Wednesday, 27 July 2016

@NajibRazak KKLW Memperkasakan Orang Asli @IsmailSabri60 #DS15


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan meneruskan pembangunan Orang Asli melalui Program Transformasi Luar Bandar supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Ini termasuk memperkasakan bidang pendidikan dengan melahirkan lebih ramai golongan Orang Asli terpelajar.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini seramai 459 pelajar Orang Asli mempunyai kelulusan di peringkat diploma, ijazah sarjana muda (862), ijazah sarjana (29) dan ijazah doktor falsafah (empat). Menurut beliau, ini menunjukkan satu kejayaan dalam transformasi pendidikan golongan berkenaan yang sama sekali tidak dipinggirkan.

“Sasaran kita adalah untuk menghantar sekurang-kurangnya 14 hingga 20 pelajar Orang Asli ke luar negara setiap tahun.

“Ini adalah usaha yang telah kita lakukan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli,” ujarnya.

Wednesday, 13 July 2016

@IsmailSabri60 & KKLW Langkah Bantu Pekebun Getah @NajibRazak #DS15

DS Ismail Sabri di sidang akhbar mengenai RISDA yang diadakan di Tingkat 29, KKLW.

Status Terkini Bayaran Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016.

1.Pengumuman Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016) sebanyak RM 500 seorang kepada Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Penoreh (bukan pemilik) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di Kuala Kangsar pada 10 Jun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM 194 juta.

2.Pengerusi LATAS PAS, Muhammad Sanusi Md Nor melalui Akhbar Sinar Harian Nasional bertarikh 10 Julai 2016 mendakwa setakat ini kerajaan gagal menunaikan janji untuk membayar bantuan tersebut adakah TIDAK BENAR.

3. Setakat 5 Julai 2016, RISDA telah menerima permohonan sebanyak 190,583 orang, di mana 163, 061 orang adalah pekebun kecil dan 27, 522 adalah Penoreh.

4.Daripada 190, 583 orang yang memohon, 84, 754 orang layak dibayar bantuan. Manakala bakinya dalam proses semakan untuk memastikan pemohon memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

5.Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :
i. Pekebun Kecil:
Tanah tidak melebihi 2.5 hektar dan hanya seorang penerima bagi setiap lot.

ii) Disahkan oleh pemilik dan mempunyai kad PAT-G

6.Permohonan BKKH diterima secara berperingkat sebelum diproses untuk bayaran. Proses semakan perlu dibuat bagi memastikan penerima yang benar-benar layak dan hanya menerima sekali sahaja bantuan tersebut.

7. Setakat ini, seramai 47, 418 orang telah pun menerima bantuan berkenaan. Pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Pahang - 9,205
Terengganu - 6,700
Perak - 6,172
Kedah - 5,963
Kelantan - 5,780
N. Sembilan - 5,106
Johor - 3,562
Melaka - 1,449
Sabah - 1,348
Selangor - 948
Perlis - 812
P.Pinang - 292
Sarawak - Dalam proses
bayaran

Jumlah bayaran untuk semua negeri adalah sebanyak 47,418

8. RISDA telah berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan proses semakan kelayakan dan bayaran melalui:

i) Kakitangan RISDA telah diarah untuk bekerja lebih masa bagi tujuan BKKH 2016.
ii) Semua pejabat RISDA dibuka pada hujung minggu dan cuti umum.

9.Bagi meningkatkan permohonan BKKH Pegawai RISDA , Pegawai Seranta dan Pemaju Masyarakat RISDA  telah diarah untuk turun ke kampung menerima penerangan dan membantu pemohon membuat permohonan.

10.Tarikh akhir permohonan dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2016 dan bayaran dijangka dapat diselesaikan pada akhir September 2016. #DS15

Saturday, 9 July 2016

Nga Kor Ming Pelampau Kristian Berulang Kali Menghina Islam @NajibRazak @Zahid_Hamidi #UMBX

DAP RESTUI NGA KOR MING MENGHINA ISLAM


Orang Islam sememangnya tinggi budi pekertinya. DAP yang ahli kebanyakannya beragama Kristian memang gemar memainkan sentimen kebencian agama.

Mereka menyerang UMNO untuk menghina Islam dan Melayu secara berlapik.

Terbaru, ketika umat Islam sedang meraikan hari kemenangan di awal Aidilfitri, pemimpin DAP Nga Kor Ming pula memaparkan kritikan melalui facebook beliau yang menghina orang Islam.
Inilah budaya kebencian DAP yang kebanyakannya mereka gemar lakukan terhadap orang UMNO yang beragama Islam.

DAP tahu bahawa orang Islam tidak akan membalas tindakan kurang ajar mereka dengan melakukan penghinaan  balas terhadap agama Kristian atau Budha atau mana-mana agama sekali pun kerana Islam tidak menerapkan nilai-nilai begini dalam amalan harian.

Demi menjaga keharmonian di antara agama, orang Islam tidak akan menyerang kembali agama Nga Kor Ming kerana sifat hormat menghormati masih menebal dalam diri setiap umat Islam.

Justeru itulah penghinaan demi penghinaan tetap diteruskan oleh DAP terhadap orang Islam. Bahkan satu hari nanti, pelbagai bentuk persepsi negatif bakal digunapakai untuk memastikan kita melatah.
Mungkin mereka teringin menunggu sehingga kesabaran orang Islam terhadap mereka sudah hilang baru mereka akan berhenti menghina Islam.

