Showing posts with label Amanah. Show all posts
Showing posts with label Amanah. Show all posts

Wednesday, 15 June 2016

Calon PAN #prkSgBesar Lumpuh Dilanggar Ahli Akar PAN Umbi Sg Besar #inilahbudiman #SCS93




PAN hari ini menerima tamparan hebat apabila Bekas Timbalan Ketuanya di Sungai Besar, Mohd Sapigni Tulus menolak calon mereka Azhar Abdul Shukur dan berikrar akan membantu kempen calon Barisan Nasional.

Alasan yang diberikan adalah calon PAN itu bukan anak tempatan.

Mohd Sapigni dan 32 lagi AJK PAN yakin calon parti itu tidak mampu berkhidmat dengan baik.

Saturday, 11 June 2016

Amanah Tunggangan @DAP Menjadi Kambing Hitam Provokasi Melampau #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93


Siapa yang tidak ingat tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969 terjadi kerana provokasi melampau cetusan DAP semangat perkauman yang menyebab huru hara berlaku di Malaysia. Tidak mustahil elemen ianya masih berleluasa sehingga sekarang kerana orang mencetusnya masih ada dalam DAP sehingga sekarang.

Hari ini Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi mempersoalkan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekongkol dengan DAP untuk mencetuskan kebencian kaum Cina terhadap kaum Melayu melalui tindakan menaikkan papan iklan yang berunsur provokasi di pekan Sekinchan, semalam.

Beliau turut kesal kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang baharu memasuki hari kelima telah dicemari bibit-bibit kebencian yang disemai parti berkenaan.

Kemungkinan besar provokasi ini kerana melihat kemaraan calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi amat mengerunkan calon parti Amanah yang ditunggangi oleh DAP dan cara busuk dengan menaikan billboard yang menpunyai provokasi melampau yang boleh meresahkan dan menaikkan kemarahan kaum Cina di Sekinchan.

Oleh it pihak SPRM dan Polis DiRaja Malaysia perlu bertindak dengan segera.

Friday, 10 June 2016

Amanah Bukan Berkempen Tetapi Menghasut Pengundi #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93




Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Tataetika pilihanraya parti dan calon mesti mematuhi peraturan ditetapkan.

BN sendiri pada tarikh 1 Jun 2016 rujukan Bil (73) dlm MDSB 08/52/2008 untuk MENURUNKAN BENDERA PARTI BN YANG DIPASANG TANPA PERMIT. Menggunakan Undang-undang Kecil 4 Undang-undang Kecil Pilihanraya ( MDSB) 2007. Terdapat 12 kawasan notis penurunan bendera.  BN akur.

Bahan kempen yang dipasang oleh PAN di Kawasan Sekinchan jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya dan Tatatetika Pilihanraya iaitu;

7.2  Tidak boleh mempamerkan, memberikan atau mengedar bahan kempen kepada orang ramai melainkan setelah mendapat permit daripada Pengarah Pilihan Raya Negeri dan telah membayar wang deposit bahan kempen kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri;

7.6  Hanya bendera, poster dan kain rentang serta bahan bercetak seperti risalah dibenarkan. Penggunaan billboard untuk pameran bahan kempen tidak dibenarkan. Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:-

(a)  Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang. Slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang mempunyai apa-apa unsur sindiran dan mengejek sama sekali tidak dibenarkan;

(b)  Tidak boleh memasang poster gambar mana-mana pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan, kecuali gambar pemimpin utama parti politik yang digandingkan (berpasangan) dengan gambar calon dalam poster yang sama;

(c)  Tidak boleh memasang dan mengibarkan bendera parti yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan;

(b)  Tidak berlaku apa-apa bentuk kecaman ke atas hal ehwal peribadi mana-mana calon, pemimpin atau anggota parti politik di khalayak umum yang mempunyai unsur-unsur tohmahan, fitnah ataupun tuduhan yang tidak berasas;

Disyorkan agar Pengerusi SPR atau  Pengarah SPR Negeri mengarahkan pegawainya membuka atau membuang bahan kempen oleh DAP/PAN ini yang jelas melanggar peraturan pilihanraya.



Billboard billboard ini telah membangkitkan kemarahan penyokong Barisan Nasional dan meningkat keresahan rakyat di Sg Besar.

Monday, 6 June 2016

@BudimanZohdi Yg Mewah Kutip Dana Haram Utk #prkSgBesar ? #inilahbudiman #scs93




Parti Amanah Negara Sungai Besar sebelum penamaan calon PRK Sungai Besar telah meminta orang ramai untuk menyumbangkan duit untuk dana untuk calon pilihanraya mereka.






Tetapi semalam ketika penamaan calon di PRK Sg Besar, presidennya Mat Sabu yang datang bersama tuannya Lim Kit Siang the master puppet berkemeja baru, malahan jentera dan persiapan PAN kelihatan mewah. Sudah tentu menggunakan perbelanjaan yang banyak. Ianya tidak nampak seperti parti baru yang ditubuhkan.

Namun ada kemungkinan besar pembelanjaan pilihanraya kecil PAN di Sg Besar dan Kuala Kangsar telah mendapat dana dari tuannya iaitu DAP.

Jadi apakah perlu PAN mengutip wang dari orang ramai sedangkan kita tidak tahu hala tujuan wang yang dikutip. Adalah disarankan orang ramai terutama orang di Sg Besar, jangan bermurah hati sangat menderma wang anda kerana pemimpin pemimpin PAN bukannya tak berduit dan tidak berkemampuan ... mereka juga kaya raya ... cuma mereka hanya mahu pergunakan wang rakyat yang telah dikaburi fikiran kerana kata kata manis mereka.

Oleh itu kami sarankan pengundi pengundi di Parlimen Sg Besar supaya tidak teragak agak memangkah Barisan Nasional yang diwakili Budiman Mohd Zohdi untuk menjadi wakil rakyat anda.