Monday, 28 October 2013

Bahang Perubahan Barisan Nasional Membuat PAS Kedah Tertekan @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Sudah sampai masa untuk Barisan Nasional mengambil alih kerusi Sungai Limau dari PAS Kedah demi menaikkan taraf kehidupan masyarakat Sungai Limau tanpa mengira fahaman politik mereka. 

Setelah bertahun kerusi ini dimiliki oleh PAS, tahap kehidupan di sana masih lagi di tahap takuk yang lama. Walaupun Barisan Nasional yang sudah menguasai kerajaan Negeri Kedah dan boleh membiarkan Sungai Limau terus dipegang oleh PAS, kerajaan Barisan Nasional Negeri Kedah tidak tergamak melihat masarakat Sungai Limau terus menderita dan terpinggir sekadar mampu melihat arus pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri di kawasan lain. 

Ertikata sebenarnya Kerajaan Negeri Kedah bawah Barisan Nasional tidak mahu masyarakat Sungai Limau terus menjadi mangsa permainan politik PAS Kedah. PAS Kedah mahu terus menguasai Sungai Limau kerana sebab politik semata mata tetapi Barisan Nasional sebaliknya mahu mengambil alih kerusi ini untuk membela nasib masyarakat Sungai Limau.

Barisan Nasional yang diterajui oleh Mukhriz Mahathir yang menjadi Kerajaan Negeri menghulurkan keikhlasan mereka pada masyarakat Sungai Limau untuk "BERANI BERHIJRAH" demi perubahan taraf kehidupan di kawasan mereka.

Masyarakat Sungai Limau perlu berfikiran terbuka untuk menerima perubahan dan pembaharuan yang mahu dibawa oleh Barisan Nasional daripada terus taksub dan hilangkan kebencian yang ditanamkan PAS Kedah sejak dahulu lagi.

Kini PAS Kedah sudah terasa tekanan bahang perubahan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional. Insyallah kerusi Sungai Limau akan beralih ke tangan Barisan Nasional pada 4 November ini.

Pilih la BARISAN NASIONAL !!!

Sunday, 27 October 2013

Dua Gajah Bertempur Faktor Kekalahan PAS Kedah @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal #PRKSgLimau


Belum lagi reda lagi kisah penipuan yang dibuat oleh calon dari PAS. Azam Samat, kini kecoh pulak tentang masalah dalaman pula. Peperangan dalam PAS di antara Phohrolrazi dan Mahfuz mulai diketahui ramai orang di Sungai Limau terutama di kalangan jentera PAS dan Pakatan Rakyat yang bertugas di sana.

Walau PAS Kedah mendakwa bahawa mereka akan terus kekal menguasai kerusi Sungai Limau tetapi pertelagahan dalaman kuasa politik PAS Kedah menyebabkan semangat para petugas mereka semakin terjejas. Kini jentera PAS Kedah dengan sendiri terbahagi kepada dua menyebabkan kerja kerja mereka menjadi kucar kacir. Masing masing ingin menunjuk kecerdikan untuk mengendali tugas tugas mereka.


Ceramah PAS di sebelah Klinik Desa Dulang juga kosong
Kedengaran bahawa Phahrolrazi Zawawi tidak senang hati dengan percaturan politik Mahfuz Omar yang cuba menyingkirnya dari politik PAS Kedah. Ini telah menyebabkan Phahrolrazi Zawawi mengambil keputusan untuk tidak mahu terlibat sepenuhnya di dua PDM iaitu PDM Dulang Besar dan PDM Dulang Kecil.

Bagaimana mahu menjaga rakyat jika di kalangan mereka sendiri bercakaran?Kini PAS Kedah di Sungai Limau sekarang mendapat kurang sokongan kerana calonnya hanya seorang yang profesional biasa biasa sahaja. Tidak seperti dahulu calon mereka Tan Sri Azizan adalah seorang tokoh Ulama yang disegani dan dihormati. Kini calon mereka tiada aura ulama !!!