Kepada DAP, tolong hormati kebebasan beragama yang telah lama rakyat pertahankan. Jangan biadap !

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Friday, 17 June 2016

Pengundi Luar Jom Balik Sg Besar Mengundi @BudimanZohdi #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93



Pengundi pengundi luar yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Sg Besar disarankan pulang ke Sg Besar. Kepulangan anda ke kampung halaman dapat membantu calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi untuk memenangi pilihanraya kecil Sg Besar dan terus mengekalkan penguasaan Barisan Nasional di Parlimen itu.

Seperti ketahui umum bahawa Budiman Mohd Zohdi seorang yang prihatin, mesra dan ringan tulang sentiasa bergerak untuk memenuhi hasrat penduduk di Sg Besar tanpa mengira kaum. Pilih la Budiman, dia akan bekerja keras untuk rakyat Sg Besar dan suara anda akan kedengaran di sidang Parlimen nanti.

"Salam dua jari ... jangan lupa undi Budi"

@BudimanZohdi Sana Sini Hayunan Hari Terakhir Berkempen #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93






YB Budiman Mohd Zohdi bersama Dato Seri Ismail Sabri di Majlis Ihya Ramadhan bersama Peminpin berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada Anak - Anak Yatim dan Ibu Tunggal di PDM Kampung Desa Permai Parit 8 Sungai Panjang semalam.







YB Budiman Mohd Zohdi di Program Memasak Serunding anjuran Puteri Umno Malaysia di Parit 3 Kampung Sungai Haji Dorani.





YB Budiman Mohd Zohdi menukar minyak hitam motorsikal di Program Tukar Minyak Hitam anjuran Puteri Umno Malaysia dengan kerjasama Giat Mara di Parit 3 Kampung Sungai Haji Dorani.





YB Budiman Mohd Zohdi bersama Puteri Umno Malaysia menyampaikan kerusi roda kepada warga tua yang lumpuh akibat angin ahmar di Parit 4 Kampung Sungai Haji Dorani.






YB Budiman Mohd Zohdi menyampaikan kerusi roda kepada warga tua di Parit 7 Sungai Leman Pasir Panjang.





YB Budiman Mohd Zohdi bersama Pengurusan Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) menyampaikan surat setuju terima bina rumah Projek Baiti Jannati 2016 kepada Encik Mohammad Shahri Bin Suradi di Parit 10 Ban 1 Parit Pakat Pasir Panjang.







YB Budiman Mohd Zohdi di Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bergerak TH Komuniti oleh Dato Seri Paduka Abdul Azeez Rahim Pengerusi TH di PDM Dataran Othmaniah Sg. Limau,Masjid Hashimiah Kg Sg Limau.





Rutin Kebiasaaan YB Budiman Mohd Zohdi ... Jumaat Penghulu Segala hari menziarahi pesakit dan warga tua yang memerlukan bantuan...dari Dun Sungai Panjang kini di Parlimen Sungai Besar.

Undi @BudimanZohdi Senangkan Salurkan Peruntukan @IsmailSabri60 #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93



Memandangkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) di bawah saya, dan kelulusan permohonan akan saya buat kerana kawasan Sg Besar dikira kawasan luar bandar, maka lebih mudah bagi saya untuk menyalurkan peruntukan ke kawasan ini jika calon barisan Nasional kita menang pada esok, 18 Jun.

Semenjak saya berada di 4 kementerian, saya tidak pernah berjumpa ahli parlimen pembangkang yang memohon apa-apa peruntukan daripada saya bagi mewakili kawasan mereka.

Sebab itulah bagi saya, kalau kita hendak memilih calon di sini, pilihlah calon dari Barisan Nasional supaya boleh bawa suara rakyat dan permohonan dengan lebih berkesan.

"Salam dua jari ... Jangan lupa undi Budi"

Thursday, 16 June 2016

@BudimanZohdi Teruskan Walkabout Berinteraksi Dgn Kaum Cina Sg Besar #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93






Meneruskan usaha bertemui para pengundi pengundi dan penduduk di Sg Besar, program Walkabout YB Budiman Mohd Zohdi pagi semalam diteruskan di site A Sekinchan. Budiman bertemui pengundi pengundi kaum Cina untuk meraihkan sokongan mereka sebelum saat akhir untuk berkempen. 

Semoga dengan usaha Budiman ini akan mendapat sokongan dari kaum Cina di Sekinchan untuk memenangi pilihanraya kecil Parlimen Sg Besar bagi mengekalkan Barisan Nasional di situ.

Salam dua jari ... jangan lupa undi Budi !!!

@IsmailSabri60 Datang Bantu @BudimanZohdi Bawa Rezeki Allah #DS15 #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93











DS Ismail Sabri bersama Budiman Mohd Zohdi di Majlis Ihya' Ramadhan bersama Pemimpin di Kg Desa Permai Parit 8, Sungai Panjang






DS Ismail Sabri memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal Kg Parit 8 Sungai Panjang, Sungai Besar.



DS Ismail Sabri menyerahkan sumbangan kepada anak yatim, adik Aryan Irfan, 5 tahun dari Kg Parit 6 1/2 Sg. Panjang, Sg.Besar.




DS Ismail Sabri menyerahkan sumbangan kepada anak yatim, adik Noraisyah bt Khairudin, 4 tahun dari Kg Parit 11 Sg. Panjang, Sg.Besar.




DS Ismail Sabri menyerahkan sumbangan duit raya kepada ibu tunggal, Sainah binti Ali dari Kg Parit 7 Timor, Sg Besar