Sunday 11 November 2012

Teresa Perlu Bertaubat

@teresakok DAP ibarat lembu punya susu tapi babi yang dapat nama !!!

Tengah malam tadi TM dapat cerita yang Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan Rafii berangin dengan Teresa Kok tak buat apa apa tapi tiba tiba hero. Usaha Pusat Khidmat Masayarakat Seputeh tidak sia sia tapi menjadi debu berterbangan.

Berikut adalah surat Razlan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  :-

 Assalamualaikum,

Kenyataan akhbar ini dilakukan bagi mempersoalkan tindakan Pejabat Parlimen DAP Seputeh dan YB Teresa Kok serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengeluarkan lesen hasil usaha orang lain.

Pada awal tahun 2012, melalui pusat khidmat masayarakat Seputeh , penjaja di OUG megadu kepada Ybhg Datuk Mustapa Kamal selaku Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan dengan lesen penjaja yang masih tertangguh sekian lama.

Susulan daripada itu, tindakan di ambil oleh Ybhg Datuk Mustapa untuk mencadangkan kepada DBKL untuk memberi lesen kepada penjaja-penjaja ini.

Seramai lebih kurang 80 penjaja telah diluluskan pada bulan july 2012, dan 60 lesen dapat diberikan kepada kepada Penjaja pada satu Majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh.

Kami menunggu baki lesen itu siap dan menjangkakan pihak DBKL akan memaklumkan kepada pihak kami untuk diserahkan kepada penjaja.

SMS yang dihantar oleh Pejabat DAP
meminta Penjaja hadir untuk mengambil
Lesen Original DBKL
Namun kami dikejutkan oleh satu sms yang mengarahkan Penjaja yang selebihnya untuk mengambil lesen original di Pejabat DAP Seputeh.

Penjaja yang prihatin dengan usaha kami menghantar sms itu kepada saya dan mengadu bagaimana pihak yang tidak ada usaha dalam menyelesaikan masalah mereka boleh mengambil mendapat lesen mereka.

Disini saya nak persoalkan:-

1. Kenapa pihak DBKL tidak berurusan dengan pihak yang bertanggunjawab terhadap membantu penjaja ini dan berhubung terus dengan pihak DAP?

Adakan ada hantu dalan DBKL yang dengan sengaja mahu memberi nama kepada Pihak Pembangkang iaitu DAP?

2. Kepada pihak DAP, saya nak ingatkan agar jangan lah berperangai lembu punya susu sapi dapat nama. Kami tahu pihak DAP tidak pernah membela orang Seputeh kerna YB nya sibuk dengan urusan di Selangor.

Tetapi berperangailah seperti manusia yang bermaruah terhadap kerja masyarakat yang kamu buat sendiri, jangan jadi pencuri kepada kerja dan hasil usaha orang lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH

TM - memang faham benar sikap Pakatan Rosak terutama DAP dan TM tahu memang ada hantu di dalam DBKL yang menyokong Pakatan Rosak. Perbuatan mereka ini yang cuba memberi kredit kepada orang yang tidak membuat kerja perlu dihentikan segera !!!

No comments:

Post a Comment