Showing posts with label Taib Azamuddin. Show all posts
Showing posts with label Taib Azamuddin. Show all posts

Sunday, 3 February 2013

@tianchua Gembira Taib Azamudin Tiada Lagi

Menjadi Ancaman Kepada @anwaribrahim #tolakPR

Mungkin juga Tian Chua Ahli Parlimen yang pemalas dalam sejarah Parlimen Batu merupakan insan yang paling gembira apabila berita kematian Taib Azamuddin. Berita yang tanpa diusul periksa oleh si pemalas ini telah disebarkan di dalam twitternya yang menpunyai 42,319 pengikut !!! Bermakna seramai 42,319 membaca fitnah Tian Chua terhadap Taib Azamuddin. Ada kemungkinan Tian Chua gembira apabila ancaman besar kepada bosnya si Anwar sudah tiada di muka dunia ini. Sehingga tanpa mengusul periksa berita ini, lalu disebarkan di dalam twitternya.

Bagi yang tidak tahu atau terlupa, Taib Azamuddin dahulu merupakan saksi utama yang mendapat maklumat awal bagi kes tidak bermoral Anwar. Ramai mangsa mangsa kerakusan Anwar, pernah pengakuan kepada Taib Azamuddin. Selagi beliau masih bernyawa selagi itu lah hidup Anwar akan sentiasa dihantui oleh kisah gelapnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Klik sini untuk cerita berkaitan

Apabila ramai pengikut di twitternya menegur, Tian Chua hanya reply "Maaf kalau berita tersebut tidak benar". Sepatutnya Tian Chua memohon maaf kepada semua 42,319 pengikut twitternya dan memohon maaf kepada Taib Azamuddin dan keluarganya yang mungkin tertekan kabar angin yang disebar oleh Tian Chua yang sungguh tidak bertanggungjawab.

Sesungguhnya TM sememangnya tahu Tian Chua memang tidak bertangguhjawab kepada parlimen Batu dan selalu mengeluar kenyataan yang sungguh tidak bertangguhjawab !!! Oleh itu kita perlu tumbangkan Tian Chua pada PRU yang akan datang !!!

Hey @anwaribrahim ! I still know what you did last summer !

Takut Tak ? Takut Eh ! Boow #tolakPR


GEORGETOWN - “Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat.”

Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya pasti ini semua sebab pilihan raya makin dekat. Mereka tidak senang dengan saya sebab saya mempunyai pengikut yang ramai. Bagi saya perbuatan ini adalah primitif dan tidak bertamadun.

“Saya tidak tuduh sesiapa tetapi spekulasi yang dibuat agak keterlaluan. Saya belum meninggal dunia, malah doktor cakap lagi empat hari saya dah boleh keluar (hospital),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.- Sinar Harian

Taib Azamuddin masih hidup bukanlah satu khabar yang mengembirakan buat Anwar Ibrahim. Taib Azamuddin adalah ancaman yang menjadi igauan Anwar

Bagi yang tidak tahu atau terlupa, Taib Azamuddin dahulu merupakan saksi utama yang mendapat maklumat awal bagi kes tidak bermoral Anwar. Ramai mangsa mangsa kerakusan Anwar, pernah pengakuan pada Taib Azamuddin. Selagi beliau masih bernyawa selagi itu lah hidup Anwar akan sentiasa dihantui oleh kisah gelapnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tapi sayang seribu kali sayang, setelah bekas Imam Besar Masjid Negara ini menyertai PAS, segala kisah kejahatan dan moral buruk Anwar yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri disenyapkan begitu sahaja demi menjaga hati pihak tertentu agar misi menumbangkan BN untuk menawan Putrajaya tidak terhalang.

Kami doakan agar ahli Perlimen Baling ini lekas sembuh dan diberi hidayah dari Allah supaya dapat membongkar serta memberitahu kepada rakyat terutamanya ahli PAS tentang siapakah sebenarnya manusia rakus bernama Anwar Ibrahim ini.

Kilk sini untuk cerita berkaitan.

TM harap Ustaz Taib Azamuddin jangan bersekongkol dengan Anwar yang banyak melakukan kemungkaran, walau Taib mungkin ingin tutup keaiban Anwar Ibrahim !!!