Friday, 17 January 2014
@razlanrafii Bersama Pemuda Wilayah Tinjau Harga di Pasar Raja Bot @Khairykj @azwanbro #kangkong
Hasil tinjauan lawatan Pergerakan Pemuda UMNO WP ke pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur :
1. Peniaga tidak mempamerkan tanda harga.
2. Peniaga ada 2 harga pada 1 barang.
3. Kenaikan harga berlaku seperti biasa alasan diberikan musim tengkujuh.
4. Kebanyakan harga barangan ditentukan dari peniaga Pasar Borong Selayang dan kebiasaannya kenaikan bermula di sana.
5. Ada barangan mempunyai jurang harga yang tinggi, sebagai contoh tomato import sama jenis ada yang berharga RM 4.50 dan ada yang berharga RM 5.50 sekilo.
Memang tidak dinafikan ada peningkatan harga di pasar Chow Kit dan apabila ditanya banyak alasan diberikan. Antaranya bekalan yang terhad kerana musim hujan.
Saya juga ditanya berkenaan dengan jawatankuasa kos sara hidup yang kerajaan wujudkan. Jawapan saya mudah, hari ini rakyat merasai kenaikan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga elektrik dan pelbagai lagi perkara yang dirasakan menindas pengguna. Trend ini seakan normal apabila peniaga dan pengedar sengaja cuba meraih keuntungan dengan cara mudah.
Oleh yang demikian, kerajaan harus menetapkan tarikh akhir (dateline) untuk membentangkan keputusan kajian Jawatankuasa Kos Sara Hidup. Bila sudah ada keputusan, kerajaan harus memulakan awareness program secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Rakyat berhak untuk mendapat pembelaan sekiranya peniaga menindas mereka. Aduan dan rintihan rakyat harus didengari oleh kerajaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga seharusnya mengubah sistem harga yang digunakan di pasar-pasar. Kalau kita pergi pasar besar, harga sudah ditetapkan di mana tidak ada tawar menawar boleh dilakukan.
Persoalan saya kenapa penetapan harga ini tidak boleh digunakan setiap pasar harian biasa. Ini kerana didapati ada peniaga yang mengambil kesempatan dari konsep tawar menawar ini dengan menaikkan harga sesuka hati. Contoh terbaik dari pemerhatian saya adalah harga ayam, sepatutnya RM 7.00 sekilogram tetapi ada peniaga yang meletakkan harga sehingga RM 7.70.
Apabila ditanya mengapa peniaga ini berbuat demikian, beliau berkata harga ini adalah sebelum discount / belum ditawar oleh pembeli.
Selain itu, penguatkuasaan oleh pihak KPDNKK terhadap peniaga yang ingkar peraturan mesti dipertingkatkan dan dilakukan secara konsisten. Tidak ada lagi alasan dari pihak kementerian yang bertanggungjawab. Situasai politik hari ini amat berbeza, sering kali rakyat jadi mangsa apabila Pembangkang mengambil kesempatan berkaitan isu kos sara hidup.
Apabila Pembangkang memainkan isu kenaikan barangan keperluan, kerajaan yang dipersalahkan tetapi hakikat sebenarnya perkara ini dilakukan sendiri oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga sesuka hati untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
@drasyrafwajdi Letak Tun M, Tun Abdul Hamid, Chandra Muzzafar, Prof Dr Mudathir Satu Gelanggang @buletintv3
Editor WARTA RAKYAT
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan,
HEBAHAN PROGRAM FORUM KEBANGSAAN HAK ASASI KEMANUSIAAN
1435H/2014
Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan berhubung
perkara di atas.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dengan
kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan
Forum Kebangsaan Hak Asasi Kemanusiaan. Forum keilmuan ini akan diadakan pada
masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 24
Januari 2014 / 22 Rabiul Awal 1435H (Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat : Dewan
Muktamar, Pusat Islam, Jalan Perdana, KL.
3. Justeru pihak kami ingin memohon
kerjasama dan jasa baik pihak tuan untuk meuar-uarkan program ini kepada umum.
Bersama-sama ini disertakan Banner program untuk rujukan dan tindakan pihak tuan.
4. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Perhubungan Awam di talian 03-2274
6089/6077, En. Mohd Yuswandi (019-2827303)/ Pn. Norsalmah (018-3874265).
Di atas segala perhatian dan kerjasama pihak tuan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Sampaikan Dariku Walaupun Satu Ayat”
(MOHD YUSWANDI ABDUL MAJID)
Ketua Unit Perhubungan Awam
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(Surat ini adalah
cetakan berkomputer dan tiada tandatangan diperlukan)
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR KE FORUM TERSEBUT !!!