Insyallah pada kali ini peluang untuk Barisan Nasional menang kerusi Sungai limau agak cerah. Maka TM harap pengundi Sungai Limau mengambil kesempatan untuk mencuba calon BN yang luas berpengalaman.


UNDI LAH BARISAN NASIONAL !!!

Thursday, 24 October 2013

Azam Abdul Samat Calon PAS Musang Berbulu Ayam @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal #PRKSgLimau

PENIPU
KITA BOLEH PANGGIL PADA
CALON PAS

YANG BERNAMA AZAM ABDUL SAMAT

Macam mana nak menjadi wakil rakyat apabila belum menang calon dari PAS Azam Abdul Samat sudah mulai menipu rakyat di Sungai Limau !!! 

Calon dari PAS ini Azam Abdul Samat telah mengaku ada menpunyai tali persaudaraan dengan mantan Menteri Besari iaitu Tan Sri Azizan Razak, wakil rakyat Sg Limau yang telah meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis. 

Semalam penipuan ini mula terbongkar apabila ahli keluarga Tan Sri Azizan menyangkal dakwaan calon PAS ini, respon kepada PERBOHONGAN Azam Abdul Samad kepada wartawan Sinar Harian yang berbunyi "Mohd Azam merupakan cucu kepada tiga tokoh ulama Kedah. Datuk beliau, Haji Abdul Hamid Ibrahim adalah adik kepada Tok Guru Haji Aziz di Pendang dan Tok Guru Haji Abd Razak."

"Mohd Azam yang juga Ketua Pemuda Pas Jerai merupakan anak didik Azizan sejak beliau bergelumang dalam politik." .... ???

Bukan saja Azam Abdul Samad ini bukan saudara kepada Tan Sri Azizan. malah dia juga menipu bahawa dia adalah anak didik Tan Sri Azizan !!! Walhal  Azam Abdul Samad merupakan salah seorang yang kuat menentang arwah Tan Sri Azizan. Malah calon PAS ini juga adalah sebenarnya gunting dalam lipatan bersekongkol dengan seteru Azizan !!!

Hakikat sebenarnya Azam Abdul Samad adalah anak sedara kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi, bekas Timbalan Pensuruhjaya PAS Kedah ... MUSUH KETAT kepada Tan Sri Azizan !!!


Sekarang agak melucukan apabila calon PAS ini, Mohd Azam Samat menggunakan imej serta nama Allahyarham Tan Sri Azizan bagi meraih Undi Simpati dari penduduk DUN Sungai Limau.

TAK MALU KE ???

Klik sini HARAPAN BARU 


Dr Ahmad Suhaimi Lazim Harapan Baru Sungai Limau @NajibRazak @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir

Calon BN

Dr Ahmad Suhaimi Lazim
611024-02-5783

No.88 Kg Titi Batu 06900 Yan Kedah


Wakil Calon

Hj Rozee Mat Isa
540802-02-5355
F 573 Kg Sedaka Tengah Yan Kedah



Pencadang

Datuk Hj Ismail Arshad
No.Kpt:40910-02-5461
Lot 5251 Jln Selengkoh Spg 3 Sg Limau Kota Sarang Semut 06680 Alor Setar Kedah



Penyokong

Hj Mohd Fauzi Hj Bakar
No.Kpt :650109-02-5071
Lot 720 Kg Sg Kering 06900 Yan Kedah



Saksi

Hj Ahmad Mansor Din
650630-02-5427
No. 21 K Taman Lamabaian Jerai Jln Jenun Guar Chempedak Gurun Kedah.



Dr. Ahmad Sohaimi yang berusia 52 tahun merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini. Beliau juga pernah mengajar di Madrasah Al-Taufiqiyyah Al-Khairiyyah atau lebih dikenali Pondok Pak Ya di Sungai Limau.

Pemilihan Dr Ahmad Sohaimi adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Setelah membuat beberapa tapisan terperini, maka Dr Ahmad Sohaimi telah dipilih berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.“Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” kata beliau selepas majlis pengumuman itu.



