Saturday, 27 December 2014

@IsmailSabri60 Red Alert !!! All Man Your Battle Station @NajibRazak #PrayForPantaiTimur



Kenyataan Media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Berhubung Isu Banjir.

Putrajaya 27hb Disember : Seramai 2,100  sukarelawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan ke lapan lokasi banjir di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara kawasan tumpuan iaitu Kampung Gajah dan Kuala Kangsar di Perak, Jerantut, Kuala Lipis dan Bera di Pahang serta Kampung Paloh dan Kota Bharu di Kelantan.

"Berikutan banjir yang teruk melanda Pantai Timur, semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) telah bergerak bersama Angkatan Tentera Malaysia dalam misi menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir,^ Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, penghantaran pertama misi bantuan seberat 18 metrik tan ke Kelantan telah dihantar melalui Lapangan Terbang Subang dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Kataya, sebahagian barangan itu berupa barangan segar seperti kobis, bawang dan sayur-sayuran lain.

Katanya, barangan yang sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu akan diedar oleh unit ATM 8 Briged dengan kerjasama FAMA, PPK dan PNK.

"Nelayan-nelayan tempatan telah dikerah untuk membantu menghantar bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir yang sukar untuk dimasuki kenderaan darat.

"Mereka yang secara sukarela membantu telah menggunakan bot masing-masing untuk melaksanakan misi bantuan," katanya.

Tambah Ismail Sabri lagi, terdapat 10 buah bot nelayan di Tumpat, 8 buah di Kota Bharu dan 5 buah di Dungun diguna untuk menyelamatkan mangsa banjir dan menghantar bekalan  makanan.

"Ada di antara sukarelawan nelayan ini juga sebenarnya adalah mangsa banjir," ulas beliau.

Ismail Sabri menarik perhatian, setakat ini sumbangan ikan beku sebanyak 1500 kilogram dari NEKMAT telah dihantar ke Dungun, Kemaman dan Besut, Terengganu.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian juga telah menggerakkan jentera misi bantuan ke Johor khususnya di Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

"Kementerian Pertanian turut bekerjasama dengan Kelab Gerakan Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) dalam mengagihkan makanan ternakan.

"Setakat ini kita telah mengagihkan makanan ternakan kepada penternak di Perak Tengah dan usaha sedang dibuat bagi menghantar bekalan ke Kelantan dan kawasan yang menghadapi masalah," katanya lagi.
Z

Friday, 26 December 2014

@IsmailSabri60 Mengerakkan Jentera Membantu Mangsa Banjir @NajibRazak


Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu banjir.

SEMUA agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara  terutamanya di kawasan yang teruk di landa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertanian  memperuntukkan RM362,000 untuk disalurkan segera kepada mangsa-mangsa.

Bantuan itu katanya, termasuklah 12,000 kampit beras (5kg setiap satu) yang bernilai RM162,000, ikan sejuk beku bernilai RM30,000, air mineral sebanyak 10 ribu botol bernilai RM10,000, telur ayam kampung berjumlah 50,000 biji bernilai RM20,000 serta RM140,000 untuk membeli barangan kelengkapan lain.

“Semua agensi di bawah kementerian seperti LPP, FAMA, NAFAS dan NEKMAT telah dikerahkan untuk menyalurkan bantuan  kepada mangsa-mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Pertanian bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi operasi menyalurkan bantuan makanan ke kawasan yang terputus hubungan.

"Sejak hari pertama banjir melanda Kelantan, Kementerian Pertanian melalui agensinya iaitu KADA telah menggerakkan jenteranya bagi menyalurkan bantuan makanan berupa beras, ayam, daging, bihun serta makanan lain kepada mangsa di pusat penempatan dan pemindahan banjir," katanya.

Ismail Sabri memberitahu, antara pusat penempatan dan pemindahan yang terlibat adalah di Pasir Mas, Kubang Kerian,  Tumpat dan Rantau Panjang.

Kementerian Pertanian juga katanya, akan menjadi penyelaras kepada pusat pengumpulan di negeri terlibat seperti di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak.

Selain itu, Pejabat Pertanian di kawasan terlibat akan dibuka setiap hari sebagai bilik gerakan untuk pemantauan bantuan.

"MADA pula akan meyalurkan bantuan segera untuk kawasan yang terlibat dengan banjir di Kedah dan Perlis.

"Kita juga akan menggerakkan nelayan untuk tujuan penghantaran bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir memandangkan kebanyakan kawasan yang terlibat tidak boleh dimasuki kenderaan darat," katanya lagi.

Dalam.perkemvangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, Agrobank dan TEKUN akan membuat penstrukturan semula pembayaran pinjaman kepada semua mangsa yang terlibat.

Selain itu, peruntukan pasca banjir sebanyak RM50,000 turut disediakan Kementerian Pertanian untuk projek pembangunan bagi membaikpulih  pulih infra akuakultur.

"Sebanyak RM20,000 pula diperuntukkan kepada penternak ruminan untuk bantuan silaj dan isirung kelapa sawit (PKC)," katanya.

Pada masa yang sama,  beliau memberitahu, setakat ini bekalan ikan dan sayur untuk keperluan negara masih mencukupi.

"Saya telah mengarahkan eksport untuk beberapa jenis sayur dihentikan serta merta jika keperluan negara mendesak.

"Import beberapa jenis sayur juga akan dibuat jika keperluan negara berkurangan," jelas beliau.

Ismail Sabri turut menegaskan, beliau telah mengarahkan eksport ikan tempatan ke luar negara  dihentikan sejak Oktober lagi bagi persediaan menghadapi kekurangan bekalan akibat bencana banjir.

Katanya, sumber protein itu juga akan diimport sekiranya keperluan mendesak.

"Kita sentiasa memantau bekalan sayur, ikan dan cuba pastikan tiada masalah besar dihadapi rakyat negara ini," katanya.



Wednesday, 17 December 2014

@NajibRazak Beginikah Cara @IsmailSabri60 Seorang Ahli Parlimen Melayan Pengundi Bera ???


Semalam bertempat di Havok Cafe yang terletak di Kg Baru, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengadakan pertemuan santai dengan pengundi pengundi Parlimen Bera yang berada di perantauan khasnya berada di Kuala Lumpur.

Dalam program santai ini yang dihadiri hampir seramai 200 dibuat secara santai dengan menyediakan air kopi teh, nasi lemak, roti john dan karipap untuk dijamu kepada hadiri.



Pengundi pengundi Bera ini mengambil kesempatan untuk bermesra, bergambar dan mendapat tandatangan dengan ahli parlimen Bera yang mereka memberi mandat pada pilihanraya umum lepas.

TM rasakan bahawa program yang dibuat oleh ahli parlimen Bera adalah sesuatu proaktif yang baik. Ini perlukan dicontohi oleh wakil rakyat Barisan Nasional yang lain terutama mereka dari UMNO.





Walaupun program ini tidak menggunakan dana yang besar tetapi ianya dapat menambat hati pengundi pengundinya yang rata rata berpuas dan berbesar hati dapat jumpa Ahli Parlimen kesayangan mereka itu.

Agaknya bila wakil rakyat yang lain akan buat program santai seperti ini bersama pengundi pengundi mereka tanpa banyak protokol ???

Kepada Datuk Seri Ismail Sabri teruskan usaha baik ini dan bagi TM, beliau adalah salah satu ahli Parlimen terbaik ketika ini. Tahniah !!!