Thursday, 19 June 2014

@NajibRazak Kami Pemuda UMNO WP Membantah Vincent Tan @razlanrafii



Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membantah lagi sebarang permohonan tambahan judi.

Kami mendapat berita ada permohonan Pusat Judi akan dibuka di Bukit Tinggi, sebagai sebuah negara yang meletakan Agama Persekutuan adalah Agama Islam, segala usaha untuk menghapuskan apa sahaja yang haram dalam Islam mesti di tingkatkan.

Contohi Indonesian yang sudah berjaya mengharamkan lesen perjudian di Negara itu.

Kami mendesak agar Kerajaan Malaysia menolak segala permohonan lesen judi masa kini dan masa akan datang.

Kita kena ada usaha mengurangkan, bukan menambah.

Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment