Showing posts with label Tanda Putera. Show all posts
Showing posts with label Tanda Putera. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

Orang Kampung Bersemangat Patriotik Menonton Tanda Putera @NajibRazak


Dengan kerjasama daripada pihak Restoran Ikan Bakar Sekinchan bagi memupuk semangat cintakan tanah air, menanam rasa patriotik di kalangan anak muda luar bandar, menyedarkan kepentingan menjaga hubungan harmoni antara kaum dan penghargaan buat tokoh negarawan terulung serta secara tidak langsung ianya adalah salah satu tanda sokongan kepada penggiat filem sejarah negara.

Dengan semangat berkobar kobar untuk menonton tayangan Filem Tanda Putera, TM dapat tahu sekumpulan beramai-ramai dari Sungai Besar datang ke Kuala Lumpur pada hari ini 11/9/2013 (Rabu) menonton filem yang berfakta sejarah lepas di Midvalley pada jam 6pm. Dianggarkan seramai 150 orang akan menghadiri tontonan filem berikut.

Sunday, 28 July 2013

@halimtuah Cina Cuba Ubah Sejarah Dengan Brainwash Rakyat Pakai Filem @NajibRazak #1Malaysia


"Tanda Putera Tak Boleh, The New Village Ok" Kenapa Jadi Begini?

Perkembangan terkini berhubung kelulusan tayangan filem 'The New Village' sangat mengecewakan saya.  Sehingga kini majoriti rakyat negara ini ternanti-nanti bila filem "Tanda Putera" akan ditayangkan di pawagam negara ini.

Hanya kerana "Tanda Putera" menayangkan secebis babak sejarah peranan DAP dalam mencetuskan peristiwa 13 Mei, filem yang sarat dengan sejarah pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail telah dipeti sejukkan.

Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem "The New Village" yang secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan.

Tidak cukupkah buku-buku tulisan Dr Qua Kia Song dan sekutu ekstrimisnya yang secara terang-terangan cuba menulis semula sejarah kemerdekaan Negara ini?  Mengapa begitu mudah filem dan buku yang secara jelas cuba menyeleweng fakta sejarah dan menghasut rakyat dibiarkan bermaharajalela.

Saya menyeru agar kabinet mengkaji semula dasar kerajaan berhubung penerbitan filem dan buku sedemikian rupa. Dan saya rayu agar kebenaran untuk menayangkan filem "Tanda Putera" yang telahpun dipersetujui oleh kabinet disegerakan tayangannya.

Saksikan sendiri sebahagian dari babak "The New Village" di sini



HALIM TUAH
Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda