Monday, 4 March 2013

@tianchua Bukan Sahaja Mengigit ! Malahan Anti Anggota Keselamatan On Behalf @anwaribrahim #TolakPR

Bukan sahaja tahu mengigit polis ! Juga dikatakan pernah melanggar mati seorang askar 
Nampaknya Tian Chua, Ketua Penerangan rejim PKR yang juga merupakan lidah kepada Anwar Ibrahim semakin biadap dan kurang ajar. Kebiadapannya melalui kenyataan dan ceramahnya, Tian Chua ini perlu diajar dan diberi kesedaran tentang keceluparannya terhadap anggota keselamatan Malaysia bekerja keras menjaga keselamatan negara, adalah demi melindungi kepentingan Anwar Ibrahim.

Kawan TM, si Gomo telah menerima sms yang menyatakan Tian Chua telah menghina Komando 69 yang terbunuh ketika mempertahankan negara di Lahad Datu Sabah. Katanya Tian Chua menyatakan dan menyebut:

"Komando mati Katak"


Sebagai Ketua Penerangan rejim PKR yang sememangnya anti pasukan keselamatan Malaysia, sebelum ini turut menyatakan kematian anggota Komando 69 yang terbunuh di lahad Datu adalah sandiwara politik dan mainan UMNO. 


Hakikat sebenarnya bahawa Anwar Ibrahim merupa watak utama yang mencanang agar penceroboh Sulu menuntut Sabah, sememangnya diketahui oleh Tian Chua keparat.

Sumber Papa Gomo !!!

Mari Kenali Jamlul Kiram Kawan Kepada @tianchua Dan @anwaribrahim ? #TolakPR


Sultan Jamalul Kiram III telah harimau bertaring untuk masa yang sangat lama kerana dia berhadapan dengan banyak masalah, dari keluarga, isu-isu kesihatan, masalah kewangan dan pesaing mendakwa mereka pemilik takhta, ramai yang mendakwa begitu..

Satu hanya untuk membaca www.fakesulusultans.com untuk melihat kelibat berapa banyak 'sultan' yang mendakwa takhta adalah milik mereka di Sulu.

Jamalul Kiram tahu kerajaannya tidak selamat di tangannya, dan dia mengalami penyakit hati serta penyakit-penyakit lain, dan hidup dalam ketakutan yang berterusan bahawa seseorang akan meracuni beliau untuk menuntut takhta. Tiba-tiba, Jamalul Kiram tumbuh taringnya dan kuku menjadi harimau bertaring..

Dia menyuruh tenteranya, diterajui oleh putera mahkota, untuk menyerang Sabah mengetahui sangat baik bahawa kekuatan penuh tentera Malaysia akan menjadi kepada orang-orangnya.

Bagaimana ini berlaku?  Jamalul Kiram masih menjalani rawatan di sebuah hospital di Manila untuk penyakit hati.

Ini menimbulkan persoalan, yang di sebalik semangat baru Jamalul Kiram dalam menuntut Sabah?

Siapa memberikan wang kepada pahlawan Sulu aka Tentera Kesultanan Sulu  untuk membeli bot kelajuan, bahan api, makanan, pakaian dan senjata yang termasuk senapang M16 dan M14, karbin M16 dan pelancar bom tangan M203?

Ini hanya bermakna satu perkara -

SESEORANG ADALAH MEMBIAYAI KESELURUHAN OPERASI.

Dan tentera yang datang melalui laut telah diambil dan dijaga oleh mereka yang tinggal di Sabah, mengukuhkan hakikat bahawa mereka dikejutkan dari tidur.

Mereka diaktifkan apabila pesanan yang diberikan kepada mereka bersama-sama dengan dana sebagai bukti ketulenan tugasan.

Kesultanan Sulu mendapatkan bantuan Amerika untuk menuntut Sabah.

Sultan Jamalul Kiram mempunyai masalah di Filipina, enam saudara-mara beliau waris terdekat hidup di Amerika. Mereka dilaporkan telah menjadi rakyat Amerika.

Setelah menerima berita bahawa bapa mereka adalah pelekap cabaran untuk menuntut Sabah, saudara-mara, anak saudara Jamalul Kiram sangat teruja.

Mereka begitu teruja dengan prospek menuntut Sabah bahawa mereka kini mahu Amerika Syarikat dan Presiden Barack Obama untuk membantu Sultan Jamalul Kiram dengan tuntutannya.

