Tuesday, 26 February 2013

P Bala Pulang Menambah Fitnah terhadap @NajibRazak

Akuan Bersumpah Percubaan Mengaitkan Najib dengan Altantuya !!!

Puaslah kita maki hamun Najib, puaslah kita kutuk Datin Seri Rosmah Mansor kerana terlalu marahkan penglibatan mereka berdua dalam pembunuhan Altantuya, rupa-rupanya ia cuma ‘rekaan dan dogengan’ musuh-musuh politiknya saja, pergh!

Kelmarin, dalam tulisannya, Raja Petra telah ‘pecah lubang’.

Menurut beliau, seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

“Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR,” dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.

Nampaknya dakwaan Raja Petra itu perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa terutama polis.

Polis perlu menyiasat dakwaan Raja Petra ini, kalau Raja Petra BOHONG, cari dia walau sampai lubang cacing sekali pun, dan sekiranya ia BENAR, nama-nama yang disebutnya itu perlu segera diheret ke muka pengadilan

Cukup-cukuplah perbuatan fitnah yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat Islam mutakhir ini.

Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah SWT.

Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan untuk berbuat demikian perlu mengadakan bukti yang kukuh dan munasabah bagi membuktikan dakwaannya, bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut dan dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu dan negatif kepada seseorang.


Bila difikirkan kembali…kalau benarlah dakwaan Raja Petra itu, alangkah berdosanya kita kepada Najib ... tanggung lah kita nanti di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment