Wednesday 28 May 2014

Yammy Sanggup Khianat Melayu Kerana @limkitsiang #PRKTelukIntan


Yammy sanggup keluar dari Pribumi Perkasa semata mata anak yang bertanding atas tiket DAP. Kemungkinan besar kerana merasakan sekiranya anaknya menjadi ahli parlimen, Perkasa tidak diperlukan. Ini juga berkaitan penipuan anak beranak ini yang menafikan menjadi ahli Perkasa sebelum ini.
Ibu kepada pengkhianat Bangsa Melayu hari ini mengistiharkan pula dirinya sebagai pengkhianat dengan membuat kenyataan Keluar daripada NGO Melayu yang disertainya sejak penubuhan NGO tersebut.

Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat yang dirundung kontroversi berhubung pembabitannya dengan PERKASA hari ini menarik diri dari menganggotai NGO pro-Melayu itu.

Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan.

Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan. - Malaysiakini.
Apakata kalau Yammy keluar dari UMNO pula ... sebelum dipecat keahlian UMNO kerana terang terang menyokong parti lawan. 

1 comment:

  1. jgn melawak, keluar perkasa bukan khianat bangsa melayu. sgt sempit berfikir umno, perkasa dll songkok tinggi adalah wakil melayu.

    yg mengkhianat melayu adalah pemimpin melayu yg merompak harta negara dn membiarkan melayu tidak setanding dgn bangsa2 majoriti DAP.

    takkan melayu kuat dan hebat dgn sebab menyalahkan DAP semata2. tapi melayu jadi haprak dgn sebb pemimpin yg memperkuda bangsa dan menghakis nilai2 mulia yg perlu utk kehebatan sesuatu bangsa. contohnya rasuah dan fitnah liwat.

    ReplyDelete