Pada Pilihan Raya Umum 13 yang lepas, kerusi N2O Sungai Limau telah dimenangi oleh Tan Sri Azizan Abdul Razak dari PAS mengalahkan tiga calon lain yang turut bertanding dengan majorati 2,774. Berikutan kematian Azizan, kerusi DUN Sungai Limau kosong dan membolehkan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas DUN Kuala Besut.

Harapan Barisan Nasional agak cerah untuk memenangi kerusi Sg Limau setelah Barisan Nasional berjaya mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri Kedah dari Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS pada pilihanraya yang lepas. Dengan perubahan yang dibawa oleh Menteri Kedah yang baru iaitu Datuk Paduka Mukhriz Mahathir pada negeri jelapang padi ini, dengan harapan pengundi pengundi di Sg Limau dapat memberi peluang juga untuk calon dari Barisan Nasional untuk berbakti untuk masyarakat sana.

UNDI LA BARISAN NASIONAL !!!





Friday, 11 October 2013

@NazirHussin79 Yang Kuat Bekerja Perlu Dipilih Semula Pada Pemilihan PPUM @Khairykj


NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA (PENYANDANG)
NO 07
KENAPA PERLU KEKALKAN DAN BERI UNDIAN KEPADA NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSIN, CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA NO 07 ???
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN SEORANG EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB PADA JAWATAN YANG DIBERI MANDAT OLEH PERWAKILAN PADA PEMILIHAN TAHUN 2008 !!!

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSIN DIBERI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGERUSI BN YOUTH JOB FAIR. NAZIR HUSSIN BEKERJA KERAS MENYEDIAKAN PELUANG PELUANG PEKERJAAN KEPADA GOLONGAN ORANG MUDA YANG MENCARI PEKERJAAN YANG SESUAI  PADA SETIAP TAHUN DI BN JOB FAIR DI SERATA MALAYSIA !!!

TM YANG MENGENALI NAZIR HUSSIN, MENYATAKAN BAHAWA NAZIR HUSSIN PERLU DIKEKALKAN DAN DIPILIH SEMULA OLEH PERWAKILAN PEMUDA CAWANGAN PADA PEMILIHAN KALI INI !!!

SAYA UNDI CALON 07 NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN !!!

MOHON SOKONGAN



Monday, 7 October 2013

@abss115 YB Senator Datuk Hj Yahaya Mat Ghani Mengangkat Sumpah @NajibRazak



Pada tepat jam 10 pagi di Dewan Negara, Datuk Hj Yahaya Mat Ghani @ Datuk Abbas telah mengangkat sumpah sebagai YB Senator. Perlantikannya atas kegigihannya menjalankan kerja dengan bersungguh sungguh dalam tugas yang diberikan kepadanya. TM harap Datuk Abbas akan terus bekerja keras untuk memenangi semula kerusi Parlimen Batu pada akan datang. Tahniah !!!

Sunday, 6 October 2013

@MukhrizMahathir Khas Untuk Semua Ahli UMNO Di Setiap Peringkat #MM4VP


DATUK PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
CALON NAIB PRESIDEN UMNO NO 05





TM sarankan kepada semua Perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Bahagian untuk menyokong dan mengundi Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO untuk memberi UMNO nafas yang baru dan meremajakan UMNO.

Semoga dengan sokongan dari semua para perwakilan, dapat lah kita semua mengembalikan kegemilangan UMNO pada masa akan datang dengan memilih Mukhriz Mahathir.

Mukhriz 49, sudah tentu menpunyai banyak idea idea yang dapat diketengahkan, sekiranya beliau dipilih menjadi Naib Presiden UMNO.

Masa depan UMNO ditentukan oleh para Perwakilan Cawangan bukan mengikut telujuk orang lain. Anda perwakilan !!! Anda tentukan !!!

PILIHAN ANDA
DATUK PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
 CALON NAIB PRESIDEN UMNO NO 05