Thursday, 16 January 2014
@drasyrafwajdi Umum Perlantikan Dr Yusri Mohamad, Timbalan Timbalan Yang Dipertua YADIM @NajibRazak
KENYATAAN MEDIA
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-22746077 Faks: 03-22732330 www.yadim.com.my
Dr. Yusri Mohamad
dilantik sebagai
Timbalan Yang Dipertua
YADIM
KUALA LUMPUR 15 Januari 2014 – Dr. Yusri Mohamad dilantik sebagai Timbalan
Yang Dipertua YADIM oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib
bin Tun Abdul Razak berkuatkuasa pada 15 Januari 2014 untuk tempoh dua tahun.
Perlantikan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri itu adalah berdasarkan
peruntukan klausa 8(c) Perlembagaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
pindaan 1985.
Dr. Yusri yang dilahirkan pada 15 Januari 1972 di Kota Bharu, Kelantan
merupakan Presiden Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), sebuah pusat
kajian dan pemikiran yang ditubuhkan oleh beliau bersama beberapa rakan.
Beliau menerima
pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan sebelum menyambung pendidikan menengah
di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1985 hingga 1989.
Seterusnya, beliau
melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan
lulus cemerlang di dalam bidang undang-undang (LL.B) pada tahun 1995 dan
undang-undang (Shari’ah) (LL.B(S) ) pada tahun 1996.
Dr. Yusri kemudiannya melanjutkan
pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang (LL.M) (pengkhususan Undang-Undang
Islam) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London,
United Kingdom dalam tahun 1997.
Beliau kemudiannya telah
menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang teori
perundangan Islam di UIAM pada tahun 2010.
Di antara bidang
pengkhususan akademik beliau ialah Teori Perundangan Islam, Undang-Undang
Perlembagaan Malaysia, Undang-undang Perlembagaan Islam dan Undang-undang
Kewangan Islam.
Beliau yang pernah
bertugas sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL),
UIAM selama 15 tahun sehingga akhir 2011, juga dilantik sebagai perunding
penasihat Shari’ah dan motivasi kepimpinan dalam pelbagai kapasiti dari semasa
ke semasa.
Sebagai pelajar, beliau
pernah dipilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Beliau juga adalah Presiden Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1995 hingga 1997 dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia keenam dari
2005 hingga 2009.
Antara jawatan lain yang
pernah disandang termasuk anggota Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), Ahli
Exco Majlis Belia Malaysia (MBM),
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Pengerusi Allied
Coordinating Committee for Islamic NGOs (ACCIN) .
Beliau juga sering
dijemput sebagai pembentang, penceramah dan panelis dalam pelbagai seminar dan
forum dipelbagai peringkat termasuk beberapa program TV dan Radio.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Dikeluarkan oleh
Unit Perhubungan Awam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
03-2274 6077/6089
Wednesday, 8 January 2014
Pemuda UMNO WP Di Malam Cinta Rasul @Khairykj @azwanbro @razlanrafii @NazirHussin79 #Lifestyle
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa dengan sukacita akan mengada majlis "MALAM CINTA RASUL" pada 13 Januari 2014, jam 7 malam, bertempat di Masjid Jamek, Kg Baru.
Majlis ini akan diisikan dengan ceramah oleh Dato' Haji Nooh bin Gadut, Mufti Negeri Johor Darul Takzim dengan tajuk ceramah " HUSNUL KHOTIMAH ALLAH DAN RASUL DI SISI KU"
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dengan rendah diri menperlawa semua untuk hadir ke Majlis "MALAM CINTA RASUL" bersama ahli keluarga anda.
Sama sama kita hayati "MALAM CINTA RASUL"
Tuesday, 7 January 2014
Hong Leong Bank Nafi Hak Staf Beragama Islam @NajibRazak @RichardRiot_myg @dsjamilkhir
Aku dah beberapa kali tgk banyak banner dipasang kt depan Wisma Hong Leong, Jalan Perak. Kalo korang pegi lalu situ, memang akan nampak setiap hari tanpa henti staf bank sana buat piket bantahan.
Hati terdetik nak gi bertanya, jawapan yg aku dapat sangat menyedihkan dan macam tak pecaya.
