Wednesday 2 January 2013

Semua Pelajar Sekolah Akan Menerima Bantuan RM100

Rakyat Gembira #JanjiDitepati @NajibRazak 


Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran mengumumkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalurkan kepada semua pelajar sekolah bermula 15 Januari ini !!!

"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu  bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal," katanya.

Bantuan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013. Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.
   
Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang mesti mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling  mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah. Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada  pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.

TM tumpang gembira !!!

No comments:

Post a Comment