Wednesday, 11 December 2013

@abss115 UMNO Bahagian Batu Membantu Mangsa Banjir Pahang #Lifestyle @NajibRazak


Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas akan mengetuai UMNO Bahagian Batu menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang. UMNO akan menyediakan keperluan seperti pakaian, tuala wanita dan lampin kanak kanak yang bernilai Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu. 


UMNO Bahagian Batu juga mendapat bantuan dari Pusat Pakaian Hari Hari yang menyumbangkan pakaian baru untuk mangsa mangsa banjir yang bakal sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit bebanan mangsa mangsa. Encik Amilludin Latif wakil Pusat Pakaian Hari Hari merasa terpanggil untuk membantu mangsa mangsa banjir yang sedang dilanda musibah.

Pihak UMNO Bahagian Batu juga telah menyediakan tuala tuala wanita dan lampin lampin untuk kanak kanak kerana salah satu masalah utama ialah untuk mendapatkan barangan tersebut.

Sumbangan ini akan dihantar ke tempat tempat yang telah diputuskan dalam perbincangan mereka secepat mungkin.

@fuziah99 Cuba Menutup Kelemahan Diri Dalam Membantu Mangsa Banjir Di Kuantan #Lifestyle @tunfaisal


Fuziah Md Salleh, naib presiden PKR dah lah gagal sebagai ahli parlimen Kuantan untuk membantu mangsa banjir. Fuziah telah mengambil kesempatan untuk menipu rakyat dengan mengatakan kerajaan UMNO/BN gagal menolong rakyat. Tuduhan itu dibuat semata mata untuk menutup kelemahannya yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen Kuantan untuk menolong mangsa banjir di Kuantan. Apa guna Fuziah jadi ahli parlimen tetapi tidak tak membantu ??? Hanya menunggu dan menyalahkan orang lain !!!

Dikatakan bahawa seorang yang bernama En Rashid telah mengetuai 100 orang keluar UMNO tapi hakikat sebenarnya TM lihat hanya beberapa borang sahaja. Ada kemungkinan yang masuk PKR itu hanya En Rashid seorang sahaja. Hanya En Rashid seorang sahaja bergambar. Kalau ramai, sudah tentu puak puak akan posing bergambar beramai ramai. Namun begitu terdapat orang ramai melihat gelagat ahli parlimen yang tidak membuat kerja tetapi cuba mendapatkan publisiti murahan.

Kecian ada yang tertipu dengan ahli parlimen Kuantan ini. Cuba cerita apa bantuan yang telah diberikan oleh ahli parlimen Kuantan ini ???

Tuesday, 10 December 2013

@abss115 Mahu Bina Pusat Khidmat Masyarakat Di Parlimen Batu @NajibRazak @TengkuAdnanReal



UMNO Bahagian Batu bakal menpunyai pejabat sendiri yang akan dibina di Taman Bullion Mewah. Pejabat yang bakal dibina itu juga akan menjadi sebuah pusat khidmat masyarakat untuk parlimen Batu. Anggaran sebanyak RM500 ribu diperlukan bagi kos pembinaan pejabat dan pusat khidmat masyarakat UMNO Bahagian Batu.

Pada ahad, 8 Disember, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak pembinaan tersebut. Turut hadir di upacara tersebut, Senator Datuk Yahaya @ Datuk Abbas, Ketua Bahagian Batu

Untuk pengetahuan pembaca blog TM, semenjak tahun 2008 sehingga sekarang UMNO Bahagian Batu telah menyewa pejabat di Taman Bullion Mewah. Dengan terbina pejabat dan pusat khidmat masyarakat ini dapat menjimat wang dan wang boleh dimanafaat dengan perkara yang lain.

TM harap UMNO Pusat dapat tengok tengok hasrat UMNO Bahagian Batu ini agar menjadi kenyataan.

Sunday, 8 December 2013

@ustazfathulbari Khatankan @tianchua MP Batu Kerana @guzzu16 #Lifestyle @Khairykj


PKNS Jalan Kuching 7 Disember 2013, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu yang diketuai oleh Gulam Muzaffar telah mengadakan program yang pertama mereka iaitu 'Program Berkhatan Beramai Ramai'. Program ini telah diadakah di Dewan Orang Ramai PKNS Jalan Kuching dan peserta terdiri daripada 70 kanak kanak lelaki dari pelusuk parlimen Batu. Setiap peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 seorang.



Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam ucapannya kepada anak anak yang akan dikhatkan pada keesokan harinya, beliau telah menceritakan sejarah bermulanya manusia berkhatan.



Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Batu, YB Senator Datuk Yahaya @ Datuk Abbas, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Ramlan Salleh dan Saudara Azniee Abdullah, Naib Ketua Bahagian.

