Tuesday 2 April 2013

@nikabdulaziz @abdulhadiawang sokong ! @anwaribrahim Semakin Hilang Sokongan Dalam PAS #TolakPR


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.

Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.

Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.

Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS.

Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar.

Berita lanjut klik SINI.

No comments:

Post a Comment