Thursday, 24 January 2013

Amaran Dato' Haron Din pada @nikabdulaziz

Jangan Kufur & Syirik Menyekutukan Allah #Allahuakhbar



Orang yang menyetujui Allah Yang Maha Suci ini diterjemahkan untuk ‘Allah” yang berbilang-bilang, (maka) itu adalah syirik..Kalau redha dengan yang kufur, kita kufur sama, ” itu merupakan kesimpulan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din ketika memberi kuliah di Masjid Negeri Shah Alam, 18 Jan.
Beliau turut menyarankan perlu ada undang-undang untuk melindungi kalimah Allah supaya tidak boleh digunakan dalam kitab agama bukan Islam.

“Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.
““Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegas beliau.

PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH WALAUPUN DENGAN HARGA YANG MAHAL !!! ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment