Saturday 18 October 2014

@mohdrafiq2020 Usaha Dan Sumbangan Biro Pelajaran PPUM @Khairykj @azwanbro


Dari Melaka bergegas ke Kg Selayang Lama di Parlimen Batu !!!

Hari ini, Mohd Rafiq Naizamohidden, Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Pelajaran PPUM telah datang ke kawasan Parlimen Batu untuk menyerahkan peralatan asas persekolahan kepada 6 anak yatim yang kehilangan ayah mereka dua hari sebelum bulan Ramadan yang lalu.








Keenam enam anak tersebut merupakan anak kepada Mantan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Batu iaitu Saudara Mohammed Ali Oodin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru paru. Semasa hidupnya Mohammed Ali berjasa dan berkhidmat kepada masyarakat melalui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Arwah amat disenangi masyarakat Kg Selayang Lama

Kedatangan Saudara Mohd Rafiq untuk memastikan anak anak arwah Mohammed Ali tidak mengalami masalah untuk menerus pelajaran mereka akan datang. Sedikit sebanyak sumbangan ini telah membuat anak anak yatim tersebut menjadi gembira.

Semoga Saudara Mohd Rafiq akan meneruskan usaha murni memastikan anak anak kurang bernasib baik dapat pembelaan sewajarnya.

No comments:

Post a Comment