Pengurusan Hong Leong bertindak biadap dgn sengaja menutup bilik / ruang solat di pejabat mereka. Bukan ini je isunya, selain daripada tu ;
1. Pengurusan menyuruh staf Melayu / Islam pegi cari Surau lain (di luar Wisma Hong Leong)
2. Kadang kadang staf Melayu / Islam yg tpaksa pegi cari Surau di luar diberikan masa terhad. Jika dipersoalkan bkenaan masa, staf td akan diherdik kerana mencuri waktu bekerja utk menunaikan solat Zohor & Asar.
Ini realiti yg tpaksa diharungi staf Melayu / Islam di Hong Leong. Biadap pengurusan tak kenang budi. Ini permulaan umat Islam dihina walaupun di negara sendiri, Malaysia.
Cubalah boikot dan jgn beri peluang kedua kpd bank Hong Leong. Biarlah mereka bangkrap jgn kita sbg umat Islam bangkrap solat kpd Allah S.W.T
Monday, 6 January 2014
@PDRMsia Sedia Berkhidmat Atau Bersantai Waktu Kerja ? @Zahid_Hamidi #Lifestyle
Begini lah jadinya bila dunia sudah semakin canggih, sana sini orang kelihatan sibuk bersama gadget mereka. Yang berjalan kaki, yang naik moto dan yang sedang memandu kenderaan termasuk lah sedang bekerja. Boleh dikatakan di setiap pelusuk terdapat orang sibuk dengan gadget mereka. Termasuk lah di balai trafik ini !!! Gambar ini telah dirakam oleh seorang dan disebarkan di fb yang kebetulan ke situ untuk membuat lapuran.
Persoalannya mereka berdua ini kelihatan seolah olah bersantai atau berehat, walhal ini adalah waktu bekerja. Sepatutnya mereka berada dalam keadaan bersedia untuk membuat kerja atau menunggu orang ramai yang mahu membuat lapuran polis.
TM bukan mahu busy body tapi faham faham lah kalau pihak terutama di pihak pembangkang membuat ini sebagai isu untuk memburukan Polis DiRaja Malaysia. TM harap perkara boleh diperbaiki dan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
p/s bukan tak boleh tapi cover cover sikit lah !!!
Thursday, 2 January 2014
Bible Dalam Bahasa Melayu, Penganut Kristian Kena Faham Isu Ini !!! @razlanrafii @Zahid_Hamidi @Khairykj
2 Januari 2014
Kebiadapan seorang Paderi Lawrence Andrew yang masih berkeras mahu meneruskan agenda jahat beliau untuk menggunakan kalimah Allah benar-benar sudah melampaui batas dan mencabar undang-undang negara.
Keangkuhan Paderi ini secara jelas dan nyata telah melanggar Enakmen 1988 yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah Allah. Enakmen yang diluluskan pada 1988 ini telah melarang orang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”.
Namun adakah ia terkandung sama di dalam undang-undang negara yang baru ini mampu untuk menahan dan mendakwa beliau kerana memiliki bahan cetak yang dilarang?
Ini merupakan antara cabaran yang dihadapai kerajaan dan masyarakat Islam Malaysia. Bagi seseorang yang berfikiran liberal pastinya tidak akan dapat menerima sekatan sedemikian. Liberal bermakna 'boleh menerima teguran, cadangan, kritikan dan juga boleh sebaliknya'.
Namun bagi sebuah negara seperti Malaysia, undang-undang kita menghalang dari agama lain untuk disebarkan dikalangan orang Islam tetapi dalam masa yang sama undang-undang tidak menghalang kegiatan dan amalan agama lain.
Perkataan Melayu itu jika dirujuk dalam kamus dewan bahasa membawa maksud beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Oleh itu, tidak ada keperluan untuk bible ditulis dalam bahasa Melayu kecuali paderi ini mahu menyebarkan agama Kristolian di kalangan orang Islam. Sudah ada bukti bahan cetakan berkenaan yang ada kena mengena dengan Kristian dicetak dalam bahasa Melayu. Diedarkan pula di kawasan perumahan awam, kawasan parkir kenderaan secara terbuka di sekitar parlimen Seputeh dan sekitar Kuala Lumpur.
Penganut Kristian kena faham dan jelas dengan isu ini. Seperti dipersetujui semasa awal penubuhan negara Malaysia, setiap rakyat terutamanya bukan Islam seharusnya sudab memahami kontrak sosial yang mana rakyat boleh mengamalkan agama mereka secara bebas tetapi dilarang menyebarkan fahaman agama mereka di kalangan orang Islam.
Saya amat berharap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengambil langkah-langkah tertentu dan berkesan bagi menyekat kegiatan mereka yang dianggap melampaui batas dan sikap keras kepala tidak mahu memahami undng-undang negara.
Sekian.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



