Tuesday, 2 April 2013

Unversiti Kebangsaan Malaysia Kilang Pelajar Membenci Kepada Kerajaan !?! @khalednordin



Kita rakyat Malaysia perlu sedar bahawa terdapat kumpulan yang bergerak di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan ini wujud ketika Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas dasar simpati dan fanatik. Kumpulan ini terdiri dari kebanyakan kakitangan dan pensyarah di univeriti tersebut. TM ingat waktu itu kebanyakan mereka marah kepada kerajaan terutama kepada Tun Mahathir yang memecat idol mereka.  Mereka menuduh  tindakan Tun Mahathir dan kabinet  ketika itu adalah zalim. TM dapat maklumat kerana salah satu pensyarah adalah pangkat bapa saudara TM sendiri. Dikhabarkan dengan menggunakan peralatan dan kemudahan universiti seperti telephone dan mesin photostate untuk mencetak risalah risalah untuk menyokong Anwar yang kononnya dianaiya untuk diedarkan kepada orang ramai ! Kerana itu lah TM tidak terperanjat apabila ketahui terdapat seorang Profesffor Emeritus yang bernama Abdul Latiff Mohamad yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri dan kerajaan dengan terbuka di facebook !!! 

Kita semua sedia maklum universiti adalah tempat untuk menimba ilmu demi membina masa depan yang lebih baik. Peranan yang diberikan oleh pihak universiti adalah besar dengan memastikan mahasiswa yang menuntut dapat keluar sebagai graduan yang berjaya atau sebaliknya.

Ibu bapa yang menghantar anak mereka juga mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Ada juga dikalangan mereka yang kurang berkemampuan untuk menyara anak mereka sanggup bergodok-gadai demi menyara anak mereka. Ramai mahasiswa yang berterima kasih dengan pihak Kerajaan kerana dengan pelbagai bantuan yang diberikan dapat mereka mengejar cita-cita mereka dan berjaya dalam pelajaran dan hidup.


Memang betul, kita tidak boleh memaksa orang untu menyokong sesiapa tetapi seharusnya sebagai seorang pensyarah tidak perlu bersikap begini dan mereka harus netural di awam. Sememang kita semua sedia maklum, pakatan haprak akan menggunakan apa saja untuk mereka menabur fitnah terhadap rakyat supaya membenci Kerajaan. Bagai pucuk dicita, dengan wujud mereka ini dijadikan agen agen yang menyebarkan agenda politik mereka kepada pelajar pelajar di unversiti tersebut

Boleh dikatakan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia adalah salah satu tempat, pakatan haparak ini menyebar kebencian penuntut penuntut terhadap kerajaan yang ada sekarang !!! Seorang yang cendiakawan boleh berfikiran kolot seperti nie, mahasiswa yang cetek pada ketika itu akan terpengaruh kerana terpahat hasutan hasutan mereka ini.

Sepatutnya pensyarah seharusnya menjadi contoh yang baik untuk menyebarkan ilmu dan pelajaran kepada penuntut penuntut!!! Bukan menghasut dan menanam kebencian terhadap pemimpin dan kerajaan. Bersuara yang baik ialah untuk semua pihak. Bukan untuk COVERLINE sebelah pihak saja. Menggunakan media sosial adalah jalan yang terbaik yang anak muda inginkan sekarang tapi haruslah berikan yang terbaik bukannya keburukan pada mahasiswa.


Mohon pihak pengurusan UKM siasat perkara ini. Ambil tindakan terhadap pensyarah yang tak bertanggungjawab ini. Walaupun pihak Kerajaan meluluskan AUKU, tidak semestinya politik harus berleluasa dalam kampus. Tanggungjawab seorang pensyarah ialah mendidik anak bangsa bukannya memesongkan pemikiran mereka.

Mahasiswa tak berjaya nanti salahkan Kerajaan jugak, walhal diri mereka sendiri yang tak mahu merebut peluang yang sedia ada depan mata. Sibuk sana sini berdemo, berhimpun tidur atas jalan semata-mata nak dapatkan habuan yang ciput. Masa depan tergadai.


TM - Jangan rasakan apabila sudah menjadi pensyarah, apa yang dirasakan dan disampaikan adalah betul !!! Kalau TM cakap tidak betul, sudah tentu tiada orang yang solat tapi dihumbankan ke dalam api neraka Allah kerana niat mereka !!!

No comments:

Post a Comment