Monday 13 June 2016

@IsmailSabri60 Umum MRSM Ulul Albab Siap 16 Julai #inilahbudiman #prkSgBesar #SCS93



MRSM Ulul Albab dijangka akan dibuka selepas raya, iaitu pada 16 Julai tahun ini.

Projek ini bermula pada 15.12.2007 dan dijangka siap pada mulanya 29.9.2009. 

Disebabkan kewujudan masalah kontraktor,  maka kontraktor penyelamat telah mengambil alih dan kesemuanya telah siap pada hari ini. 

Buat masa ini kami hanya menunggu kelulusan dari IWK yang akan mengadakan lawatan pada minggu hadapan. 

Sekiranya tiada masalah, kelulusan akan didapati selepas itu dan tarikh rasmi kekal pada 16 julai.

Projek pembangunan MRSM ini bernilai 48.2 juta iaitu selepas dikira 'varition order' daripada anggaran kos sebelumnya sebanyak 44.2 juta.

Pengumuman ini telah buat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kementerian Luar Bandar dan Wilayah semalam ketika lawatan kementerian ke tapak MRSM tersebut semalam.

No comments:

Post a Comment