Showing posts with label Raja Bomoh. Show all posts
Showing posts with label Raja Bomoh. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

Raja Bomoh Mengusir Puaka Gua Tempurung Kerana Prihatin Kematian Karpal Singh #1Malaysia



Sekali lagi Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menarik perhatian orang di Malaysia merungkai punca kemalangan maut yang melibatkan ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam kata Raja Bomoh tersebut

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

p/s mungkin sekarang puaka Gua Tempurung bertempiaran lari !!!

Sunday, 23 March 2014

Raja Bomoh Sayang @anwarbrahim Sudah Berpuluh Tahun #Kajang #PRKKajang



“Ya di mahkamah Tinggi, saya datang (pada) masa itu, bawa buah kelapa (dan) terowong, memang ada. Orang (penyokong Anwar) angkat beramai-ramai pada masa itu. Tujuan saya biar hakim senang menjalankan tugas pada hari Anwar bicara Anwar.

Menurutnya Ibrahim lagi, upacara tersebut dilakukan atas jemputan pemimpin politik namun enggan mendedahkan nama individu tersebut.

“Saya masa itu sokong semua, Anwar (pun) saya sokong. Tujuan (saya lakukan ritual itu) jangan bergaduh, jangan diganggu (oleh) pihak orang luar, orang yang buat rusuhan (dan) biar hakim jalankan tugas dengan baik.

“Yang jemput saya (pada ketika itu) ialah orang politik tertentu. Tak kan saya nak cakap pula (siapa yang jemput),” katanya.

Tuesday, 18 March 2014

Raja Bomoh Sambut Kedatangan @anwaribrahim Dengan Sponsor Kasih Sayang #PRKKajang #Kajang



Jangan nampak koyak orang, koyak sendiri tak nampak. Saya akan saman Anwar sebanyak 300 juta kata Raja Bomoh !!!

Thursday, 13 March 2014

@anwaribrahim Bawak Raja Bomoh Bantu @drwanazizah #PRKKajang


KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH DAN PERKARA YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.




Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.  

Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014

Ź