Saturday, 6 April 2013

Manisfesto PR sebuah janji kosong #BN4Malaysia #PRU13 #GE13 @NajibRazak @razlanrafii

Hari ini Barisan Nasional akan melancarkan Jentera Pilihanraya BN Janji Ditepati.

Sebuah perhimpunan yang akan dilansungkan di Stadium Bukit Jalil pada jan 8.30 malam. Dijangkakan Najib akan melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya ke 13.

Pada tahun 2008, tidak boleh dinafikan persembahan manifesto Pakatan Rakyat lebih senang untuk difahami dan menjurus terus kepada hati golongan yang disasarkan, seperti golongan Ibu Tunggal yang dijanjikan untuk RM600 sebulan, air percuma untuk semua rakyat Selangor, RM1000 untuk anak-anak yang mahu masuk IPT.

Pada tahun itu , rakyat ramai terpengaruh dengan media baru Pembangkang, dan Pembangkang berjaya membuktikan JANJI MANIFESTO pembangkang lebih baik dari Barisan Nasional.

Khalid Ibrahim sendiri mengaku, Manisfesto Pakatan Rakyat adalah BUKAN JANJI.

Diharapkan Manifesto Barisan Nasional akan lebih mudah difahami oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia, ianya mestilah mudah difahami oleh Petani, Nelayan, orang kampung, budak pejabat sehingga CEO agar rakyat Malaysia tidak tertipu lagi.

Bersama kita menunggu Manifesto Barisan Nasional dan berdoa agar janji ini dapat kita angkat menjadi realiti.

- Tugas kita sebagai celik IT, diharap dapat mereka segala bentuk Info Grafik bagi memudahkan semua golongan faham ... saya percaya Manifesto kali ini adalah sebuah JANJI BARISAN NASIONAL yang terbaik untuk rakyat... JANJI DITEPATI


- Razlan Rafii
 Pengerusi UMBWP

No comments:

Post a Comment