Showing posts with label Seputeh. Show all posts
Showing posts with label Seputeh. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

@teresakok Bersuka Ria Menggunakan Duit Derma Untuk Ibu Tunggal #TolakPR #GE13 #PRU13




Nama Ahli Parlimen Pemalas, si Teresa Kok tidak asing lagi bagi penduduk Parlimen Seputeh khususnya yang sudah naik muak dengan perangai dan sifat angkuhnya terhadap pengundi² yang pernah memberikan kemenangan bermajoriti lebih 36,000 undi pada Pilihanraya Umum 2008.

Setelah membuat onar dan tidak melakukan apa² di sini, Teresa Kok berjalan² pula ke seluruh pelusuk Malaysia menjaja keburukan dan fitnah kerajaan Malaysia. Pelbagai hal dan perkara dijaja oleh wakil rakyat pemalas ini sehinggakan beliau terkantoi mengsonglap duit ibu tunggal.

Hal ini terjadi semasa seorang Pegawai Khas, Tony Tan di Sabah. Mereka dalam kempen 'membantu' dan mengumpulkan dana untuk Ibu² Tunggal. Teresa Kok hanya meminta sumbangan sebanyak RM5,000. Namun dek kerana kasihan dan bersimpati dengan nasib ibu tunggal, maka adalah seorang penyumbang ini memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 tunai untuk tujuan tersebut.

Dengan harapan segala wang yang diberikan ini dapat memberi manfaat dan digunakan sebaik mungkin oleh Teresa Kok.



Dipendekan cerita, beberapa lama setelah duit tersebut diserahkan. Teresa Kok dan Tony Tan bermasam muka selepas Teresa menuduhnya menggunakan nama parti untuk mengutip wang tersebut. Maka berlakulah  perselisihan faham yang telah menyebabkan Teresa Kok bertindak untuk menyaman bekas Pegawai Khas nya sebanyak RM10 Juta.

Tujuan saman itu diajukan hanya untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh Teresa Kok yang telah menggelapkan wang RM10,000 tersebut. 

Apa yang menariknya, saman tersebut dikatakan akan dimulakan pada Ogos 2012 namun sehingga ke hari ini Teresa Kok masih lagi gagal untuk menfailkan saman terhadap Tony Tan dan hanya bersandiwara di hadapan wartawan konon dirinya dianiaya oleh bekas Pegawai Khasnya, Tony Tan.

Lihat video di bawah.




Sumber REZQEENHILL

Saya sokong Barsan Nasional dan saya pangkah Dacing.


Sunday, 24 March 2013

Perkembangan Baru Di Seputeh Bakal Tumbangkan @teresakok #MPPemalas



Puan @nicolewong89 memberi ucapan

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Parlimen P122 Seputeh yang hari ini telah berjaya mengumpul hampir 2000 orang pengundi di parlimen Seputeh di dalam program PERHIMPUNAN PENGUNDI - PENGUNDI MASYARAKAT CINA YANG KEMBALI MENYOKONG BARISAN NASIONAL UNTUK PRU - 13.

Program ini telah dihadiri oleh orang - orang kuat Barisan Nasional Seputeh terutamanya Puan Nicole Wong Siaw Ting (MCA), Datuk Mustapa Kamal (UMNO) dan Sdr Razlan Rafii (UMNO). Antara pengisian program ini adalah ucapan dari Puan Nicole Wong, yang insyallah akan menjadi calon MCA bagi menentang #MPMalas Teresa Kok. 


Antara initipati ucapan Puan Nicole Wong adalah beliau berjanji akan berusaha bersungguh - sungguh untuk pertama sekali mendengar masalah pengundi. Bagi saya ini adalah penting kerana kita tidak mahu ahli parlimen yang "take for granted" keperluan penduduk setempat. No 1 constituency is the same, therefore kita perlukan YB yang boleh #listen #listen #listen

Kedua, Puan Nicole Wong berjanji akan "Take Action" . Ini juga bagi saya satu perkara yang positive kerana kalau Puan Nicole hanya mahu #listen #listen #listen tapi No action buat apa betul x? 



