Wednesday 11 December 2013

@abss115 UMNO Bahagian Batu Membantu Mangsa Banjir Pahang #Lifestyle @NajibRazak


Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas akan mengetuai UMNO Bahagian Batu menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang. UMNO akan menyediakan keperluan seperti pakaian, tuala wanita dan lampin kanak kanak yang bernilai Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu. 


UMNO Bahagian Batu juga mendapat bantuan dari Pusat Pakaian Hari Hari yang menyumbangkan pakaian baru untuk mangsa mangsa banjir yang bakal sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit bebanan mangsa mangsa. Encik Amilludin Latif wakil Pusat Pakaian Hari Hari merasa terpanggil untuk membantu mangsa mangsa banjir yang sedang dilanda musibah.

Pihak UMNO Bahagian Batu juga telah menyediakan tuala tuala wanita dan lampin lampin untuk kanak kanak kerana salah satu masalah utama ialah untuk mendapatkan barangan tersebut.

Sumbangan ini akan dihantar ke tempat tempat yang telah diputuskan dalam perbincangan mereka secepat mungkin.

1 comment:

  1. Mesyuaratx3............ajalah...orang lain dah berlori lori hantar bantuan ketika umno duk sibuk mesyuarat kat pwttc

    ReplyDelete