedih dan simpati

No comments:

Post a Comment