Ketiga, Puan Nicole juga berjanji akan memastikan pegawai - pegawai beliau memainkan peranan yang penting dalam semua Peti Daerah Mengundi (PDM) selepas PRU - 13.

Ini adalah benda paling penting pada pendapat saya kerana Ahli Parlimen sekarang pernah marah kepada saya yang beliau tidak diberitahu masalah di Seputeh oleh itu macam mana beliau hendak tolong.

Ini menunjukkan pegawai - pegawai Teresa Kok tidak melakukan kerja mereka dengan baik dan dari mengakui kesalahan mereka, mereka salahkan pengundi pula. Oleh itu saya menyambut baik janji Puan Nicole Wong untuk memastikan pegawai - pegawai beliau akan memainkan peranan yang lebih effective di Seputeh jika beliau menang PRU akan datang.

Kesimpulannya, saya berharap pengundi Cina dan bangsa - bangsa lain di Seputeh dapat memberi Puan Nicole Wong peluang untuk menjadi ahli parlimen anda. Insyallah jika beliau dipilih, together bersama kekuatan BN di peringkat Federal (Pusat) banyak lagi kebaikan dan kemajuan yang dapat kita nikmati di Seputeh.

So apa Teresa Kok buat di Seputeh?


Monday, 25 February 2013

Nasihat @razlanrafii Kepada @nikabdulaziz ! Jangan Bermain Api Neraka #ManifestoBukanJanji




Keceluparan mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menggelar penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan ternyata sekali tidak sopan dan tidak berilmu. Bagi seorang pemimpin Islam yang dihormati dari sekelompok pihak yang menganggap dirinya umpama ulama Islam adalah tidak boleh diterima.

Kecetekan akal seorang pemimpin yang hanya menggunakan Islam sebagai landasan politiknya amatlah dikesali kerana kecendurangan dirinya menggelarkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai binatang.

Menurut Pengerusi Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP) Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, beliau amat kesal dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat seakan cemburu terhadap penerima BR1M dan beliau menegaskan seharusnya Nik Aziz mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat kerana negara sudi berkongsi hasil kekayaan (pendapatan) negara bersama rakyat.

Tindakan menyamakan penerima BR1M dengan binatang adalah satu bentuk tindakan protes daripada Menteri Besar Kelantan yang cemburu tidak dijemput sebagai penyampai bantuan tersebut kepada rakyat Kelantan. Untuk info, penyerahan BR1M hanya disampaikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau ADUN BN atau Pengerusi Penyelaras BN di sesuatu tempat saja.

Razlan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh juga turut mengaitkan keikhlasan kerajaan negeri dan kerajaan sedia ada hari ini. Dalam manifesto Pakatan (tipu) Rakyat sebelum memenangi Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, mereka telah berjanji pelbagai perkara termasuklah memberikan bantuan sebanyak RM600 kepada ibu tunggal di Selangor. Namun setelah hampir 5 tahun menerajui Selangor, kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji tersebut. Berlainan pula dengan kerajaan sedia ada hari ini yang tidak menjanjikan BR1M dalam manifesto PRU yang lepas tetapi telah menyediakan dan memperuntukan jumlah tertentu untuk meringankan beban rakyat.

Menurut beliau lagi, pemberian pelbagai bantuan hari ini bukti kerajaan BN ikhlas berkongsi bersama dan membangun bersama rakyat selain dari pembangunan dan sosio ekonomi negara masih tetap diteruskan secara pesat.

Satu nasihat yang turut disampaikan beliau kepada sebilangan rakyat yang gagal meyakini kerajaan BN hari ini adalah pastikan kerajaan Pakatan tunaikan janji² mereka terlebih dahulu sebelum membezakan janji² kerajaan BN.

Mohd Razlan Muhammad Rafii

Pengerusi UMBWP
Ketua Pergerakan Pemuda 
UMNO Bahagian Seputeh