Thursday, 5 December 2013

Kami Pemuda Puteri UMNO Pewaris Negara @NajibRazak @TengkuAdnanReal Khairykj @emysamsudin #PAU2013


Ini baris ketua pemuda dan puteri bahagian di Wilayah Persekutuan yang
mengemudi barisan pemuda puteri di bahagian masing masing pada penggal ini untuk membantu Barisan Nasional memenangi kerusi kerusi yang telah hilang ke tangan pakatan rakyat pada pilihanraya.

Mengalas tugas berat ini, mereka harus mendampingi golongan muda supaya mengembalikan sokongan orang muda yang semakin terhakis. TM sarankan pemuda dan puteri Wilayah untuk mencari ahli ahli yang baru bagi memantapkan lagi pemuda puteri di bahagian masing masing. Pemuda dan Puteri WP juga perlu mula mendampingi golongan remaja dalam lingkungan 17 - 18 tahun yang bakal mengundi pada tiga atau empat tahun akan datang.

Tugas pemuda dan puteri yang paling penting adalah mencari dan menambah pengundi pengundi orang muda, apa guna jadi ahli UMNO tetapi tidak menjadi pengundi untuk memasti Malaysia terus diperintah oleh Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.

Thursday, 28 November 2013

Kenyataan Pertama @razlanrafii Ketua Pemuda UMNO WP Tentang Cukai Pintu @TengkuAdnanReal



Kenyataan Media-Pemuda WP

Tafsiran Cukai Pintu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Isu tafsiran cukai pintu yang hebat diperkatakan di Kuala Lumpur hari ini sudah terjawab apabila kerajaan menangguhkan perlaksanaanya sehingga bulan Mac 2014.

Saya mewakili anak muda bandaraya Kuala Lumpur amat bersetuju ianya ditangguhkan dan dikaji balik mengikut kenyataan-kenyataan bantah dari warga Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung masalah beban yang ditanggung oleh warga kota khususnya dapat diringankan.

Selama 21 tahun cukai pintu tidak dinaikkan dan penduduk semakin lupa apakah yang mereka dapat apabila membayar cukai.

Dalam menyaingi kemajuan dan mewujudkan infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia, sudah pastinya pendapatan cukai kerajaan memainkan peranan dan dalam masa yang sama rakyat juga semakin mengejar kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Dalam hal ini, saya menyarankan agar pihak DBKL lebih peka dalam memberi penjelasan kepada warga Kuala Lumpur, gunakan segala medium untuk memberitahu dan menjelaskan tindakan yang mereka ambil, gunakan media alternatif bukan hanya media konversional.

Jangan biarkan rakyat keliru dengan notis-notis yang dikeluarkan. Dan saya berharap sangat DBKL lebih mesra kepada penggunaan media sosial / internet.

Saya juga ingin memberi ingatan kepada Ahli Parlimen Pembangkang agar ambil sikap bersama memajukan negara, jangan asyik memainkan isu ini dalam konteks mencari populariti sedangkan mereka sudah bersetuju ianya dilaksakan semasa mesyuarat dan taklimat penerangan bersama YB Menteri tempoh hari.

Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor kerana mengambil langkah prihatin menangguhkan perlaksanaan cukai ini.

Sebagai warga kota, saya menyambut baik keikhlasan YB Menteri dan bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tetap membantah kenaikan tafsiran cukai pintu ini.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Wednesday, 13 November 2013

@razlanrafii Kata Seekor Anjing Bakal Menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat ??? @Tantawi100



Permilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik !!

Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.

Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.

Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlansung.

Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Pemuda PAS hari ini tidak mencerminkan perjuangan mereka apabila sanggup menyamakan rakan mereka sendiri sebagai anjing.

Nasaruddin yang bersama Dewan ini selama 28 tahun mengakui tidak pernah melihat kempen seburuk ini.

Kenyataan ini sebenarnya jelas menempelak diri beliau sendiri dimana beliau lah yang melahirkan kepimpinan yang tidak mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS hari ini dipenuhi dengan mereka yang sifat rakus mencari kuasa demi megejar kekayaan dunia.

Saya suka nak memberi ingatan kepada Pemuda PAS ! Jangan lagi kamu mencemuh dan menuduh pemuda UMNO dengan pelbagai tuduhan.

Ini lah balasan Allah kepada institusi kamu secara jelas apabila kamu semua diaanggap sebagai Macai oleh ketua kamu sendiri!

Saya percaya, masyarakat hari ini sedang menilai dan memerhati insiden-insiden permilihan baik semasa permilihan UMNO dan PAS yang sedang berlansung.

Dan saya percaya, apa yang di gambarkan oleh PAS yang selama ini melabelkan diri mereka sebagai Islam tidak seperti yang diperlakukan. Demi merebut jawatan dan kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya melibatkan fitnah dan sanggup mengelar Anjing terhadap ahli mereka sendiri.

Ini tidak termasuk politik wang yang digambarkan digunakan semasa permilihan kali ini.

Sudah tentunya siapa sahaja yang dipilih kali ini adalah ketua yang tidak berkualiti kerana kemenangan mereka mengunakan fitnah dan cela mencela.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Timbalan Pengerusi UMB Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.