Tuesday, 11 November 2014

@razlanrafii & Pemuda UMNO WP Jejak Gelandangan @Khairykj @TengkuAdnanReal










Lewat tengah malam ini, Pergerakan Pemuda UMNO WP yang diketuai oleh Saudara Razlan Rafii telah mengambil kesempatan untuk menjejaki golongan gelandangan yang tinggal di bawah jambatan di Sungai Klang berhampiran bulatan Jalan Syed Putra.

Jejak Pemuda UMNO WP telah berjaya mengesan seramai 8 orang gelandangan yang tinggal di bawah jambatan tersebut. Sebahagian dari mereka menpunyai pekerjaan tetapi tidak dapat menampung untuk menyewa rumah, apatah lagi mereka yang menganggur. Mereka hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang ... malah kadang kala mereka tidak makan.

Sebagai langkah untuk menolong mereka ini, Pemuda UMNO WP akan berusaha mendapat sebuah rumah PPR untuk menempatkan mereka di dalam satu rumah. Pemantau selama 6 bulan akan buat oleh Pemuda UMNO WP. Manakala seorang dari mereka adalah wanita, Pemuda UMNO WP akan mendapatkannya pekerjaan dan tempat tinggal di hostel pekerja.

TM mengucapkan syabas kepada Pemuda UMNO WP yang peka kepada golongan ini.

Monday, 10 November 2014

@TengkuAdnanReal UMNO Dan BN Membantu Mangsa Kebakaran Di BTR @NajibRazak




Hari ini YB Menteri WP merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, Datuk Seri Tengku Adnan turun padang melawat kawasan rumah panjang yang terbakar di Jalan Ikan Emas, Bandar Tun Razak. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Kejadian kebakaran ini berlaku semalam.

Terima kasih UMNO & Barisan Nasional

Saturday, 8 November 2014

Gempar @Khairykj @azwanbro @razlanrafii Turut Daftar Rumah Transit Hari Ini !!,



Sabtu & Ahad (8hb & 9hb Nov 2014), akan diadakan karnival Genexter di Putrajaya. Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan & Selangor akan membuka booth Khidmat Pendaftaran Rumah Transit di hadapan Istana Kehakiman.
Kepada yang berminat nak daftar, sila bawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.
a) 1 keping gambar pemohon (berukuran passport)
b) 1 salinan Kad Pengenalan pemohon & pasangan
c) 1 salinan surat / sijil perakuan / kad nikah / pendaftaran perkahwinan
d) 1 salinan slip gaji terkini pemohon & pasangan (jika ada)
e) 1 salinan asal Akuan Sumpah pendapatan sebulan gaji (bekerja sendiri)
f) 1 salinan perakuan majikan (jika ada)
g) Salinan asal Akuan Sumpah tidak memiliki rekod jenayah
Sukarelawan Pemuda UMNO akan membantu pemohon untuk mengisi borang dan membantu menghantar borang ke Kementerian berkenaan.
Jika tak sempat nak pergi ke Putrajaya, pemohon boleh datang sendiri ke tingkat 28, Menara Dato' Onn (PWTC) untuk mendapatkan khidmat tersebut.
Tarikh tutup permohonan : 13 Nov 2014
* khidmat bantuan ini bukan jaminan kepada pemohon untuk mendapatkan rumah transit tersebut. Harap maklum.

Friday, 7 November 2014

@NajibRazak Ada Lagi Menteri Lain Sama Seperti @IsmailSabri60 ???











































































Tanpa protokol tetapi hanya santai ... tidak perlu belanja yang besar ... hanya Kopi O dan biskut kering berjaya dijayakan dengan meriah. Program santai ini telah diadakan Menteri Pertanian iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di Havok Bistro di Kg Baru pada 4 November lalu dengan jemputan lebih kurang 150 orang yang datang dari seluruh Malaysia.

Rasanya biar la gambar gambar TM yang menceritakan semuanya.

Program santai ini dapat sambutan sungguh meriah. Bagi TM program ini merapatkan Ismail Sabri dengan peserta yang kebanyakannya orang orang muda.

TM nak tanya ada lagi Menteri Menteri lain yang sanggup buat program santai tanpa protokol seperti Datuk Seri Ismail Sabri yang bergaul mesra dengan orang ramai ???

Program ini low budget tapi high impact tetapi tiada menteri menteri lain melaksanakannya.