Tuesday, 2 April 2013

Mohamad Hasan @menteribesarn9 Akan Digantikan Dengan Boneka DAP !!! #TolakPR


DAP tetap melantik orang Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Demikian ditegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara eksklusif denganRoketkini.com baru-baru ini.

Kenyataan itu sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

Ini adalah satu kenyataan  Loke  Siew Fook dalam  agenda memujuk orang Melayu  dan kaum India yang kini dilihat cenderung dan telah kembali padu menyokong Barisan  Nasional di bawah kepimpinan Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan yang telah terbukti membangunkan serta merupakan Menteri Besar yang benar benar bekerja kuat untuk rakyat Negeri Sembilan.

Apakah selama ini dibawah Barisan Nasional, Menteri Besar bukan orang Melayu selama ini ? Siapakah yang disebut oleh Loke calon yang layak yang dibayangkan oleh Loke yang berada dalam Pakatan Rakyat untuk jadi MB. Adakah Kamarul Baharin (PKR )  atau Taufek (Paroi) atau Rashid  Latiff (PKR).

Rakyat Negeri Sembilan jangan lah tertipu dengan janji janji kosong DAP yang cuba untuk memujuk orang Melayu bagi mengundi DAP. Loke mungkin sedar bahawa ada beberpoa kerusi DAP akan kembali dirampas oleh BN kerana kawasan yang hanya menang kecil ini menikmati undi Melayu pada PRU12 yang lalu.

BN Negeri Sembilan opitimis akan dapat merampas beberapa kerus  DAP di bebrapa DUN dalam PRU13 ini memandangkan kebangkitan dan sokongan  Melayu dan kaum India sudah mula mantap kepada BN. Loke mula resah dengan hakikat ini dan kini cuba menipu dan memujuk orang Melayu dengan janji memberikan kerusi kepada orang Melayu.

Menurut Loke, fitnah sedemikian merupakan ‘modal politik lama’dan adalah Fitnah yang sengaja digembar-gemburkan ejen propaganda upahan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Dalam Pakatan Rakyat apa juga boleh berlaku. Janji dalam menefesto juga mereka boleh tipu , kalimah Allah juga nereka boleh gadai demi kuasa. Hudud mereka buang begitu saja.  ini kan janji menteri besar Melayu , boleh percaya ke ? sejarah Singapore akan berulang.

Loke tak perlu berharap penyokong akar umbi akan memberi undi kepada satu sama lain seperti pengundi Cina akan memilih PAS dan PKR manakala pengundi Melayu akan memilih DAP. Undi DAP sama seperti memgadai maruah bangsa dan agama.

PAS PRU12 lalu, DAP memenangi 10 daripada 36 kerusi Dun Negeri Sembilan, PKR (empat) dan PAS (satu).

Sumber - tepakbersulam

TM - oleh itu orang Melayu kena lah sedar agenda jahat DAP untuk menerajui Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment