Friday 17 January 2014

@drasyrafwajdi Letak Tun M, Tun Abdul Hamid, Chandra Muzzafar, Prof Dr Mudathir Satu Gelanggang @buletintv3

Editor WARTA RAKYAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan,



HEBAHAN PROGRAM FORUM KEBANGSAAN HAK ASASI KEMANUSIAAN 1435H/2014

Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan Forum Kebangsaan Hak Asasi Kemanusiaan. Forum keilmuan ini akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh             :           24 Januari 2014 / 22 Rabiul Awal 1435H (Jumaat)
Masa               :           8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat           :           Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jalan Perdana, KL.
                    
3.      Justeru pihak kami ingin memohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan untuk meuar-uarkan program ini kepada umum. Bersama-sama ini disertakan Banner program untuk rujukan dan tindakan pihak tuan.

4.      Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Perhubungan Awam di talian 03-2274 6089/6077, En. Mohd Yuswandi (019-2827303)/ Pn. Norsalmah (018-3874265).

Di atas segala perhatian dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian. Wassalam.

Sampaikan Dariku Walaupun Satu Ayat”

(MOHD YUSWANDI ABDUL MAJID)
Ketua Unit Perhubungan Awam
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


(Surat ini adalah cetakan berkomputer dan tiada tandatangan diperlukan)

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR KE FORUM TERSEBUT !!!

1 comment:

  1. Kekalkan Mahathir Mamak Kuti supaya dasar kronni tumbuh dengan subur. Itu lah perbincangan diantara 4 Monyet dlm satu gelanggang.

    ReplyDelete