Bekas Senator Santanina Rasul, salah satu daripada saudara-mara dan waris yang meletakkan tuntutan ke atas Sabah Jamalul Kiram, memberitahu wartawan bahawa salah satu daripada anak-anaknya, Ibrahim Rasul Jr adalah warganegara Amerika dan mempunyai hak untuk menuntut bahagian dalam pusaka Sabah.

Artikel pada waris Sultan Sulu untuk meminta bantuan AS di Sabah boleh dibaca di sini:
http://globalnation.inquirer.net/64951/kl-says-no-compromise
http://www.emirates247.com/news/philippines/sulu-sultan-heirs-to-ask-us-help-on-sabah-2013-02-20-1.495749


Source : KL Chronicle

Tian Chua ! Jangan Lari ! Kami Bantah ! @abss115 @AznieeBatu #TolakPR


Salam Perjuangan..

Kebiadapan YB Tian Chua yang mempertikai perjuangan anggota polis yang terkorban akibat kerakusan politik. Ayuh sahabat kita hantar Memorendum Bantahan kenyataan Tian Chua.

Dihadapan  Pejabat PKR Batu, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur (Depan stesen minyak Petron Sentul) pada 4 Mac 2013 isnin. Jam 4.15 petang.

Datang beramai2, pakai baju Merah tanda darah merah melayu yang mengalir dalam diri ini. Perjuangan demi agama bangsa dan tanahair.

Tlg panjangkan bantahan ini.


Terima Kasih
Yahaya Mat Ghani @ Abbas

Sunday, 3 March 2013

@tianchua ! Penceroboh Telah Membayar Hutang Darah Pada Penduduk Tempatan ! #TolakPR



Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya. Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Polis berkata penduduk kampung bertindak untuk pertahankan diri !!!

Gugur Syahid Diserang Hendap Penceroboh Dihantar @tianchua Ke Semporna ? #TolakPR


Di Bandar Semporna,Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu.

Insiden  di lokasi tersebut telah mengorbankan 5 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian, Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tebusan dan berakhir dengan kepalanya dipenggal.
Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Saturday, 2 March 2013

@anwaribrahim dan Rejimnya Hanya Bersandiwara Mesra Polis dan Tentera #TolakPR @Zahid_Hamidi



Solat jenazah KPL Sabarudin Daud

Ibu (bertudung coklat) dan isteri KPL Sabarudin

Anak sulong Arwahyarham KPL Sabarudin


Menabur bunga pada kubur suami tercinta

Kasih ibu membawa ke syurga 


Kumpulan penceroboh bersenjata menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Dalam kejadian itu, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Pelbagai pihak membidas Naib Presiden PKR, Tian Chua selaku salah salah satu lidah Anwar Ibrahim yang mendakwa pertempuran di Kampung Tandou, Lahad Datu, Sabah, semalam, sebagai konspirasi UMNO.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen Batu itu supaya menyemak dulu fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan melulu berhubung kejadian berkenaan.

“Tanyalah pada diri dia (Tian Chua) sendiri, apa yang dia lakukan sebelum penceroboh masuk ke Lahad Datu. Tian Chua dan rakannya memang mengharapkan pertumpahan darah berlaku bagi memburukkan tentera dan polis.

TM - rejim PKR puji polis waktu KL112 kerana nak menunjukkan rejim mereka mesra dengan polis tapi di saat negara di selubungi kesedihan, rejim pkr pelampau pas dan gerombolan dap mengambil kesempatan untuk memburukan dan mencemuh pihak keselamatan. Mereka ini tidak layak memimpin negara !!!

p/s TM tak nampak mana mana pemimpin tertinggi rejim pkr pelampau pas dan gerombolan dap menghadirkan diri menziarahi anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di hospital. Ternyata puak puak ini hanya bersandiwara mesra polis dan tentera !!!

@Zahid_Hamidi Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga Anggota Keselamatan Yg Syahid #PrayForLahadDatu



Assalamualaikum wbt,

Saya Zahid Hamidi ingin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban di Lahad Datu. Dan saya memohon keluarga mereka bersabar dan menerima takdir ini dari Allah kerana perjuangan mereka untuk pertahankan negara. Kepada seluruh anggota polis dan tentera yang bertugas di Lahad Datu, saya harap mereka cekal semangat dan bersabar dengan ujian Allah S.W.T kenakan pada  negara kita !!!

Berjuang untuk negara
Assalamualaikum wbt

Ahmad Zahid Hamidi